RESEPI KARI KEPALA IKAN SEDAP | Semalam bersiar-siar di pasaraya NSK yang baru dibuka di Seremban.. Saya sempat beli kepala ikan kurau di pasaraya tersebut dek kerana teringin makan kari kepala ikan. Cari kepala ikan merah semua besar-besar belaka, tak sesuai sebagai hidangan 3 orang makan.. Mungkin bagi sesetengah orang masak kari kepala ikan sesuatu yang sangat mudah tapi bukan saya.. Jadi hari ini merupakan hari yang paling sesuai untuk mencabar diri untuk merealisasikan keinginan itu. Memang mencabar lebih-lebih lagi ini adalah percubaan pertama kali dalam hidup, hehehe

 

Berikut merupakan resepi yang saya cuba, ternyata ringkas dan memang terbukti sedap!

RESEPI KARI KEPALA IKAN 

Bahan-bahan :
1 ekor kepala ikan merah / ikan kurau / ikan jenahak / ikan tenggiri - belah dua
1/2 cawan santan
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil biji sawi - optional
1 cm halia* - kisar
3 ulas bawang putih* - kisar
1/2 biji bawang merah* - kisar
1/2 biji bawang merah - hiris
2 biji cili merah potong memanjang
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
1 biji tomato
Bendi

Cara masak :
Tumis biji sawi, hirisan bawang merah, cili besar yang telah dihiris dan daun kari hingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar diikuti rempah iaitu kari ikan, sebuk ketumbar, jintan putih dan cili giling. 
Masak hingga garing dengan api perlahan. 
Selepas itu masukkan air asam jawa dan separuh hirisan tomato, masak hingga mendidih. 
Kemudian masukkan kepala ikan dan sedikit air, masak hingga mendidih. 
Bila mendidih masukkan separuh lagi hirisan tomato dan bendi. 
Akhir sekali masukkan santan dan perlahankan api. 
Biarkan mereneh dan kuah nampak pekat dan sebati.
Padam api dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama roti atau nasi panas..

Alhamdulillah percubaan kali pertama berjaya.. Jadi saya seronok menikmati kari kepala ikan sebagai sarapan pagi bersama roti dan nescafe tarik..



Oh ya, alang-alang cerita tentang kari kepala ikan.. Baru terbaca mengenai asal usul kari kepala ikan.. Selama ini hanya tau makan tapi tak tahu sejarah kari kepala ikan, hehehe. Okay, begitulah sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.. Selamat mencuba.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Sekian, wasalam..


Regards,