Sunday, 26 February 2017

,
EASY KIMCHI RECIPE BY MAANGCHI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Hari yang penuh produktif, projek membuat kimchi yang sekian lama tertangguh akhirnya direalisasikan dengan jayanya, syukur alhamdulillah dapat juga menepis sikap M yang melanda.. 

Untuk pengetahuan, saya sememangnya peminat tegar kimchi.. Stock kimchi mesti ada dalam peti ais sepanjang masa. Sebelum ini asyik membeli kimchi di AEON Seremban 2 tetapi bila difikir semula tahap kebersihan dan cara pembuatan, hurrmmm lebih baik buat sendiri puas hati. 


Oleh sebab itu, saya perlu master dalam pembuatan kimchi bagi memastikan stock tidak putus. Okay, pembaca yang pernah mengikuti blog lama mesti sudah tahu bagaimana cara pembuatan kimchi. Kalau sudah tahu, entry ini dikira sebagai entry ulangan. Bagi pembaca yang masih belum tahu, it's okay, saya ulang semula di blog ini. Resepi ini saya belajar dari resepi original Korea iaitu melalui Chef Maangchi.

BAHAN-BAHAN

2 pokok napa cabbage (baechu)
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang holand*
1 cawan sos ikan*
2 sudu kecil cencaluk (menggantikan sotong)
2 pokok daun bawang
5 pokok daun kucai (buchu)
1 biji lobak merah
1 biji lobak putih
1 pek kecil garam kasar
1/2 cawan tepung beras
1/4 gula perang (brown sugar)
3 cawan air

CARA-CARA :


Potong napa cabbage seperti di atas. Basuh dan rendam dalam air seketika kemudian toskan. Tabur garam kasar di setiap lapisan cabbage dan ketepikan selama 2 jam. Selang 30 minit, olah cabbage dari bawah ke atas dan buang air lebihan yang ada.

Sementara tunggu cabbage diperap, buat porridge kimchi. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan atas api sederhana bersama tepung beras, tutup api dan masukkan gula perang. Kacau hingga gula larut dan tepung tidak berketul. Ketepikan dan tunggu sejuk.

Kemudian, kisar bahan bertanda * iaitu halia, bawang Holland, bawang putih bersama sos ikan.  
Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

50% Off: http://bit.ly/cheap_gadgets


Masukkan bahan kisar ke dalam besen besar. Kemudian masukkan porridge yang telah sejuk bersama cencaluk dan serbuk cili / cili flakes. Kacau hingga sebati dan ketepikan seketika. 


Selepas itu, hiris lobak merah, lobak putih, daun bawang dan daun kucai (buchu). Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam besen besar tadi.

 

Gaul semua bahan hingga sebati seperti gambar di atas. Selepas semua bahan sebati, ketepikan. Bersihkan napa cabbage dengan air bersih dan bilas sebanyak 5 kali bagi memastikan tiada sisa garam dan betul-betul bersih.

 
Napa cabbage yang telah dibersihkan. Tibalah masa untuk mencampurkan cabbage yang telah dibersihkan bersama bahan-bahan lain.

 
Lumur semua bahagian cabbage hingga sekata. Proses ni dilakukan sedikit demi sedikit sehingga habis kesemua cabbage yang ada.

 

Okay inilah hasilnya.. Tekan kimchi supaya padat dalam bekas simpanan. Hasilnya, saya dapat dua bekas kimchi.. Sedia untuk disimpan.

 

Saya akan biarkan proses fermentation dilakukan di luar selama sehari. Apabila jus dari proses fermentation telah keluar, saya akan masukkan ke dalam refrigerator selama 14 hari. Selepas itu barulah boleh dimakan..  Begitulah proses pembuatan kimchi yang sememangnya sangat mudah..

Sesiapa yang tak berapa faham dengan penerangan di atas, boleh tonton video dari Chef Maangchi di YouTube atau layari website beliau : How To Make Kimchi


Okaylah, akak dah penat you all.. Akak berhenti setakat ini sahaja.. Terima kasih sudi mengikuti perkembangan blog ini.. Selamat mencuba!



