Monday, 6 March 2017

LAW & ORDER : KESALAHAN MENCURI AIR TERAWAT

KESALAHAN MENCURI AIR TERAWAT / ILLEGAL WATER USAGE| #throwback kisah minggu lepas. Ketika sedang meneliti precedent case untuk persediaan kes kemalangan yang dibicarakan tak lama lagi, tiba-tiba saya didatangi oleh rakan sekerja dari Unit Penguatkuasaan.


"Puan, ada seorang consumer tunggu di depan untuk berjumpa Puan berkenaan kes dia", beritahu rakan sekerja tadi sambil menunjukkan sekeping kad pengenalan kepada saya. Saya bingkas bangun sambil mencapai fail berkaitan merujuk kepada nama consumer yang tertera di kad pengenalan tersebut. Tanpa fikir panjang saya terus menuju ke lobi.

“Ya, Encik Ali (bukan nama sebenar). Boleh saya bantu.” Saya bertanya kepada lelaki berkenaan. “Puan, kenapa? Apa cerita sekarang?” balas lelaki tersebut tak semena-mena. “Encik datang sini untuk kes curi air kan?” saya membalas dalam hati merungut, dia datang sini lagi mau tanya kita. The best part dia pura-pura tak tahu cerita. “Haaaa Puan tahu pun.....” ujarnya seolah-olah menguji ingatan  saya.

“Macam mana kes saya.. Saya tak bersalah, saya tak buat sambungan tanpa meter yang pihak Puan dakwa.” – ujar lelaki berkenaan dalam nada emosi. “Encik, Unit Penguatkuasaan kami telah menjalankan tugas mereka. Segala bukti telah diserahkan kepada saya untuk semakan dan tindakan sivil di Mahkamah. Sebarang rayuan kami tak dapat pertimbangkan melainkan Encik selesaikan keseluruhan jumlah tuntutan. Jika tidak, saya minta maaf, saya terpaksa meneruskan tindakan seperti yang diarahkan oleh majikan”, balas saya panjang lebar.

“Bukan saya tak mahu pergi Mahkamah, ikutlah Puan, saya tahu saya tak bersalah tapi lecehlah turun naik Mahkamah”, sambungnya lagi. “Itulah pengorbanan yang terpaksa Encik lalui untuk buktikan Encik tak bersalah” jawab saya ringkas.

Hurrrmmmmm salah atau betul sama-sama kita huraikan satu persatu semasa perbicaraan nanti biar Mahkamah yang menentukan, bisik hati saya..

Apa yang ingin dikongsi di sini ialah kesalahan mengambil air terawat tanpa meter merujuk kepada Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 iaitu mana-mana premis yang telah dipotong bekalan air didapati telah menyambungkan semula bekalan air tanpa kebenaran syarikat air, penghuni premis itu dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Maksudnya dalam bahasa pasar, jika bekalan air dah dipotong lepas tu penghuni premis buat sambungan tanpa meter untuk mendapatkan air terawat merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di Mahkamah.

Seksyen 123(1) pula memperuntukkan tiada seorang pun selain syarikat air boleh membuat sambungan ke suatu sesuatu sesalur utama awam atau paip perkhidmatan. Kesalahan bagi sesiapa yang melanggar seksyen 123(1) denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perlu diingat, kewajipan syarikat air untuk menyelenggara sistem bekalan air awam setakat penghujung paip sebelum meter. Apa-apa yang berlaku selepas meter adalah tanggungjawab pengguna atau pemilik/penghuni premis.

Oleh itu pesanan saya, sila pastikan bekalan air terawat ke rumah anda berada dalam keadaan ‘normal’ tanpa sebarang sambungan tanpa meter yang menyalahi undang-undang. Sekiranya kes curi air ini berleluasa ianya menyebabkan tekanan air rendah di sesetengah kawasan dan lebih banyak lagi kehilangan air terawat. Kita juga akan rugi kerana sumber air semakin hari kian menyusut.

Sekian info yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

14 comments:

  1. Saman je, industri nak untung lebih, dapat untung tak mau bayar... dah kena saman baru nak merayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan culprit memang begitu Tuan.. Masih lagi nafikan walaupun bukti depan mata 😥

      Delete
    2. Mana ada orang nak kena saman kan, bukti bergambar penting sekarang ni, lagi bagus video... terus diaorang tak boleh cakap apa...

      Delete
    3. Semua complete Tuan 👌
      In shaa Allah we have a good case..

      Delete
  2. Haih. Dah bukti depan mata tapi masih nak nafi. Tapi tak nak pergi mahkamah. Aduhai. Macam2 orang sekarang kan kak. Kerja akak pastinya membuatkan akak jumpa dengan pelbagai ragam manusia..

    Saman je. Biar dia tahu salah dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly dear..
      Macam-macam ragam yang mencabar kesabaran 😅😅😅

      Delete
  3. Dh namanya pun mencuri.
    Memanglah satu kesalahan.
    Akan terima balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pakcik WP, pelik bila ada kes camni, diaorg x sedar sumber air curi digunakan untuk memberi makan anak isteri 😢..

      Delete
  4. Kenapalah sampai sanggup mencuri air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdesak Mayy tapi tak mau bayar bil air, huhuhu

      Delete
  5. ohhh maksudnya dia nak mengelakkan kena bayar airlah ye LZ....Buat bisness apalah agaknya ye guna air banyak sampai nak mengelakkan kena bayar. Ada jugak org mcm ni ye LZ. Aduhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kes contractor buat renovation / construction tapi diaorg x apply temporary supply. Tariff air berbeza. Tak mau bayar deposit / caj air buatlah sambungan haram.. ini baru satu contoh Mak Nom, banyak lagi kes pelik2 😅

      Delete
  6. aduhhh, org lain susah pyh nak byr bil air, ada plak yg sukati p curi air 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously NA, mereka antara penyumbang meningkat jumlah air tak berhasil (NRW), rugi besar jadi hukuman yg dikenakan juga berat 😓

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Just type you email address in the box below & hit the 'Subscribe' button :


Follow Me @ladyinredplanner