Search This Blog

AKU MALU

Friday, March 17, 2017

AKU MALU | Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Doa saya semoga kalian dirahmatiNya selalu. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya, kita masih lagi diberi nafas hari ini untuk menjalankan ibadah dan aktiviti harian..

Entri kali ini saya ingin bercerita tentang peristiwa yang belaku minggu ini dan bagaimana perasaan malu saya pada Allah.. Cuba pembaca bayangkan, di kala kita dihimpit masalah, fikiran, emosi terganggu, jiwa kacau, puas mencari jalan keluar tapi buntu, akhirnya kita putus asa.. 'Checkmate!', memang takde cara dan jalan lain. Cuma ada satu jalan penyelesaian tetapi dengan bantuan Allah.. Memang satu keajaiban andai ianya berlaku tambahan pula kita tahu siapa diri kita.. Amalan kita pun tak layak untuk dapat kurniaan itu dariNya. Dalam keadaan mengharap, Allah makhbulkan doa kita, Allah kurniakan keajaiban itu kepada kita. Apa yang anda rasa?

 
Photo from Facebook bingkisanhati

Begitulah yang berlaku kepada saya.. Masalah telah menghimpit diri saya sejak berminggu-minggu lamanya. Puas saya berfikir mencari jalan penyelesaian dan akhirnya putus asa.. Namun sambil berfikir mencari jalan penyelesaian, saya tak putus-putus berdoa kepada Allah, tunjukkanlah satu keajaiban supaya masalah saya selesai, bantulah saya bisik hati ini dengan penuh harapan.. Namun dalam fikiran ianya tak mungkin terjadi kerana peratusan ianya berlaku sangat mustahil...

That's it! Ayat give-up : "Tak perlu fikir lagi, tempuh sahaja apa berlaku.." Dalam keadaan mengharapkan keajaiban, tiba-tiba pagi Rabu lepas saya dapat petunjuk dan permintaan saya untuk satu keajaiban yang mustahil itu berlaku. Masalah yang bermain di fikiran sejak berminggu-mingu lama akhirnya selesai!.. 

Mengalir airmata saya tanpa disedari.. Saya sangat bersyukur! Bersyukur tak terhingga! Timbul perasaan malu pada Allah sebab amalan kita tak setimpal dengan nikmat dan kurniaanNya.. Malu dan sangat malu kerana selama ini lalai.. Sesungguhnya Allah Maha Besar الله أكبر .. 

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,,"
                 


Regards,

You Might Also Like

19 comments

  1. Salam Jumaat LZ.

    Alhamdulillah untuk semua perkara yang telah selesai. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berkali-kali kita lupa padaNya, namun Dia tak pernah lupakan kita. Berdoalah agar kita semua sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dan bertawakal padaNya dalam apa jua yang akan berlaku. Mudah-mudahan itu yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

    Semoga mendapat Jumaat yang barokah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..

      Syukur alhamdulillah Ana. Betul dan tepat sekali apa Ana nyatakan 😢..

      Hanya Dia yang mengetahui.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Allah sangat pemurah. Moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fatihah, syukur alhamdulillah memang Allah Maha Pemurah 😍..

      Delete
  3. Alhamdulillah kak. Allah sentiasa ada untuk kita walaupun kadang2 kita selalu lupakan dia.

    ReplyDelete
  4. Kan LZ 😔 Kita tempang dlm ibadah tp Allah beri juga rzeki dn lapang hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.. Seriously Mek..
      Itulah perasaan yang LZ luahkan di sini..
      Membuka mata hati supaya jangan lalai dan leka..

      Delete
  5. Replies
    1. Betul Pakcik..
      Sangat, sangat bersyukur..

      Delete
  6. Saya pun pernah terjatuh dalam situasi macam ni. Macam gelap gelita jalan, tak nampak apa dah kat depan. Kemudian betul2 letak pengharapan pada Allah 100%. Tup, tiba2 mudah sangat pengelesaian dapat.

    Yang tak pernah terfikir sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sesuatu luar biasa kann Mai.. syukur alhamdulillah 💕

      Delete
  7. Allah takkan lupakan hambaNya, hanya hambaNya saja yg selalu lupa kepada penciptaNya. Allah sebaik2 pelindung, mohon pertolongan kepada Allah ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar, sesungguhnya selalu begitu NA 😢😢

      Moga kita terus diberikan taufiq dan hidayah olehNya, aminnnn 😢

      Delete
  8. Alhamdullilah. Semua masalah akak dah selesai. Allah sentiasa membantu hambaNya kan kak. Dalam kita tak sedar kadang2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siqah, syukur alhamdulillah 💕..

      Delete
  9. Ya, benar tu..
    Bila Allah tunjuk jalan, kejap je selesai..
    Kaklong pun selalu macma tu, tapi masih lagi alpa.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak Long 😥
      Lepas ni kena selalu beringat..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @ladynredplanner

Sponsor

Labels