Sebelum berakhir, akak nak tanya, siapa antara pembaca suka makan kimchi or ada peminat tegar kimchi macam akak? Kongsilah apa-apa pun cerita tentang kimchi, so dapatlah kita sembang-sembang kimchi.. hehehehe

Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,



Saturday, 25 February 2017

,
KEISTIMEWAAN ROSE HAND & NAIL CREAM FLORAL COLLECTION BY MARKS & SEPENCER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga pembaca semua dipermudahkan segala urusan dan dilindungiNya selalu.. Alhamdulillah, bersua kita di post ini..

Kali ini saya nak buat product review mengenai Rose Hand & Nail Cream Floral Collection by Marks & Spencer..

 

Untuk pengetahuan saya telah menggunakan krim ini bertahun lamanya kerana krim ini mempunyai keistimewaan tersendiri..

Apa keistimewaan krim ini?
Cuba lihat  kulit tangan model di bawah (cewahhhh.. I guna model tau, jangan marah...) :


Mula-mula picit cream sebesar saiz kacang pea untuk setiap tangan.. 
(Jadi tak hairanlah jika cream ini mampu bertahan lama..)


Gosok rata keseluruhan tangan dan pada kuku hingga krim betul-betul meresap dan tiada rasa greasy..

  

Lihatlah hasilnya, nampak tak kulit lembab dan lembut.. Bukan itu sahaja, bau wangian rose semerbak harum kekal mewangi memang semangat buat kerja.. 

Itulah keistimewaan krim ini iaitu :

  • tidak melekit (non-greasy)
  • melembabkan kulit tangan
  • kulit tangan menjadi lembut
  • menguatkan kuku
  • bau haruman bunga semerbak harum mewangi

Pernah saya post di blog sebelum ini mengenai 3 rutin harian saya di pejabat iaitu salah satu darinya menyapu losyen / krim di tangan sebelum buat kerja.. Al-maklum, bila menaip kadang-kadang kuku tersiat. Jadi krim tangan dan kuku ini juga boleh membantu mencegah masalah tersebut..

Itulah serba sedikit review tentang product Marks & Spencer - Floral Collection Rose Hand & Nail Cream. Untuk keterangan lanjut dan testimonial krim ini boleh kunjungi website Mark & Spencer : Floral Collection Rose Hand & Nail Cream

Oh ya, packaging kini sudah bertukar.. Jangan pula cari sama macam dalam gambar, memang tak jumpalah..
 
Ini dia packaging terkini.. 

Bagaimana pula dengan harga? 
Ooooo jangan risau harga hanya RM18.00 sahaja..


  

Ini sudah menjadi pemandangan biasa setiap pagi sebelum membuat kerja di pejabat - a mug of coffee and losyen kemudian barulah computer.. Pernah diceritakan di sini.


Begitulah kisahnya.. Sebelum berakhir, sudi-sudilah kiranya berkongsi pendapat tentang losyen kegemaran masing-masing.. Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, 23 February 2017

,
HAPPY BIRTHDAY ATAU SELAMAT HARI LAHIR | Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-39 tempoh hari.. Syukur atas nikmatNya selama ini.. Terima kasih kepada ibu yang melahirkan ku..
Happy Birthday

Selain dari menerima ucapan dari kenalan dan rakan-rakan, Google juga meraikan birthday ku, >_<

Happy Birthday from google.com

Hanya doa dan harapan untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang..

Di sebalik ucapan "Happy Birthday to You" dan "Selamat Hari Lahir" terungkap 1001 macam perasaan di kala umur menjangkau awal 40-an:


"Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (seperti jatuh sakit, kematian dsb.) atau dari pasangan hidup (seperti masalah rumahtangga, jatuh sakit dsb.) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula umur 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang BIJAK menggunakan peluang yang diberikan akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang KURANG BIJAK tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah di kala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan." - credit to WhatsApp group

Peringatan kepada diri sendiri kerana kerap leka..
Begitulah cerita yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain post..
Sekian, wasalam..


