KEMBARA PUBLIC TRANSPORT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu.. 

Post kali ini cerita tentang outing ke Kuala Lumpur menggunakan public transport dari Seremban. Lama dah saya tak buat kerja ni (pi jalan naik public transport).. Al-maklum sejak tukar kerja dari KL ke Negeri Sembilan lebih kurang 6 tahun lalu, sejak itu saya tak lagi menggunakan Putra LRT sebagai pengangkutan utama, komuter jauh sekali. 

Kelmarin, 10.02.2017 saya bersama office-mate membuat perancangan di saat akhir jalan-jalan ke KL, acah-acah mengembara dengan public transport sampai dua-dua gigih ambil cuti tahun.. Kami menaiki KTM komuter dari Seremban ke KL.. Memang terasa lama sangat tak naik public transport.. Teruja sebab banyak perubahan dan semakin selesa berbanding dulu..

Okay, mula-mula haruslah study route dulu.. Masa ni memang tak tahu destinasi mana di KL yang hendak dituju..


Kami ambil komuter pukul 9.50 pagi dari Seremban menghala ke KL Sentral. Perjalanan dari Seremban ke KL Sentral menaiki komuter mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Perjalanan menaiki komuter tidak boleh diramal sebab banyak faktor persekitaran boleh menyebabkan perjalanan lambat sampai ke destinasi.. 

Sistem bayaran tambang pun dah berubah dari tiket ke token. Token KTM komuter warna kuning seperti di bawah:

 

Tambang komuter dari Seremban ke KL Sentral : RM8.70 sehala 
Tiada tiket 2 hala pergi dan balik..

KL Sentral 

Tiba di KL Sentral lebih kurang 11.05 pagi.. Perut lapar sebab tak breakfast jadi kami pergi melawat kawasan di sekitar KL Sentral.. Macam-macam ada seperti McDonald, KFC, Starbucks, Secret Recipe, Ayam Penyet dan beberapa restaurant lain yang saya kurang familiar.. Kaki melangkah menuju ke Secret Recipe kerana kami ingin makanan berat dan strong coffee untuk meneruskan perjalanan, hehehe

Secret Recipe Kuala Lumpur
Menu pilihan saya black paper chicken & cafe latte
 Lepas brunch (mat salleh kata), kami meneruskan perjalanan ke KLCC.. Kami decide ke KLCC semasa berbincang sambil brunch tadi.. Tempat-tempat seperti NuSentral, Amcorp Mall (ada flea markdet hujung minggu), Sogo, Pavilion dan KLCC semua dalam senarai tapi kawan sorang ni prefer tempat cuci mata, lepak dan chit-chat lama sikit.. So pakat ke KLCC, hassle free tak perlu tukar route.. Moh kita ke KLCC!

Rapid KL, Putra LRT 

Tambang dari KL Sentral ke KLCC : RM2.40 sehala..
Sama seperti KTM Komuter, LRT Putra juga menggunakan sistem token berwarna biru. Tiada tiket 2 hala.. Jadi pergi dan balik beratur beli tiket di mesin.. Tak lama menunggu LRT pun tiba, maka dengan hati yang berbunga-bunga kami ke KLCC..

Chinese New Year prop di Suria KLCC

Atas permintaanku, kami ke kedai buku Kinokuniya. Pasti ada sesuatu yang menarik di sana.. Nak tahu apa? Jadi teruskan membaca, hehehe

Kinokuniya KLCC Malaysia
Law books @ Kinokuniya KLCC
Buku law yang saya maksudkan? Hurrrmmmm law books tak menarik, jeling-jeling sikit cukuplah. Asyik-asyik law books, boring okay.. Tumpuan saya tentulah planner midori dan segala macam adik-beradik Midori Travelers Notebook kat bawah ni! Meleleh ayaq liur tengok tau..

