Sunday, 30 April 2017

,
DIY WASHI TAPE ORGANIZER | Washi tape dan Planner Addict memang tak dapat dipisahkan. Pembaca yang meminati kraftangan juga sudah tentu biasa dengan washi tape ni. Washi tape atau dikenali sebagai Japanese masking tape merupakan pita pelekat yang mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. Washi tape ini berasal dari Jepun dan diberbuat dari natural fibers seperti gentian buluh atau pokok mulberry.

Photo credit to google

Saya akan menggunakan washi tape untuk mendekorasi planner seperti contoh gambar di atas, mengikut kreativiti dan mood. Seronok mendekorasi dengan washi tape kerana ia menceriakan. Selain itu washi tape boleh dipelbagai guna kerana warnanya yang menarik. Tetapi apabila ianya tidak digunakan, kaedah penyimpanan washi tape ini buat saya pening kepala. Mana tidak bukan satu atau dua rolls yang perlu disimpan tetapi lebih dari 20 gulung dengan saiz yang berbeza. Jadi saya perlu memikirkan kaedah penyimpanan yang praktikal, mudah dilihat dan senang dicapai apabila ingin digunakan.

 
Photo credit to google

Kaedah di atas dan di bawah bagi saya kurang praktikal kerana tidak dapat memuatkan kuantiti yang banyak dengan saiz storage yang agak terhad.

 
Photo credit to google

Kaedah menggunakan hanger ini mungkin akan digunapakai satu masa nanti mengikut kesesuaian.
 
 
Photo credit to google

Jadi sempena cuti hujung minggu ini, saya mengambil peluang untuk membuat washi tape storage mengikut cara dan citarasa sendiri. DIY washi tape storage ini saya buat menggunakan kotak tebal dan staple. Selepas itu saya balut dengan washi tape saiz besar untuk nampak lebih menarik. Walaupun keadaan storage ini kurang memuaskan tapi saya puas hati apabila ia dapat memuatkan lebih dari 20 rolls washi tape pelbagai saiz.

 

Tadaaa siap sudah, washi tape sedia tersusun rapi.


Sekiranya storage pertama penuh, saya akan buat storage kedua untuk washi tape seterusnya.. Jimat dan paling penting memenuhi citarasa saya.. Puas hatiku!

 

Begitulah cerita seorang Planner Addict yang selama ini puas memikirkan bagaimana cara menyimpan washi tape-nya yang semakin lama semakin banyak. Terima kasih sudi singgah dan baca entry saya ini.. Entry sekadar meluahkan rasa gembira dengan DIY yang telah berjaya dilakukannya, hehehe


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, 25 April 2017

,
TAEKWONDO BELTS GRADING | Pada 22.04.2017 (Sabtu) lalu, saya dengan gigihnya keluar awal pagi untuk menghantar anak saya ke majlis taekwondo belt grading dari talipinggang putih ke kuning. Mengapa perlu ada perkataan 'gigih' di situ? Gigih disebabkan keluar awal pagi ketika orang lain cuti di tambah pula cuaca ketika itu hujan renyai-renyai dan cuaca sejuk memang sesuai untuk tarik selimut atau bermalas-malas selepas breakfast.

Al-kisah anak bujang seorang ni pemegang tali pinggang putih, masih lagi junior baru 2 bulan menyertai kelas taekwondo. Jadi selepas tempoh pelajaran tali pinggang putih tamat, dia dikehendaki menduduki ujian bagi membolehkan bertukar dari tali pinggang putih ke kuning. Setiap pelajar yang ingin beralih ke tali pinggang putih ke kuning dan peringkat seterusnya dikehendaki mengambil ujian tali pinggang taekwondo yang dinamakan penggredan (grading). Pelajar yang lulus dalam ujian grading melayakkannya memakai tali pinggang seterusnya,

Tali pinggang putih melambangkan innocent. Setiap pelajar yang menyertai taekwondo akan merasai tali pinggang putih. Ia dianggap langkah pertama apabila menyertai seni mempertahankan diri ini. Kita tidak perlu menyertai ujian untuk mendapatkan tali pinggang putih kerana ianya sebahagian daripada uniform asas taekwondo atau dipanggil Dobok.

 

Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Orangramai Taman Seremban Jaya di Seremban. Semua pelajar dikehendaki berkumpul dalam dewan dan beratur mengikut senarai nama yang disediakan.

 

Selain grading tali pinggang putih, terdapat pelajar yang memegang tali pinggang kuning hingga ke tali pinggang biru untuk grading ke peringkat seterusnya.

 

Untuk pengetahuan taekwondo merupakan Korea martial art. Kepada pembaca yang masih belum tahu hierarchy warna tali pinggang dalam taekwondo, saya terangkan serba ringkas di sini.