Regards,

Wednesday, 22 February 2017

,
RESEPI ASAM PEDAS SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan blogger. Asam pedas memang lauk kegemaran saya dulu kini dan selamanya.. Minggu ni saja 2 kali saya pekena asam pedas air tangan sendiri, memang mables! Setakat ni masih belum jemu. Umum mengetahui, negeri Melaka dan Johor memang terkenal dengan asam pedas sejak dulu lagi..

Resepi Asam Pedas 
Post kali ni tak mau cerita panjang, saya ingin berkongsi resepi asam pedas sedap dan mudah pula disediakan.

BAHAN-BAHAN
• segengam cili kering* (rendam dengan air panas hingga kembang)
•  1 biji bawang besar*
•  4 ulas bawang putih*
•  1 inci halia*
•. 1 inci kunyit*
•  1 sudu besar serbuk lada hitam*
•. 1 inci belacan*
•  Air asam jawa
•. Beberapa ekor ikan (jenis ikan ikut citarasa sendiri)
•. daun kesum dan bendi
• 2 putik bunga kantan dibelah dua
•. Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA :

1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit minyak dan air. Tips : minyak berfungsi untuk menghancurkan biji cili.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan, biar seketika hingga ikan masak. Terbalikkan supaya ikan disalut dengan bahan tumis dalam periuk.
5. Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan. Tunggu seketika hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..

Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak..

Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan bunga kantan.. Tunggu seketika hingga mendidh dan kuah pekat.
Sedia untuk dihidang..

Saya suka letak sayur kubis masin dan bendi lebih.. Ini optional, ikut citarasa masing-masing. Begitulah resepi Asam Pedas Sedap.

Kalau ada tips supaya asam pedas lebih sedap, jangan malu-malu kongsi.. Kita sharing info. Mana tahu boleh menambahkan lagi skill masakan kita.
Akhir kata, selamat mencuba.
Sekian, wasalam..

Regards,

Monday, 20 February 2017

,
MAAFKAN SAYA | Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kekuatan dan peluang untuk menulis post seterusnya.. Semasa menulis post ini jiwa saya agak kurang tenteram kerana mengetahui 'gurauan' saya terlebih hingga menyinggung perasaan seseorang.. Demi Allah saya tak berniat menyakitkan hati sesiapa..

Dalam keadaan kita seharian seringkali mendengar berita kematian di sana sini, saya selalu berfikir bagaimana pula pengakhiran hayat saya nanti.. Tambahan pula, selalu berurusan pergi dan balik kerja di jalanraya tak mustahil kemalangan menjadi penyebabnya.. Oleh itu saya mudah terasa dan sensitif jika berbuat salah kepada orang lain.. Saya bukan manusia jenis 'ada aku kisah?'.. Yes I do care! Saya jenis sangat kisah andai ada hati yang terasa disebabkan perbuatan saya walaupun tanpa sengaja.. Saya jadi serba salah, sedih, kecewa dan serba serbi tak kena..

 

Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan arwah adik saya bercerita dengan emak. "Mak, tadi nampak kawan aku Farid accident depan mata.. Kepala dia terhantuk divider jalanraya. Nyawa dia masih ada masa aku riba sementara tunggu ambulance tiba, dia nazak, tentu sakitkan masa tu.." arwah adik cerita bersungguh-sungguh dengan raut wajah ngeri dan takut. Pada ketika itu, mak hanya berpesan kepadanya supaya berhati-hati semasa di jalanraya.

Beberapa bulan selepas itu, adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya dengan keadaan lebih tragis dari kematian rakannya, arwah Farid. Arwah adik saya tentu tak menyangka pengakhiran hayatnya begitu kannn.. Life is fragile, we are not guaranteed a tomorrow.. 

Jadi dari peristiwa itu saya sangat terkesan. Andai ada salah silap saya sesama manusia, cepat-cepat saya minta maaf.. Mungkin esok saya tiada.. Dosa dengan Allah akan diampunkan dengan taubat, in shaa Allah tetapi dosa sesama manusia hanya dengan maaf dan redhanya.    

Oleh itu, maafkan saya andai ada komen-komen saya yang menyinggung perasaan saudara saudari.. Demi Allah saya tak berniat untuk mengaibkan sesiapa.. Begitu juga kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, maafkan saya andai ada hati yang terluka..