MTN Planner

Lepas layan buku dan round satu Kinokuniya, kami masuk ke kedai Smiggle.. Hurrmmm apa menarik di smiggle? Kecoh sana sini anak-anak kawan cerita tentang anak diaorang addicted to Smiggle. .  Ingat Alisha anak Erra Fazira saja suka barang di Smiggle, rupanya anak kengkawan pun terjebak sama..

smiggle at KLCC 

Smiggle tu kedai alat tulis kanak-kanak dari Australia.. Barang-barang semua comel-comel, bling-bling dan funky tapi lebih banyak untuk gegirl.. Boboy punya kurang sikit dan design yang sangat kanak-kanak.. Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu smiggle boleh click sini : smiggle Malaysia

Shizens Cosmetic Isetan Kuala Lumpur
shizens cosmetic at iSetan KLCC
  Selepas ke smiggle, kami ke kaunter cosmetic jenama shizens di Isetan sebab ada sesuatu yang ingin dibeli. Shizens ni jenama cosmetic dari Korea. Semua product shizens berasaskan tumbuhan dan tiada bahan kimia.. Nak tahu lebih lanjut tentang produk shizens boleh click sini : www.shizens.com

 Kaki pun dah lenguh berjalan dan selesai berurusan, kami ke taman Suria KLCC... 
Break sekejap sempat ber'wefie' di washroom.. 

  

Washroom Isetan wangi okay tapi tak boleh lama-lama banyak syaitan, hehehe
Memang hantu cermin, tak senonoh perangai..

Okay sambung balik cerita di taman KLCC tadi..
Buat masa ni masih ada lagi suasana Tahun Baru Cina.. Ada lantern besar di perkarangan taman..

Huge lantern at Suria KLCC
  Besar dan tinggi yang amat, menarik dan menjadi tumpuan orang ramai bergambar..
Waktu ini jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.30 petang, jadi tiba masa untuk tea time.. Kami skipped lunch sebab masih kenyang penangan makan di Secret Recipe. 

Restaurant paling dekat di area taman KLCC ialah Dome Cafe.. Jadi kami singgah makan di situ.. Takde laa order heavy sangat, sekadar menu tea time..

Dome Cafe Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
  
Kami order Fisherman Platter, share 2 orang sebab agak banyak portion dia.. Masing-masing dahaga yang amat so kami order iced tea. Alhamdulillah, kenyang dan mencungap jugak untuk dihabiskan.. Masa makan ni laa kitaorang sibuk ber'insta' dan upload gambar.. Lepak dan borak lama sikit sampai panas punggung tapi bukan sampai kena halau tau.. hehehehe



Lepas lepak di Dome Cafe kami round beberapa floor lagi.. Saya ada ingin membeli sesuatu di Mark & Spencer dan di butik Mango. Lepas puas round Suria KLCC, sempat jugak singgah di butik H&M di Avenue K.. Masa di H&M memang totally penat tapi masih juga gagahkan diri memilih baju hingga pukul 4.45 petang.

Selepas itu kami bertolak ke LRT Putra station ke KL Sentral dan dari KL Sentral terus ambil komuter ke Seremban.. 

KTM Komuter token sale receipt
KTM Komuter Token Sale Receipt / Resit Token KTM Komuter

 Kami naik komuter ke Seremban lebih kurang pukul 5.55 petang. Nasib baik tak terlepas komuter kalau tidak jenuh juga menunggu komuter lain tiba..

Di KTM Komuter KL Sentral orang memang ramai, jadi tak hairan bila tak dapat tempat duduk.. Jadi berdirilah kami hingga tiba di stesyen Serdang. Lenguh kaki sudah pasti, huhuhu

Gambar bukan menunjukkan kasut yang cantik tapi kaki tinggal sebelah sebab tak tahan lenguh

Tiba di stesyen Seremban pada jam 7.10 petang, hampir masuk waktu Maghrib. Sampai di rumah pukul 7.45 petang, alhamdulillah dipermudahkan. Sampai di rumah puas menjawab soalan anak sebab dia tak puas hati kenapa tak bawa dia sekali. Nasib baik husband sporting, dia cover semuanya..

Overall kembara public transport kali ini seronok walaupun penat (sebab tak biasa..). Next time  tak menjadi masalah kalau bercadang shopping di KL.. Tak perlu susah payah cari parking dan tanggung kos tol dan minyak.. hehehehe.. Tunggu post KLCC shopping haul dalam post akan datang..

Inilah sahaja cerita saya kali ini..
Andai ada pembaca yang ingin berkongsi cerita tentang pengalaman pahit dan manis menaiki public transport, komen anda sangat dialu-alukan.. 

Sekian, terima kasih sudi singgah..
Wasalam..