Top Menu

My Precious Followers

PENGALAMAN BERCUTI DI AVILLION PORT DICKSON

PENGALAMAN BERCUTI DI AVILLION PORT DICKSON | Hari Jumaat lalu (17.03.2017) memang hari yang ditunggu-tunggu kerana saya akan bercuti bersama keluarga tersayang yang sudah berbulan lama tak jumpa... Jadi sudah semestinya percutian kali ini ke tempat yang istimewa dan perancangan rapi perlu dibuat supaya semua seronok dan menjadi kenangan sepanjang hayat. Sepanjang 2 minggu juga sibuk mencari hotel yang sesuai untuk weekend getaway.

Akhirnya Avillion Port Dickson menjadi destinasi pilihan setelah mengambil kira keadaan bapa saya kurang sihat untuk perjalanan jauh. Untuk makluman rumah saya dan Port Dickson terletak hanya 30.6km dan mengambil masa 30 minit perjalanan dengan kereta. Oleh kerana saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, saya perlukan persekitaran yang berbeza selain berada di rumah sendiri.

"Avillion Port Dickson direka seperti perkampungan nelayan traditional Melayu, resort mewah bertaraf 5 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang dibina di atas kaki bajang di atas laut. Bilik-bilik menyediakan balkoni peribadi dengan pemandangan Selat Melaka."

Begitulah latarbelakang Avillion Port Dickson yang mengundang minat saya untuk terus membuat tempahan 2 bilik jenis water chalet kerana bimbang tiada bilik kosong tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Masa check-in bermula pukul 3.00 petang.

Hotel Avillion Port Dickson

Selepas urusan check-in di lobi selesai, kami terus menuju ke bilik hotel. Pemandangan indah sewaktu menuruni tangga ke ruang makan kelihatan swimming pools dewasa dan kanak-kanak. Wahhh kalau beginilah pemandangan semasa makan tentu cepat kenyang, mana tidak sambil makan cuci mata.. Memang diakui pools di sini bersih dan cantik cuma pada pendapat saya lokasi kurang sesuai berada betul-betul bersebelahan ruang makan.


Terdapat sebuah galeri seni sebelum ke hotel restaurant.


Ini merupakan laluan utama menuju ke bilik hotel. Sekitar hotel menghijau dengan landscape yang cantik.


Laluan pejalan kaki. Tiada buggy disediakan di sini. Beg dan barang-barang akan dihantar ke bilik hotel tetapi perlu beritahu semasa urusan check-in.


Semasa perjalanan kita akan melalui small pet corner yang menempatkan ladang haiwan kesayangan dan kandang burung-burung eksotik antaranya ayam, arnab dan burung merak.


Motif untuk memperkenalkan kehidupan binatang peliharan kepada anak-anak bandar yang tak pernah kenal haiwan-haiwan tersebut.

Sebelum sampai ke bilik hotel, pelawat akan 'mencuci mata' apabila melalui Avi Spa di mana terdapat kolam renang dewasa terbuka yang terletak di sebelah kanan betul-betul di laluan pejalan kaki.


Perjalanan diteruskan, terdapat kawasan tanaman rempah-ratus tetapi berkunci.


Tak lama selepas itu kami tiba di bilik 700 dan 702. Bila tiba di sini bau busuk menusuk hidung. Hurrrmmm macam-macam bau ada, mungkin disebabkan air surut ketika itu jadi bau lumpur hanyir naik. Ketika ini saya mula kurang selesa.


Persekitaran bilik hotel seperti kampung air di Sabah, al-maklum konsep pun kampung nelayan traditional Melayu.


Lantai pula diperbuat dari kayu yang agak lama dan ada juga yang sudah reput. Jadi berhati-hati semasa melangkah.

  

Laluan ke bilik.
Buka pintu bilik hotel terus beri Salam..

Bilik-bilik di sini luas, terdapat katil 4 tiang serta katil sofa, tv dan mini bar.

 

Bila disediakan mosquito repellents terus terlintas di fikiran - "banyak nyamuk kah di sini?"