Sekian, wasalam..
Regards,

,
SEMAK TARIKH LUPUT KOSMETIK ANDA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Tahukah anda bahawa bukan hanya makanan sahaja mempunyai tarikh luput malah product cosmetic seperti alat solek dan perfumes juga mempunyai jangka hayat tertentu.


Jadi bagaimana cara untuk menyemak tarikh luput product kecantikan tersebut? Selain daripada menyemak tarikh luput, kita juga boleh menyemak keaslian wangian / perfumes yang dibeli. 

Post kali ini saya share bagaimana caranya. Tapi harus diingat bahawa kaedah ini hanya boleh digunakan untuk product jenama luar negara seperti yang disenaraikan.

Okay, kita pergi ke website : CheckFresh.com

CheckFresh.com 

Mula-mula pilih jenama produk kecantikan anda seperti yang disenaraikan.. 
Setiap product kecantikan terdapat code pada bahagian kotak.. Semak code dan masukkan code di bahagian 'Batch code'. Saya buat satu contoh perfume yang baru saya beli tempoh hari, jenama Christian Dior Poison Girl.

Code pada kotak bernombor : 5Y02
 Batch code yang terdapat pada kotak ialah  5Y02.

 

Pilih jenama produk kosmetik, kemudian isi ruangan 'Batch Code'

 

Selepas masukkan maklumat yang dikehendaki, click 'Check' untuk mendapatkan keputusan.


Lihat laporan yang dikeluarkan seperti yang dipaparkan dalam kotak merah.. Terdapat maklumat mengenai perfume tersebut. 

Jika kita memasukkan jenama dan batch code yang tidak padan, maka salah satu maklumat tidak betul seperti jenama product yang berlainan atau langsung tidak menunjukkan sebarang keputusan.


Begitulah kaedah yang boleh digunakan.
Semoga maklumat ini membantu pembaca menentukan tarikh luput barangan kecantikan yang digunakan untuk mengelakkan pembaca menggunakan product kecantikan yang telah luput. Kesan penggunaan product yang telah luput berkemungkinan kita akan mengalami masalah kulit akibat dari ramuan kosmetik tersebut.

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi bersama.
Sekian, wasalam.

Regards,

Sunday, 19 February 2017

,
GIVEAWAY BY FATIN DIANA | Selamat Hujung Minggu semua, Happy Weekend everyone.. Hujung minggu ini takde plan ke mana-mana jadi saya mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam Giveaway yang dianjurkan oleh blogger muda dan comel iaitu Fatin Diana..

 Giveaway by Fatin Diana
Sila click banner untuk join

Saya sudah penuhi semua syarat-syarat yang dikenakan iaitu :

1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor.
2. Buat satu entri "Giveaway by FatinDiana".
3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink banner di atas.
4. Submit link di ruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.
5. Last sekali perlu follow 3 blog sponsor yang dinyatakan dan click iklan Nuffnang di blog-blog berkenaan.

Hadiah:
Portable travel bag by FD
Bawal pucci by FD
Pin shawl (10 pcs) by Eymasu (3 pemenang)
Jogger pants by Ezyra Clothing
Makeup set by Cik Chenta

Tarikh tamat: 10th March 2017 @ 10 malam

Sesiapa yang berminat boleh turut sama..
Sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

Saturday, 18 February 2017

,
SHOPPING HAUL KLCC & AVENUE K, KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan kalian.. Ini merupakan post pertama tentang Shopping Haul di blog Lady in Red Planner.. Post pertama mengenai shopping haul pernah saya buat di blog lama iaitu bertajuk Daiso Mini Haul.

Dalam blog ini saya juga mewujudkan satu label mengenai 'Shopping Haul'. Apakah itu Shopping Haul? Shopping Haul dalam bahasa Melayu lebih kurang barang-barang yang dibeli dari mana-mana kedai atau pusat membeli belah.

Definition of HAUL in English-

 "All the products purchased by someone during a particular episode of shopping."

