WHAT'S IN MY BAG? | Assalamualaikum semua pembaca blog ini.. Entri santai kali ini mengenai apa yang saya bawa dalam beg ke pejabat. First of all motif bukan untuk menunjuk apa yang dibawa atau apa yang saya ada tetapi sekadar berkongsi apa yang saya mesti bawa ke mana-mana terutamanya apabila ke pejabat. Oh sebelum itu, saya pernah buat entri 'what's in my bag' di blog lama. Jadi ini merupakan entri kedua dalam tajuk yang sama..


Untuk pengetahuan, beg ini telah lama berkhidmat dengan saya dan wajarlah kalau ianya outdated di kalangan keluarga Burberry Haymarket. Kini adik-beradik Burberry lain sudah bertukar fesyen setanding dengan harganya yang semakin membunuh. Namun beg ini masih mampu bertahan cuma ada crack di bahagian tali yang diperbuat dari leather disebabkan oleh faktor cuaca panas. Leather perlu dibelai tapi maaf setakat ni saya masih belum berkesempatan membawa beg ini ke bag spa.


Saya suka bawa beg ini kerana boleh memuatkan bermacam-macam barang ala beg doraemon. Untuk pengetahuan, saya sangat suka designer handbags dan sanggup melabur untuk mendapatkannya.  Malangnya disebabkan ekonomi tak berapa baik, hobi ini terpaksa saya kuburkan. Terpaksa beralih kepada perbelanjaan keperluan berbanding perbelanjaan kehendak. Gunalah handbags yang ada hingga hancur, huhuhu sedih..

So what's in my bag? Jom selongkar!  

 

Berikut merupakan 'keperluan asas' yang mesti saya bawa. Saya masih menggunakan Coach wristlet kerana banyak compartment untuk cards selain boleh memuatkan handphone. Di samping itu, boleh berjalan lengang kangkung hanya sandang di bahu dan selit di bawah armpit, ops!

 

Seterusnya, sejajar dengan kempen go green iaitu tanpa beg plastik, shopping bag merupakan keperluan bila berbelanja. Selepas kerja, saya selalu akan singgah di AEON atau Mydin Mall di Seremban 2 untuk membeli keperluan harian. Jadi shopping bag perlu sentiasa ada.
 
 

Di bawah ini pocket planner saya untuk merekodkan aliran wang tunai keluar masuk dan shopping lists iaitu senarai barang-barang yang hendak dibeli bagi mengelakkan over budget.

 

Selain itu, barang yang mesti ada dalam beg ialah soft mate lip cream jenama NYX. Saya mengakui bahawa saya sangat cerewet dengan warna lip cream sehinggakan jika tak match dengan pakaian, saya akan rasa tak selesa sepanjang hari seolah-olah ada sesuatu tak kena or incomplete.. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, saya bawa 4 lip cream utama yang boleh 'masuk' dengan apa sahaja warna pakaian. Jenis lip cream utama dari kiri Stockholm (SMLC02), Antwerp (SMLC05), Milan (SMLC11) dan Cannes (SMLC19).


Berikut pula keperluan sampingan yang lain iaitu antibacterial wet wipes, cermin dan mints. Antibacterial wet wipes wajib ada untuk hand sanitizer, cermin untuk lihat sama ada make-up masih cun dan pastikan takde cili terselit celah gigi, ops! Al-maklum, kadang-kadang pergi court balik office tengah hari atau mesyuarat di luar jadi penampilan perlu dijaga dan kena selalu bersedia. Mints pula untuk memastikan kesegaran nafas terjaga.

 

Di bawah ini pula pouch untuk barang-barang private and confidential.


Antara barang-barang yang diisi di dalam pouch ini ialah kunci almari office, paracetamol dan beg kecil untuk minyak angin. Saya selalu diserang sakit kepala, jadi keperluan ini seperti mini first aid kit dikala keadaan memaksa.


Akhir sekali tak lupa juga perfume. Perfume juga antara barang yang mesti ada dalam beg. Contoh hari ini saya guna perfume Princesse Marina de Bourbon Crystal Royal. Jenis perfume pula akan sentiasa bertukar setiap hari mengikut mood.

 

Begitulah entri santai kali ini..  Sebenarnya hari ini penat mental dan fizikal tapi disebabkan semangat berblogging, saya share entri santai ini untuk melepaskan penat bekerja..

 

Selit sikit #ootd hari ini..  

Okay demikianlah perkongsian saya.. Sambil menaip perenggan akhir ini, tetiba terlintas di fikiran untuk menganjurkan giveaway akan datang, hadiahnya salah satu barang yang ada dalam entri ini. Agak-agaknya ada tak yang ingin sertai, cuba komen sikit.. Tapi janganlah ingat saya akan beri paracetamol atau minyak angin, hadiah giveaway tentulah something special, in shaa Allah.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,