 
Bilik air pun besar, ada hair dryer, tab mandi dan open shower berasingan. Tapi takde seterika, perlu request jika diperlukan.

 

Semasa di balcony, air cetek dan bau lumpur kuat menusuk hidung, cepat-cepat masuk bilik dan tutup pintu.. Andai air surut sampai esok nampaknya punah ler harapan tinggal di water chalet sebab harga bilik water chalet jauh beza dengan bilik di darat.

 

Jemput hayati pamphlet yang terdapat di atas meja. Iklan buffet Ramadan tahun ni pun ada..

 

Selepas meninjau sekitar bilik dan rehat sebentar, kami terus bersiap ke Bagan Lalang untuk makan malam di restoran Senandung Malam seperti yang pernah diceritakan sebelum ini. Banyak jugak seafood restaurant di Port Dickson tapi kebanyakkan tidak kena dengan citarasa saya.

Frankly speaking, ada satu restoren tu mahal tapi tak berbaloi dan ada pula yang sederhana tapi tasteless. Kalau bernasib baik seafood fresh tapi selalu dapat kurang fresh. Jadi tak mahu spoil mood, tambahan pula bawa tetamu, saya sanggup berjalan jauh sedikit demi mencari keselesaan dengan makanan sedap dan berbaloi.


Balik dari makan malam, air pasang! Terdengar pukulan ombak menghempas pantai dan udara sejuk dari luar masuk ke bilik, tiada lagi bau lumpur yang busuk. Malam itu, kami lepak di bilik dan lebih kurang pukul 9.30 malam baru terasa lapar. Menu in room dining tempat 'mengadu', hanya dail no. 5 dan buat pesanan.


Kami order Best Malaysian Hawker's Fare iaitu Mee Mamak dan spicy Penang Char Kuey Teow seafood, French fries, teh tarik dan juice dari Village Court yang dibuka 24 jam untuk dihantar ke bilik. Puas hati, makanan panas dan sedap! Malam itu puas berborak dengan family sambil makan-makan. Sepanjang malam hingga lewat pagi bunyi ombak, tak terasa sunyi.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi keesokan harinya, kami check-out. Kami tak ambil sarapan di hotel memandangkan menu yang ditawarkan hanya so-so.. Saya bercadang untuk bawa keluarga makan di kopitiam dan lebih kena dengan selera bapa saya.

Sebelum check-out sempat pusing keliling meninjau persekitaran dan bergambar sampai puas untuk dijadikan kenangan.

 

 

Duduk sini sambil menghayati pemandangan ke Selat Melaka...

 

 

Overall agak sedikit mengecewakan terutama bab bau busuk dan keadaan hotel ni sudah lama, kayu pun banyak reput sana sini, daun kering atas bumbung tapi sebab status exclusive, harga pun exclusive. Memang tepat dengan konsep kampung nelayan traditional Melayu. Pada saya jika dibandingkan harga tak berbaloi, sangat berbeza dengan pengalaman saya bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort tahun lalu, padahal harga lebih kurang sama. Okay, begitulah pengalaman saya bercuti di Avillion Port Dickson.. Lain orang lain pendapat dan citarasa, jika ingin merasai pengalaman sendiri boleh cuba bermalam di sini.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

28 comments :

  1. Ana ada bercadang untuk bercuti di Avilion PD akan dtg tp bila baca komen LZ ada bau tak menyenangkan dan harga tak berbaloi, better ke Avani atau Hibiscus je kan. Thanks for the review LZ. Membantu ana sgt2. 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ cadangkan Ana pergi AVANI dulu kemudian Hibiscus, dua2 menawarkan tarikan berbeza dan ada kelebihan tersendiri 😉

      Delete
  2. nampak cantik tapi sebab bau busuk tu mungkin tak menyenangkan. tapi mesti seronok dpt spent time bersama faamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously Shesyira, bau busuk seperti menyambut kami tapi excited jumpa keluarga terus abaikan keadaan itu walaupun kecewa 😞..

      Alhamdulillah best dapat spent masa berkualiti bersama keluarga 😊..

