PENIPUAN CARA PUKAU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembuka entri saya. Semalam dengan tiba-tiba saya terima mesej melalui applikasi WhatsApp daripada office mate. Mesej ringkas namun merisaukan. Ibunya di kampung tiba-tiba menelefon dia dengan nada cemas mengatakan telah didatangi 2 orang lelaki yang berpura-pura bertanyakan khabar dan mengakui sebagai kenalan lama seorang lebai yang disegani di kampung itu. Lelaki-lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai 'orang bank' yang ingin membuat bancian untuk memberi bantuan kepada masyarakat berpendapatan rendah di kampung berkenaan.


Jadi tanpa berfikir panjang, ibu kawan saya membenarkan 2 lelaki tersebut masuk ke rumah. Pada masa itu ibunya bersama ayah yang telah uzur. Menurutnya lagi, lelaki tersebut menyuruh ibunya menandatangani satu borang (tak tahu borang apa) dan menyerahkan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan. Borang telah ditandatangani dan salinan kad pengenalan telah diserahkan tapi belum sempat ibunya mengambil dokumen lain seperti yang dikehendaki, abang kepada kawan saya balik ke rumah setelah selesai berkebun. Tiba-tiba 2 lelaki berkenaan tergesa-gesa meminta diri dengan alasan perlu balik ke pejabat atas urusan penting. Apa yang musykil ibunya cemas dengan menyuruh anaknya (iaitu kawan saya) menyemak akaun simpanannya di bank dengan segera. Ibunya disyaki telah dipukau oleh 2 lelaki tersebut dengan memberikan kad ATM bersama password.

Kes seperti ini bukan pertama kali saya dengar. Ibu kawan saya itu bernasib baik kerana 2 lelaki berkenaan tak sempat untuk meneruskan agenda jahat mereka. Belum sempat si penyamun mengeluarkan duit di mesin ATM, kad tersebut berjaya disekat oleh abang kawan saya sejurus 2 lelaki tersebut beredar.

Apa yang boleh saya nasihatkan hanya membuat laporan polis sebagai rujukan dan protection sekiranya 2 lelaki berkenaan menggunakan data peribadi ibunya untuk traksaksi penipuan.

Si pemukau sangat licik dengan menjadikan warga tua di kampung sebagai sasaran penipuan. Mereka tahu kebanyakkan warga tua di kampung tinggal seorang diri atau berpasangan kerana anak-anak tinggal berjauhan di bandar. Jadi mereka mengambil kesempatan dengan menyamar dan samun menggunakan ilmu pukau.

Hal ini pernah juga berlaku kepada saya semasa berlangsung majlis perkahwinan adik lelaki saya. Wang tunai dan barang berharga saya habis dicuri padahal telah 'disembunyi' dalam almari. Mereka hanya mahukan aset tunai buktinya kad kredit dan kad ATM ditinggalkan. Apa yang pasti ibu saya ada terlihat 2 orang wanita yang tidak dikenali berjubah hitam kelihatan sangat mencurigakan. Dia pelik kerana wanita berkenaan langsung tidak menegurnya sebagai tuan rumah. Tapi disebabkan ahli keluarga lain sibuk pada masa itu, jadi saudara-mara dan ahli keluarga tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang tersebut.

Morale of the story, jangan percaya orang terlalu mudah. Kejadian pukau yang biasa berlaku hanya dengan menepuk bahu atau menegur kita dengan berpura-pura bertanyakan jalan atau membuka sesuatu topik perbualan. Susah untuk dielakkan...

Apa pun berdoalah semoga kita dilindungiNya selalu dan terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Itu sahaja perkongsian saya kali ini sebagai peringatan kita bersama.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.. Sekian, wasalam..


Regards,