Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. 
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung setia blog LZ dan Followers blog Whatever Apa-Apa Sahaja.. 

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Welcome to My New Blog!"..
Mari ikuti kisah disebalik blog ini..


Blog Baharu 


Mengapa saya tukar blog? - Bersempena tahun 2017 ni (sementara masih awal baru bulan February kannn), saya bercadang untuk memulakan langkah baru.. Sebenarnya banyak perkara dalam hidup perlu saya ubah, semestinya dari baik kepada lebih baik. Jadi dari segi berblogging juga, saya mengambil langkah drastik, pertama mengubah url blog. url blog sebelum ini agak 'main-main' (macam perangai kanak-kanak dewasa)  jadi saya ubah ke url yang lebih matang dan general selari dengan usia saya tahun ini yang akan masuk ke-39 tahun. Alamak pecah tembelang!

Apa jadi blog lama? - Blog lama tidak akan terdapat sebarang post baharu. Bermula hari ini, post saya akan bersambung di sini dan bila sudah tiba masa nanti saya akan disable blog lama tersebut. Bila waktu yang sesuai blog lama akan ditamatkan perkhidmatan..

Apa konsep Blog ini? - Blog ini masih mengekalkan konsep lama iaitu lifestyle, beauty, fashion, hobbies, food, travel, fun dan sebagainya.. It's about life..

"A lifestyle blogger writes, creates, and publishes (multi)media content on various aspects of their daily lives." 
- petikan dari website mediakix.com

Mengapa "Lady In Red Planner"? - Blog ini diberi nama "Lady In Red Planner" iaitu menggambarkan diri saya yang mempunyai sebuah planner berwarna merah. Dalam planner merah (red planner) tersebut mencatatkan semua perancangan dalam kehidupan saya setiap hari seperti tugas di pejabat, urusan rumahtangga, hal kewangan, catatan kehidupan, keagamaan dan sebagainya. Planner merah itu merupakan salah satu benda yang saya sayang dan boleh dianggap sebahagian dari hidup saya. Jadi boleh katakan blog ini membawa maksud : seorang wanita bersama planner merahnya.. :-)

Cabaran utama blog baharu? - Cabaran utama sudah pasti mencari follower baharu. Jadi saya mengharapkan follower lama blog Whatever Apa-Apa Sahaja sudi singgah dan follower blog ini. Blog saja yang berubah, tuan blog masa sama seperti dahulu, hehehe

Apa yang menarik? - In shaa Allah blog baharu, semangat pun baharu.. Banyak perkara menarik dalam perancangan blog baharu ini. Saya bercadang akan buat lebih banyak giveaway, menyertai dan menganjurkan segmen, lebih banyak product review & shopping haul (mungkin ada antara barang yang dibeli akan dihadiahkan kepada salah seorang commentators post berkenaan), kongsi pengalaman dan pengetahuan dalam undang-undang berkaitan. Secara ringkasnya, lebih menarik, banyak giveaway tak disangka-sangka (contoh : komen paling menarik, tops commentators, followers setia etc)  dan lebih dekat dengan followers saya.. 
Doakan semoga impian ini dapat direalisasikan..   

Apakah harapan ketika ini? - Setiap blogger mengharapkan supaya blog mereka diterima ramai. Begitu juga saya.. Saya mengharapkan agar lebih ramai followers kerana matlamat utama di samping berblogging saya dapat mengeratkan ukhuwah sesama rakan blogger. Lebih ramai kenalan lebih baik..

Link exchange - Blog ini tidak menjadikan link exchange sebagai segmen.. Jadi, sesiapa yang berminat atau sepanjang perjalanan saya berblogwalking, jika link blog saya ada di blog anda secara automatic saya akan senaraikan dalam senarai "U Follow Me, I Follow U".. Kelebihan blog yang tersenarai dalam link exchange ini semestinya diberikan keutamaan semasa berblogwalking dan sudah pasti saya akan komen post anda.. Dengan cara ini kita akan lebih rapat dan mengetahui perkembangan cerita di blog masing-masing.. 

Sekian sahaja intro blog baharu saya..  
Sudi-sudilah berkunjung dan menjadi rakan blogger kesayangan saya. 
Dengan lafaz :
 
saya merasmikan blog ini.. 
Sila tinggalkan komen pembaca sekalian, pendapat dan cadangan membina amat saya alu-alukan..
Terima kasih..