Tali pinggang putih : melambangkan kesucian (innocent);
Tali pinggang kuning : melambangkan bumi (earth) di mana akar bersedia untuk tumbuh menjadi sepohon pokok.
Tali pinggang oren / hijau : melambangkan tumbuhan (plant) iaitu sepohon pokok yang tumbuh di atas muka bumi.
Tali pinggang biru : melambangkan awan (sky) di mana sepohon pokok tumbuh tinggi mencapai awan. Di peringkat ini skill taekwondo sudah semakin kukuh.
Tali pinggang merah : melambangkan bahaya (danger). Di peringkat ini pelajar sudah lebih berkemahiran dan mampu menggunakan segala skill yang dipelajari.
Tali pinggang hitam merupakan tali pinggang tertinggi dalam seni taekwondo.

 

Sistem grading sedang dijalankan.

 

Seorang instructor yang dipanggil Master memakai black belt akan memberi command manakala pelajar akan menunjukkan gerak mempertahankan diri yang dipelajari berdasarkan command dari Master. Markah akan diberikan berdasarkan gerak yang betul mengikut command yang diberi.

 

Setelah selesai ujian, goody bags akan diberi, maklumlah pelajar terdiri dari kanak-kanak kena bagi imbuhan selepas menahan nervous seharian. Bila habis sesi grading, bukan saja anak rasa happy sebab bakal memakai tali pinggang kuning tapi mama juga adalah orang yang paling happy sebab dapat balik dan sambung rehat..

 

Bye..bye.. kami minta diri dulu... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Monday, 24 April 2017

,
HARI BERSEJARAH | Hari ini dalam sejarah, hari yang sungguh istimewa, bukan hanya cuti umum tapi tarikh 24.04.2017 bersamaan 27 Rejab merupakan hari memperingati peristiwa Israk Mikraj yang diraikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia dan pada hari yang sama istiadat pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-XV.

Hari ini bukan cuti saja-saja tetapi cuti yang boleh dimanfaatkan untuk memperingati peristiwa Israk Mikraj dan istiadat pertabalan Sultan Muhammad V mengikut sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Sejak pukul 9.30 pagi tadi hingga 12.30 tengah hari saya dok depan tv mengikuti istiadat pertabalan ini. You all ada tengok tak istiadat ni? Rugi tau kalau tak tengok, 5 tahun sekali.. Jadi saya abadikan hari bersejarah ke dalam blog ini sebagai kenangan sepanjang zaman sebagai rujukan generasi akan datang, in shaa Allah.


1.  PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga disebut sebagai Tahun Dukacita atau 'Ām al-Ḥuzn' kerana kewafatan Saidatina Khadijah ra (isteri Rasulullah) dan bapa saudara baginda, Abu Talib.



Perjalanan selama 3/4 malam dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama malaikat Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin). Pelbagai peristiwa dilihat semasa perjalanan Nabi yang menjadi pengajaran kepada umat Islam.  Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam.

2.  ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XV

Umum tahu bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Gelaran rasmi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 ialah Sultan Negeri Kelantan iaitu Sultan Muhammad V atau nama sebenar Tuanku ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra. Keistimewaan peribadi Kebawah Duli Tuanku yang terkenal sebagai Raja berjiwa rakyat bukan hanya di Negeri Kelantan tetapi di seluruh rakyat Malaysia. Selain itu sifat kepimpinan dan rendah diri Tuanku turut menjadi idola rakyat jelata.  


Perlantikan Yang Di-Pertuan Agong dilantik secara rasmi melalui Majlis Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) yang ke-243 pada 14 Oktober 2016 lalu di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sultan Muhammad V memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun. 


Berikut merupakan Raja-Raja Melayu yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong dari tahun 1957 hingga kini, 2017


Merafak sembah setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Sempena Pertabalan Tuanku sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. 
DAULAT TUANKU! 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, 18 April 2017

,
BEGINIKAH MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semalam saya dan officemate ke sekolah anak untuk menghantar makan tengah hari. Selalunya mereka terus menaiki van sekolah ke pusat tusyen tetapi semalam mereka perlu menghadiri Kem Bistari Solat bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Pukul 1.30 petang mereka perlu berada di surau untuk solat Zohor sebelum memulakan kem. Jadi mereka hanya ada masa setengah jam untuk makan tengah hari.


Kelas tamat pukul 1.00 tengah hari. Para pelajar keluar dari kelas berlari ke kantin. Saya dan officemate tunggu di kantin sekolah. Tak lama kemudian saya nampak anak saya, Arief muncul dan menuju ke arah saya. Wajah ceria apabila nampak saya bawa bekal (tapau) nasi berlauk kari ayam dan sayur. Maklumlah sesekali mama datang bawa makanan, gembiralah dia.

Sambil menunggu Arief makan, saya pandang kiri kanan untuk meninjau makanan tengah hari yang dibeli oleh pelajar di kantin sekolah itu.. Officemate saya bersuara dalam nada terkejut : "Ya Allah Kak, tengok tu dalam polystyrene cuma ada nasi, setompok kuah berwarna kuning dan seketul ayam goreng kecil bersalut tepung. Ntah berapa agaknya harga camtu.." Saya tak sempat memberi response tetapi hanya tergamam apabila melihat majoriti pelajar makan dengan penuh selera dan pelbagai ragam.

Sumber : Facebook
Lihatlah betapa naif wajah kanak-kanak ini.. Mereka hanya tahu bila lapar, nak makan.. Langsung tak menghiraukan kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

Tak lama lepas tu, anak officemate saya tiba bersama seorang lagi kawan baiknya. Anak officemate saya beritahu bahawa kawan dia ada bawa bekal dari rumah tetapi tumpah. Jadi berbekalkan wang RM2.00 budak tadi menuju ke kaunter kantin untuk membeli makanan tengah hari. 

Setibanya dia di meja kami, saya lihat dalam polystyrene yang dia bawa hanya ada nasi dan setompok kuah berwarna kuning seperti kuah masak lemak. "Adik, mana lauk?" spontan ayat keluar dari mulut saya. Dia malu-malu dan terus berbisik ke telinga anak officemate saya. "Dia kata dia nak beli ayam goreng tapi tak cukup duit. Ini RM1.00" jawab anak officemate saya. "Berapa harga ayam goreng?" tanya saya lagi. "RM2.50.." jawabnya.. Officemate saya segera mengeluarkan RM2.00 dan saya tambah RM1.00.. "Nah pergi beli lauk." arah saya kepada budak itu. Dia segera mengambil polystyrene tadi menuju ke kaunter kantin dan pulang semula ke meja kami dengan wajah ceria.. Nampak seketul kecil ayam goreng bersaiz nugget. Saya lihat dia makan bersungguh-sungguh. Habis licin semua langsung tak tinggal sisa.

Sadis I tell you. Hati saya menangis.. Sedih sangat apabila kanak-kanak diperlakukan begitu. Mengapa pengusaha kantin ini tak ada tolak ansur. Sesudu sayur tak akan buat kamu kaya.


Wahai pengusaha kantin. Ini bukan pasar malam. Kamu berniaga dengan kanak-kanak. Saya tahu barang basah di pasaran mahal, jadi pandai-pandailah merancang menu mengikut budget yang ada. Janganlah berkira. Pelbagaikanlah menu budget, janji ada sedikit sayur dan lauk. Mereka​ perlukan makanan berkhasiat bukan makanan mahal atau sedap.

Anggaplah mereka seperti anak kamu, bukan seperti peminta sedekah yang membayar makanan kepada kamu. Sesungguhnya kamu tak akan jatuh miskin jika niat kamu ikhlas, berniaga sambil bersedekah. Kamu terpilih dalam bidang ini di mana dapat menjemput pahala dengan mudah. Janganlah kamu ambil kesempatan dengan anak-anak ini walaupun kamu tahu mereka anak Hakim yang punya personal driver, mereka anak Pengarah Urusan yang memandu BMW, mereka anak ahli perniagaan yang memandu Hummer.. Urusan dan rezeki kamu Allah tentukan..

Kepada ibubapa, rajin-rajinlah pantau apa yang dimakan oleh anak-anak anda di sekolah. Luangkan masa masak untuk mereka. Selain menjimatkan, ianya dijamin bersih dan berkhasiat. Jangan hanya bekalkan mereka wang tanpa mengambiltahu ke mana wang itu dibelanjakan.

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Bagaimana pula dengan pembaca yang mempunyai anak bersekolah, adakah setiap sekolah sama atau sebaliknya?  Kepada pembaca yang masih belum mempunyai anak, sila nyatakan apa perasaan anda berdasarkan perkongsian saya ini. Adakah saya terlalu cerewet atau sememangnya kanak-kanak sekarang wajar dilayan sedemikian?  Saya perlukan komen pembaca.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Monday, 17 April 2017

,
MUNGKIR JANJI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pernahkah kita berjanji? Berjanji itu mudah tetapi menunaikannya mungkin susah bagi sesetangah manusia. Mana tidak, berjanji mudah hanya menggunakan kata-kata manakala menunaikannya perlu disusuli dengan perbuatan.

 
Sumber : Google

Semalam dalam Facebook saya ada mendapatkan maklumbalas dari followers.. Ada yang pernah terkena dengan janji yang tak ditepati.. Sesiapa pernah terkena mesti tahu bagaimana rasa penangan orang mungkir janji. Perasaan bercampur-baur, ada sedih, kecewa, geram dan macam-macam lagi. Bila keadaan di luar kemampuan, akhirnya terpaksa merelakan but I feel like a fool. Patutkah orang yang berbuat baik terasa diperbodohkan?



Apakah perasaan orang mungkir janji sedangkan dalam Al-Quran ada mengingatkan :

"..dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." - surah Al-Isra ayat 34

Tak perlulah diletakkan dalil-dalil lain di sini kerana bila ada disebut dalam Al-Quran bermakna amat dituntut dalam Islam. Mungkir janji juga salah satu sifat orang munafiq.

Berjanji itu tak salah tapi pastikan kita mampu tunaikan. Menepati janji bukan hanya dituntut tapi ianya melambangkan sifat amanah dalam diri seseorang. Sifat amanah merupakan sifat terpuji, salah satu sifat Rasulullah. Memiliki sifat sebaliknya akan menyebabkan orang hilang rasa percaya. Jadi berhati-hati dalam berjanji. Ambillah pengajaran setiap yang berlaku.


Semoga setiap yang berlaku jadikan ikhtibar kepada diri sendiri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, 14 April 2017

,
KOPI AIS VIETNAM BERACUN : Begitulah tajuk entry saya kali ini.. Ini kisah benar. Kes ini berlaku di Olivier Cafe yang terletak di kompleks membeli belah Grand Indonesia, Jakarta. Saya telah mengikuti perkembangan kes ini tahun lalu dan baru berkesempatan untuk kongsi di blog ini. Ianya tentang kes pembunuhan yang mendapat liputan luas di Indonesia dan Australia tahun lepas. Kes ini juga mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada kita. 

Kisah ini berlaku pada 6.1.2016 apabila Wayan Mirna Salihin meninggal dunia selepas meminum kopi ais Vietnam (Vietnamese Iced Coffee) yang telah dipesan oleh rakannya, Jessica Kumala Wongso. Mulut Mirna berbuih selepas meneguk kopi berkenaan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Abdi Waluyo di Menteng, Jakarta. Hasil autopsy mendapati bahawa kopi yang telah diminum oleh Mirna mengandungi racun jenis sianida (cyanide) yang menyebabkan pendarahan dalam perut Mirna.


Persoalannya siapakah 'pelaku' dalam kes ini? Siapakah yang memasukkan sianida ke dalam kopi Mirna? Itu soalan yang menarik apabila kita membaca sesuatu kes jenayah. Okay teruskan membaca..

Jessica merupakan rakan kolej Mirna semasa mereka belajar di Billy Blue College of Design di Sydney Australia dan di Swinburne University of Technology. Jessica memegang kerakyatan Australia apabila bekerja dan menetap di sana manakala Mirna pulang ke Indonesia selepas menamatkan pengajiannya sekitar tahun 2008. Ketika kejadian Mirna baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Arief Soemarko.

Mirna & Arief 
Sumber : Facebook

Pada pukul 2 petang hari kejadian, Jessica tiba di kompleks membeli-belah Grand Indonesia Jakarta dan telah berjanji dengan Mirna untuk berjumpa pada pukul 5 petang selepas Mirna selesai bertugas. Jessica telah membuat tempahan meja di Olivier Cafe iaitu meja nombor 54. Sementara menunggu Mirna, Jessica sempat membeli-belah. Jessica kembali ke Olivier Cafe pada pukul 4 petang dan telah memesan minuman termasuk Vietnamese iced coffee yang telah membunuh Mirna. Jessica menunggu kehadiran Mirna yang tiba pada pukul 5 petang bersama seorang lagi rakannya bernama Hani.


Keraguan bermula di sini, berdasarkan rakaman CCTV sepanjang tempoh Jessica menunggu ketibaan Mirna, minuman yang telah dipesan didapati terlindung dengan beg-beg kertas tersusun di atas meja. 

Apabila Mirna tiba di Olivier Cafe bersama Hani, Jessica berkata : "Ini kopi kamu Mir, kamu mahu kopi ini." Mirna terus menyedut kopi berkenaan dan selepas itu sempat mengadu bahawa rasa kopi tersebut teruk dan tidak seperti biasa sambil mengipas mulutnya dengan tangan. Mirna menolak cawan kopi tersebut kepada Jessica untuk Jessica rasa dan dapat mengesahkan rasa kopi tersebut tetapi ditolak oleh Jessica. Hani mengambil cawan tersebut dan rasa sedikit di hujung lidah, Hani sependapat dengan Mirna. Hani mengesahkan bahawa rasa kopi tersebut pahit, panas dan pedas. Lebih kurang 2 minit selepas itu, Mirna mula menunjukkan rasa kurang selesa dan kejang serta buih keluar dari mulutnya. Mirna pengsan. Hani panik dan menjerit nama Mirna untuk menyedarkannya.


Kakitangan di Olivier Cafe bergegas memberi bantuan kepada Mirna. Mirna telah dibawa dengan ambulance ke Hospital Abdi Waluyo dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.00 petang hari yang sama.


Gambar di bawah diambil dari rakaman CCTV yang menunjukkan Jessica hanya tercegat ketika keadaan huru-hara sambil memerhati Hani dan kakitangan Olivier Cafe memberi bantuan kepada Mirna. Ini juga menimbulkan keraguan kepada pihak Pendakwaraya. Tambahan pula, ketika Jessica tercegat, dia kelihatan menggaru-garu tangannya. Di situ terdapat persoalan yang perlu dikaji. Mengapa? Teruskan membaca..


Hasil bedah siasat yang dijalankan di Kramat Jati Police Hospital mendapati bahawa terdapat pendarahan dalam perut Mirna. Polis mendakwa bahawa ianya berpunca dari tindakbalas racun sianida yang ditemui dalam kopi yang telah diminum oleh Mirna.


Pada 30.1.2016, Jessica telah ditahan dan dituduh menyebabkan kematian Mirna. Jessica telah dibawa ke lokap sementara menunggu dibicarakan. Kes ini mendapat liputan meluas di Australia kerana Jessica warganegara Australia. 

Polis Australia hanya akan memberi kerjasama dalam siasatan ini sekiranya kerajaan Indonesia memberi jaminan kepada mereka bahawa sekiranya Jessica didapati bersalah hukuman mati tidak akan dikenakan kepada Jessica. Perbicaraan kes ini berlangsung pada 12.7.2016 di mana Jessica telah dituduh membunuh Mirna dengan memasukkan racun sianida ke dalam minuman Mirna sehingga menyebabkan kematian.


Polis Indonesia menyiasat latarbelakang Jessica semasa berada di Australia. Ada laporan menunjukkan Jessica pernah menjalani ujian psychology dan terdapat perintah penahanan (restraining order) pernah dibuat oleh bekas teman lelaki Jessica kepada pihak berkuasa Indonesia serta spekulasi lain antaranya motif dendam akibat cemburu dan cinta tiga segi. Walaubagaimana pun, peguam Jessica yang marangkap pakciknya menyangkal (for sure) semua dakwaan tersebut dan menafikan bahawa anakguamnya terlibat dalam pembunuhan Mirna.

Pendakwaraya Ardito Muwardi memutuskan bahawa motif pembunuhan Mirna disebabkan beberapa faktor:

Dendam kerana Mirna pernah menasihati Jessica supaya memutuskan hubungan dengan teman lelaki Jessica yang memiliki sikap panas baran dan penagih dadah. Hal ini menjadikan Jessica marah dan pernah tidak berhubung agak lama dengan Mirna sedangkan mereka berkawan baik. Oleh itu Jessica berniat untuk membalas dendam dan merancang untuk membunuh Mirna. 

Selain itu, Jessica tiba awal di Olivier Cafe pada hari berkenaan kerana melalui rakaman CCTV, Jessica dilihat memandang sekeliling (dalam keadaan mencurigakan) seolah-olah meninjau persekitaran ketika memilih tempat duduk di kafe berkenaan. Pendakwaraya menyatakan Jessica memilih tempat tersorok  iaitu meja nombor 54 kerana lokasi meja tersebut terlindung dan jauh dari CCTV. 

Semasa memesan dan membayar minuman, Jessica minta pelayan kafe berkenaan supaya menghantar minuman tersebut pada pukul 4.24 petang sedangkan perjumpaan telah ditetapkan pada pukul 5.00 petang selepas waktu pejabat Mirna. Pihak Pendakwaraya menyatakan bahawa Jessica sengaja menyusun beg-beg kertas di atas meja untuk melindungi minuman tersebut dan ketika itu Jessica memasukkan racun sianida ke dalam minuman Mirna. Hasil rakaman CCTV mendapati Jessica mengalihkan beg-beg kertas tersebut di sisinya atas kerusi panjang tidak lama selepas itu.

Selain itu, menurut pelayan kafe tersebut, prosedur penyediaan minuman kepada pelanggan ialah tidak memasukkan straw ke dalam minuman. Straw diletakkan di atas meja bersebelahan cawan. Tetapi dalam kes ini menurut Hani straw telah berada di dalam cawan Mirna. Mirna menggunakan straw tersebut untuk mengacau (bahasa Indonesia : mengaduk) minuman tersebut.

Pembelaan bersandarkan bahawa hanya Jessica seorang sahaja suspect dalam kes ini - suspect tunggal. 

Menurut Pendakwaraya lagi, walaupun Hani merasa kopi tersebut tetapi Hani hanya meletakkan di hujung lidah dan ianya tidak mengancam nyawa Hani. Pakar forensik mengesahkan bahawa kandungan sianida yang terdapat dalam kopi yang diminum Mirna ialah 298mg, lebih dari cukup untuk membunuh saiz tubuh seperti Mirna. 

Jawapan mengapa Jessica menggaru-garu tangan, ia disebabkan oleh kulit yang telah bersentuhan dengan racun sianida akan mengakibatkan kegatalan atau iritasi. Hal ini turut diakui oleh pakar kimia yang dipanggil sebagai saksi dalam kes ini. Seluar jeans yang dipakai oleh Jessica pada hari kejadian turut dibuang oleh Jessica atas alasan koyak. Pendakwaraya mendakwa kemungkinan seluar itu terkena racun sianida semasa Jessica memasukkan ke dalam cawan kopi tersebut. Selain itu terdapat beberapa fakta lain yang menyokong dakwaan terhadap Jessica.

Setelah mengambilkira fakta-fakta kes dan pihak Pendakwaraya berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah terhadap tertuduh, akhirnya pada 27.10.2016, Ketua Hakim Kisworo menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Jessica. 




Apa yang kita pelajari dalam kes ini, jangan menyimpan dendam hingga membinasakan masa depan kita. Kawan baik pun boleh jadi lawan.

Okaylah, terima kasih atas kesudian rakan-rakan blogger membaca entry ini.. Begitu juga dengan rakan bloggers yang sudi tinggalkan komen dalam posts saya sebelum ini dan juga posts seterusnya, menyokong saya ketika down. Sayang awak semua 😘..

Friendship forever okay, jangan seperti Jessica, kawan makan kawan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Monday, 10 April 2017

,
I NEED A BREAK | Alhamdulillah bersua kita di entry ini.. Pagi Isnin yang suram, kereta pun kurang di jalanraya semasa saya memandu ke pejabat pagi ini.. Mungkin masing-masing Monday blues but syukur not me.


Sejak masuk bulan April, banyak sangat tugasan penting perlu dilaksanakan.. Ini tak termasuk masalah sampingan yang melanda menyebabkan saya mentally and physically exhausted. Hari ini pula ada satu kes bicara di Mahkamah, penat mental masih lagi terasa semasa menyediakan saksi, buat law research dan berbincang tentang fakta kes bersama panel peguam hari Jumaat lalu. 

Walaupun saya tak dapat hadir ke Mahkamah kerana ada tugasan lain, saya doakan semoga saksi yang dipanggil mewakili syarikat dapat menjawab dan menepis dakwaan Plaintif dengan jayanya. Harap mereka buat yang terbaik.

Next week, ada lagi kes lain yang akan dipanggil untuk bicara dengan fakta kes yang berbeza.. 


Dalam keadaan begini bila ada masa terluang saya akan jadi malas dan suka tidur, lately saya kurang productive berblogging.. Mungkin bila keadaan kembali normal saya akan mula active melawat blog saudara-saudari..

Boleh tak kongsi bagaimana cara you all menangani keadaan bila ada tugasan penting, buzy and at the same time dilanda masalah dengan orang persekitaran​? Pendek kata 'serabut' (panjang tak kata apa-apa - joking huh!).. Kongsilah di sini, mungkin ada cara lain you all boleh bantu saya selain malas, makan dan tidur yang biasa saya amalkan.. Sharing is caring kannn 😉

Selain itu, dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada  rakan blogger yang tak jemu menyokong saya, sudi singgah di blog ini. Tinggalkan komen kawan-kawan, in shaa Allah saya akan menyusul untuk sesi kunjungbalas.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, 6 April 2017

,
BERTERUS TERANGLAH SEBELUM NIKAH | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers.. Sikap suka berterus-terang memang perlu ada pada setiap orang lebih-lebih lagi kepada setiap pasangan.. Entry kali ini kategori just for fun sekadar joking di petang hari. Saya copy paste dari news feed Facebook kerana ianya mencuit hati dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. 


"Sayang.... sebelum kita nikah esok, biarlah abang berterus terang."
"Kenapa bang?"
"Lihat gambar ni.."
"Siapa wanita ni bang?"
"Wanita ni sebenarnya ... isteri abang. Bila kita nikah esok, sayang akan jadi isteri kedua abang".
"Sayang marah tak?"
"Abang.... demi cinta, sayang turutkan. Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh sayang, sayang terima abang seadanya.."
"Sungguh murni kata-kata mu, terharu abang.."

"Tapi bang... sayang pun nak tunjuk gambar jugak"
"Erkkk... gambar apa pulak ni? Siapa lelaki ni?"
"Abang teka lah... sayang pun macam abang jugak"
"Apaa... ni gambar bekas suami sayang ke?"
"Tak lahhh kan sayang belum pernah kahwin lagi"
"Habis tu? Gambar boyfriend lama sayang?"
"Hihihihihi... Tidakkkkk... sayang cinta abang soranngggg je tau!!"
"Habis tu gambar sapa ni?"
"Tu gambar saya sebelum operate!"
"Nama saya dulu Zubir bukan Zubaidah!"
"Abang..... abanggggg!!... alaahh pengsan pulak dia!!"
😂😂😂

Hehehehehe...
Itu sahaja..


Regards,

Monday, 3 April 2017

,
MINTA PENDAPAT TENTANG SETTING "YOUR COMMENT WILL BE VISIBLE AFTER APPROVAL" I Alhamdulillah bertemu kita dalam entry ini.. Terlebih dahulu saya ingin nyatakan bahawa entry ini mungkin sensitif tetapi entry ini ditulis tanpa prejudis or "without prejudice basis". Kalau diikutkan mungkin jawapannya : "Eh, suka hati akulah, ini blog aku ikutlah aku nak setting camne pun, bla.. bla.. bla....", tapi entry ini tidak mengharapkan jawapan begitu tetapi lebih kepada perbincangan terbuka bukan untuk menghakimi sesiapa. Tujuan saya ingin meminta pendapat daripada rakan blogger mengenai topic ini kerana kejayaan sesebuah blog bergantung kepada sokongan pembaca blog lain. Tentu ada sebab anda pilih setting begitu. Saya hormat cara anda.


Rakan blogger yang mengikuti perkembangan blog ini mungkin pernah terbaca post saya : Di Mana Silapnya yang menggambarkan betapa kalutnya saya bila tiada sesiapa komen di blog ini akibat tersalah "Manage Blogger comments". Itulah akibat keterujaan melampau, hehehe.. Apa tidaknya, selama saya berblogging, saya tak pernah setting komen kepada "Your comment will be visible after approval".. Saya pilih setting komen terus dipaparkan or published.

 

Mengapa? Pada pendapat saya, kaedah itu agak serabut apabila saya perlu baca setiap satu komen yang ditulis dan pilih satu-persatu untuk kelulusan. Saya suka pembaca komen then terus published mengikut topic entry. Mudah juga untuk membalasnya secara on the spot. 

Selain itu, ianya juga untuk mengelakkan daripada pembaca / pengunjung blog ini 'terkomen' lebih dari sekali. In case, saya lambat approve berkemungkinan pengunjung yang telah komen terlupa dan komen sekali lagi walaupun tak salah berbuat demikian. Sekiranya, kaedah review comments to prevent unwanted comments, tidakkah kita masih boleh delete komen yang tidak dikehendaki sepenuhnya supaya tidak dipaparkan dalam blog. Betul tak? Correct me if I'm wrong.


Oh ya, sebut tentang delete komen pula, seandainya kita tak mahu or tidak setuju dengan komen yang dinyatakan oleh pembaca / pengunjung blog kita, adalah lebih baik DELETE SEPENUHNYA bukan meninggalkan statement "this comment has been removed by the author".. Apa perasaan anda kalau tengok balik komen yang anda tulis dalam blog seseorang tetiba discovered yang komen anda telah dinyahkan oleh tuan blog tetapi profile icon anda masih di situ? 

Hal ini mungkin akan menimbulkan syak wasangka dari blogger lain yang kenal anda dan kebetulan membaca entry yang sama, tentu persepsi blogger lain begini : "Apalah yang si A tulis sampai Si B removed komen dia kannn.." see tak manis bila orang bersangka begitu. Bagi saya jika seseorang pembaca memberi komen di entry kita, ianya merupakan satu effort dari mereka untuk mengulas apa yang dibaca mengikut isi hati mereka dan penghargaan buat kita, selaku pemilik blog. Tidakkah anda rasa begitu?

Andai ada komen yang bercanggah dengan pendapat kita atau tidak kena, memadailah balas dengan sewajarnya bukan dengan cara removed begitu sahaja. Kalau tak suka juga, delete sepenuhnya jangan tinggalkan profile icon di situ, pendek kata jangan tinggalkan kesan demi keharmonian bersama. Lainlah kalau kita ni blogger popular dan tak perlu sokongan blogger lain. Mungkin tak kisah buat begitu.. hurmmmmm tapi still nampak 'kesombongan' di situ kannn..

Okaylah, sekali lagi saya nyatakan ianya pendapat peribadi saya, tak ada kena mengena dengan sesiapa dan sama sekali tidak ditujukan kepada sesiapa. Saya sekadar ingin pendapat pembaca memandangkan saya baru focus kepada dunia blogging secara serius recently.. Mana satu pilihan anda : Adakah anda suka setting komen terus published atau review then approve comments? Beritahu saya mengapa anda pilih setting begitu. Saya perlukan pendapat ikhlas anda.

Alang-alang bagi soalan cepu emas, saya akan bagi hadiah kepada blogger yang terpilih. Saya akan pilih 3 orang commentators secara random berdasarkan pendapat ikhlas yang diberikan. Blogger yang terpilih akan memenangi Starbucks card reload bernilai RM30.00 seorang atau tukar cash kepada mereka yang tak mahu card tersebut. Offer ini untuk komen yang diterima setakat 23.04.2017 sahaja.

Ini sahaja entry saya kali ini.. Maklumbalas dan komen dari rakan bloggers amat saya hargai..


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..
Sekian, wasalam..


Regards,

Sunday, 2 April 2017

,
KEMBALI AKTIF BERSAMA POSTCROSSING | Postcrossing merupakan salah satu hobi saya. Saya mula aktif berpostcrossing sejak 2014. Namun sejak masuk tahun 2017 hobi ini kurang diberi perhatian sebab saya sibuk berblogging.. Al-maklum blog baru masih status baby, jadi kena beri perhatian lebih berbanding hobi lain.

Okay, siapa biasa dengan Postcrossing? Mana yang tahu dan familiar dengan Postcrossing mungkin tahu bagaimana komitmen yang perlu kita beri lepas sign-up sebagai member. Kepada pembaca yang masih belum tahu apa itu Postcrossing, saya explain sikit.. Postcossing ialah projek bertukar-tukar poskad dengan ahli yang berdaftar di Postcrossing atau "a postcard exchange project that invites everyone to send and receive postcards from random places in the world."

Saya sangat meminati hobi ini kerana ia seoleh-olah travel the world through postcards. Bila masuk bulan baharu, Postcrossing akan hantar statistic mengenai postcards yang dihantar dan diterima. Malangnya graf saya menjunam dengan teruk sekali seperti yang ditunjukkan di bawah, huhuhu..


Komen dari Postcrossing, lihat "In March your mailbox didn't receive any postcards... :-( " - sedih sangat simbol tu tau..


Jadi atas kesedaran sendiri, saya aktif semula bersama Postcrossing, yeayyyy.. Semalam saya bertungkus-lumus menulis 13 postcards untuk dihantar ke Finland (1), Netherlands (1), Germany (2), USA (1), Czech Republic (1), Singapore (1), Turkey (1), China (2), Hong Kong (1), Taiwan (1) dan India (1).

 

Lenguh tangan dan mencungap jugak untuk achieve target postcards yang diberi.. Tapi puas hati kerana siap semuanya, lepas hantar tunggu pula postcards datang kat kita.. Just sit back and relax.

Okaylah, di kesempatan ini saya kongsi sikit tentang penglibatan saya dalam exchange postcards ni.. Setakat bulan Mac 2017, saya telah terima postcards dari negara-negara berikut:

 

Ini pula postcards wall saya yang menunjukkan gambar-gambar postcards yang diterima melalui Postcrossing..

 
 

Ini pula summary postcards yang dihantar dan diterima..

 

Untuk makluman, sebelum saya menyertai Postcrossing, saya aktif dengan direct swap. Saya turut menulis surat dengan pen pals dari Spain, Russia, USA, Italy dan Germany malah kami masih berhubung sehingga kini. Sementara menunggu 'perjalanan' surat yang beratus batu, kami berhubung melalui Facebook Messenger. Bertukar postcards secara direct swap saya buat melalui IG : @sweetmemoriesofmylife.. Boleh juga melawat blog Postcards saya : Love My Happymail - tapi maaf blog ini lama terbengkalai, akan diberi perhatian dalam masa terdekat..

Oh ya, saya pernah bercerita tentang projek Postcrossing saya dalam blog sebelum ini : Cerita Tentang Postcards.  Pernah juga saya ceritakan tentang blog postcards saya di : Blog Baharu

Ada tak antara pembaca blog saya suka hobi ini? Atau mungkin salah seorang ahli Postcrossing or Swap-Bot? Atau may be direct-swap? Jadi bolehlah kongsi cerita sikit.. Bagaimana pula komen pembaca yang lain? Apa pandangan you all tentang hobi ini?



Okay, ini sahaja perkongsian saya. Terima kasih sudi singgah dan meluangkan masa di sini..
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Just type you email address in the box below & hit the 'Subscribe' button :


Follow Us @ladyinredplanner