Awal-awal saya beritahu, jangan terlalu negative dengan menganggap post Shopping Haul atau seumpama ini ada niat menunjuk.. Niat saya hanyalah berkongsi apa yang dibeli ketika keluar shopping. Jadi ianya mungkin berguna kepada pembaca yang kebetulan mencari barang yang sama.. Ianya lebih sebagai rujukan atau post sekadar suka-suka untuk mengabadikan tarikh pembelian barang berkenaan..  

Okay, let's get started! Post kali ini mengenai shopping haul di KLCC semasa Kembara Public Transport tempoh hari.



Di bawah ini ialah barang-barang yang dibeli di Kinokuniya iaitu aksesori planner dari Traveler's notebook untuk regular size foamdori planner saya dari kiri film pocket sticker, pocket sticker dan connecting rubber band.  

RM17.50 setiap satu

Masih lagi di Kinokuniya.. Ini pula Mini Tape saiz 15mm x 25m. Kegunaan mini tape ini untuk hias planner supaya cantik so ada mood sikit bila baca, hehehe.. Bawah mini tape ialah Pom Poms Craft.. Saya beli untuk buat craft.. Nak tahu camne rupa craft tersebut? Tunggu post akan datang.. >_<

Mini tape : RM5.80 & Pom Poms Craft : RM6.80

Selain itu, beberapa keping postcards untuk projek Postcrossing saya..

RM1.20 sekeping
Seterusnya free gift dari koleksi colouring books Johanna Basford.. Sesiapa suka mewarna memang sangat sesuai sebagai permulaan..

 


Kemudian masuk smiggle iaitu kedai alat tulis kanak-kanak.. Saya cari pencil mechanical untuk anak dan saya tertarik pula dengan satu pen ni bila kita menulis dakwat dia berwarna-warni, pen colour change. I am stationery addict lah katakan so pantang tengok alat tulis pelik sikit pasti ingin dijadikan koleksi, hehehe.. 
smiggle mechanical pencil : RM11.90 & pen color change : RM11.90
 
BUTIK MANGO

Saja masuk butik MANGO sebab dah lama tak tengok fesyen terkini.. Suka belek aksesori MANGO seperti wallet, sling bags, name card holder.. Kata orang dari mata turun ke hati, terus suka dengan pencil case warna merah menyala ni.. Kebetulan warna merah memang warna kegemaran saya.. Jadi tak perlu fikir panjang..

MANGO Pencil case : RM29.90

BUTIK MARKS & SPENCER (M&S)

Seterusnya ke butik M&S.. Selain kasut, saya adalah penggemar hand & nail cream dari M&S.. Pakaian memang langsung tak sesuai dengan saya kerana saiz pakaian di sini besar. Krim tangan dan kuku ini akan saya buat review sikit masa lain, jadi tungguuuuuu..

Rose Hand & Nail Cream : RM18.00

Seterusnya ke Butik H&M terletak di Avenue K, Jalan Ampang berdekatan dengan KLCC.. Saya mencari sweater yang sesuai untuk ke panggung wayang.. Saya tak tahan sejuk bila masuk cinema.. Jadi sweater sangat diperlukan.. Baju kelabu pula untuk dihadiahkan kepada adik..

Black sweater : RM119.00 & Grey shirt : RM69.90

Begitulah cerita shopping haul kali ini.. 
Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, 17 February 2017

,
SUNNAH HARI JUMAAT | Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman.. Alhamdulillah dipertemukan kita dengan hari Jumaat yang penuh barakah..

Umum sedia maklum selain membaca Surah Yassin di hari Jumaat, membaca surah Al-Kahfi juga merupakan sunnah pada Hari Jumaat..

 


Fadhilat Surah Al-Kahfi

Terdapat banyak hadith Rasulullah  s.a.w yang menerangkan fafhilat dan faedah membaca Surah Al-Kahfi, di antaranya :

  • Daripada Abi Said al-Khudri berkata "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq."

  • Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Khalid al-Juhani dari Ibnu al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an : "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."

  • Daripada Syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."

Marilah kita mengamalkannya. Semoga kita sama-sama mendapat fadhilat darinya.

Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Wasalam..
Regards,
 
Just type you email address in the box below & hit the 'Subscribe' button :


Follow Us @ladyinredplanner