HARI BERSEJARAH | Hari ini dalam sejarah, hari yang sungguh istimewa, bukan hanya cuti umum tapi tarikh 24.04.2017 bersamaan 27 Rejab merupakan hari memperingati peristiwa Israk Mikraj yang diraikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia dan pada hari yang sama istiadat pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-XV.

Hari ini bukan cuti saja-saja tetapi cuti yang boleh dimanfaatkan untuk memperingati peristiwa Israk Mikraj dan istiadat pertabalan Sultan Muhammad V mengikut sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Sejak pukul 9.30 pagi tadi hingga 12.30 tengah hari saya dok depan tv mengikuti istiadat pertabalan ini. You all ada tengok tak istiadat ni? Rugi tau kalau tak tengok, 5 tahun sekali.. Jadi saya abadikan hari bersejarah ke dalam blog ini sebagai kenangan sepanjang zaman sebagai rujukan generasi akan datang, in shaa Allah.


1.  PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga disebut sebagai Tahun Dukacita atau 'Ām al-Ḥuzn' kerana kewafatan Saidatina Khadijah ra (isteri Rasulullah) dan bapa saudara baginda, Abu Talib.



Perjalanan selama 3/4 malam dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama malaikat Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin). Pelbagai peristiwa dilihat semasa perjalanan Nabi yang menjadi pengajaran kepada umat Islam.  Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam.

2.  ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XV

Umum tahu bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Gelaran rasmi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 ialah Sultan Negeri Kelantan iaitu Sultan Muhammad V atau nama sebenar Tuanku ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra. Keistimewaan peribadi Kebawah Duli Tuanku yang terkenal sebagai Raja berjiwa rakyat bukan hanya di Negeri Kelantan tetapi di seluruh rakyat Malaysia. Selain itu sifat kepimpinan dan rendah diri Tuanku turut menjadi idola rakyat jelata.  


Perlantikan Yang Di-Pertuan Agong dilantik secara rasmi melalui Majlis Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) yang ke-243 pada 14 Oktober 2016 lalu di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sultan Muhammad V memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun. 


Berikut merupakan Raja-Raja Melayu yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong dari tahun 1957 hingga kini, 2017


Merafak sembah setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Sempena Pertabalan Tuanku sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. 
DAULAT TUANKU! 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,