      Delete
  3. Mula2 tengok gambar surroundings tu, dah berkenan dah.. But bila lady cakap bau busuk lumpur and lantai dah nak reput tu, umm takpe la.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surroundings superb Flavnesz cuma pencemaran bau dan keadaan hotel yg agak uzur. Survey dulu sebelum check-in 😉

      Delete
  4. Ala ..baik diorang prefer iron better hair dryer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 👍 setuju sangat dengan Cik CL 😍.. Iron sangat penting especially pengguna shawl macam sis 😄

      Delete
  5. Ekslusif sangat. View dah macam pemandangan kat bora-bora island pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ira 😍, pemandangan laut cantik dan air hijau. Suka bila air pasang, ombak pun kuat 🌊..

      Delete
  6. Siqah teringin nak ke sini. Duk tengok hotel ni berkali dah. Tapi bila baca review kak LZ pasal bau dan makanan yang tak enak, lantai pun tak kukuh, macam tak berbaloi pulak rasanya. Cuma part win maybe menu in room dining. Siqah suka order in room dining kalau tidur hotel. Hihi. Fefeeling :p

    Maybe ke Avani dan Hibiscus lagi better kot. Itu pun tak pernah g lagi. One day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cadangkan Siqah pergi AVANI dulu untuk rasai suasana water chalet di tengah laut kemudian ke Hibiscus, masing-masing ada tarikan tersendiri 😉.. best!

      Delete
  7. Itulah nampak cantik teringin nak pi, tapi bau busuk tu mengganggu pula..
    Belom pernah pergi lagi ke Port Dickson. Ingat tahun depan nak pi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Long cuba survey dulu sebelum check-in mana2 hotel.. Selamat datang ke PD 😄

      Delete
  8. x jadi pergi ke sana la kalau mcm ni. Baik cari resort yg sederhana je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abam Kie, cari hotel yang berbaloi dengan harga 👍

      Delete
  9. tu la kan, mungkin terkena LZ pergi time tak best, next holiday cari tempat lg best kan..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul tu Zie Azi, mungkin juga.. Next holiday cari tempat lebih menarik dan berbaloi2, hehehe 😄😍

      Delete
  10. hmmmmm kalau ada bau yang tak menyenangkan baik pergi hibiscus hehe teringin la nak pergi situ. Avilion ni pun saya pernah survey sebelum ni. nampak cantik :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hibiscus or Lexis PD memang destinasi percutian impian Syed kannn 🌊..

      Landscape Avillion Hotel cantik bg siapa yg suka kehijauan 😄..

      Delete
  11. Replies
    1. Indeed Nabila, best bila pergi bercuti walaupun sekejap asalkan dapat berehat dan meluangkan masa bersama keluarga 😊

      Delete
  12. Mana gambar famili? Alaaa.... nak temgok gambar famili....
    LZ saya pun pernah bercuti kat sini tahun lepas. Itulah pertama kali dan itu pun sebab weekdays. Harga murah sikit. Lagi satu saya tak pilih yg water chalet pun. Bukan yg garden jugak. Yang biasa biasa aje. Tapi saya suka pemandangan Avillion tu, mmg cantik pada pandangan mata saya, tak sama dengan hotel lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe family belakang tabir diaorang tak bagi tunjuk, boleh terima x alasan tu 😁

      Ha'ah setuju, pemandangan laut dan persekitaran Avillion Hotel cantik 😍

      Delete
  13. Wahh cantik nye tempat dia.. Kalau berkemampuan harusss datang kat sini.. tenang je nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada rezeki nanti Lea boleh juga bercuti di sini 😄..

      Delete
  14. Bau tu memang spoil la LZ --' Memang takde kompromi dengan bau. Yela kan pegi bercuti mesti nak tempat yg tenang ;) Asyik duk hidu bau bsuk je, to be exact bau hanyir lumpur erkkhhhh.

    Kena cari tempat lain untuk experienced chalet atas air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spoiled, LZ feeling2 bayu laut, deruan ombak menghempas pantai, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa 🍃.. hurrrmmm angan-angan ke laut adalah 😁

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates