I NEED A BREAK

I NEED A BREAK | Alhamdulillah bersua kita di entry ini.. Pagi Isnin yang suram, kereta pun kurang di jalanraya semasa saya memandu ke pejabat pagi ini.. Mungkin masing-masing Monday blues but syukur not me.


Sejak masuk bulan April, banyak sangat tugasan penting perlu dilaksanakan.. Ini tak termasuk masalah sampingan yang melanda menyebabkan saya mentally and physically exhausted. Hari ini pula ada satu kes bicara di Mahkamah, penat mental masih lagi terasa semasa menyediakan saksi, buat law research dan berbincang tentang fakta kes bersama panel peguam hari Jumaat lalu. 

Walaupun saya tak dapat hadir ke Mahkamah kerana ada tugasan lain, saya doakan semoga saksi yang dipanggil mewakili syarikat dapat menjawab dan menepis dakwaan Plaintif dengan jayanya. Harap mereka buat yang terbaik.

Next week, ada lagi kes lain yang akan dipanggil untuk bicara dengan fakta kes yang berbeza.. 


Dalam keadaan begini bila ada masa terluang saya akan jadi malas dan suka tidur, lately saya kurang productive berblogging.. Mungkin bila keadaan kembali normal saya akan mula active melawat blog saudara-saudari..

Boleh tak kongsi bagaimana cara you all menangani keadaan bila ada tugasan penting, buzy and at the same time dilanda masalah dengan orang persekitaran​? Pendek kata 'serabut' (panjang tak kata apa-apa - joking huh!).. Kongsilah di sini, mungkin ada cara lain you all boleh bantu saya selain malas, makan dan tidur yang biasa saya amalkan.. Sharing is caring kannn 😉

Selain itu, dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada  rakan blogger yang tak jemu menyokong saya, sudi singgah di blog ini. Tinggalkan komen kawan-kawan, in shaa Allah saya akan menyusul untuk sesi kunjungbalas.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

CONVERSATION

38 comments:

  1. Bagi pendapat CCL better settlekan tugasan kerja ..& hirau kan masalah org sekeliling. Lagi satu jangan campur adukkan masalah peribadi & kerja ..nanti tak fokus dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa luang, otak tetiba terfikir hal remeh-temeh, ini jadi penat mental Cik CL.. in shaa Allah akan dipraktikkan 😊

      Thanks Cik CL for your opinion & support 😍💐

      Delete
  2. Maybe you need a vacation kak.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe Flavnesz 😍..
      I need a break and do whatever I want to do kannn.. Good idea 😉
      Thanks dear 💐

      Delete
  3. Pergi tengok tempat yang tenang kakak hehe. Contohnya macam satu tempat tu boleh tengok bukit ke, benda2 hijau ke. Elsa selalu buat macamtu kalau serabut sangat dengan masalah hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer laa Elsa, perlu keluar dari daerah ini. Pergi tempat menarik, spend masa untuk diri sendiri.. waaa syiok 😄

      Sis akan pertimbangkan.. Thanks Elsa 😍

      Delete
  4. Reason untuk pergi bercuti maybe :) Kalau Siqah settlekan kerja semua dulu dan lepas tu, ambil cuti, dan pergi bercuti. Tenangkan fikiran. Jauhkan diri daripada segala benda yang boleh serabutkan kepala masa bercuti. Agar kembali selepas bercuti nanti, tenang je rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak Siqah 😁😊😉..
      Akak akan cari masa untuk jalan2 cari makan & cuti-cuti Malaysia 😍..

      I like, thanks dear 💐

      Delete
  5. Faham situasi LZ. Selalunya, bila saya serabut dengan macam2 perkara, saya akan tinggalkan semuanya buat sementara waktu. Just take a break, treat diri dengan lunch/dinner yang sedap2,..betulkan balik mind setting and mula approach situasi serabut tu one thing at a time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab treat diri dengan makan sedap memang persamaan kita Farrah MF.. Minggu ni dalam process realign mind setting..

      Good tips dear 😍, thanks Farrah 💕

      Delete
  6. Buat checklist and try settlekan satu per satu. Cakap mudah tapi sebenarnya susah. But still, take your time sis. Rehat, tido and makan tu biasalah. Then, sambung balik dgn segala macam tugasan tu. All the best sis! Jangan stress2 okey? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fatihah 👌, buat checklist antara kaedah yg baik, akak namakan TO DO list.

      Thank you dear, really appreciate that 😍

      Delete
  7. hye lz.. take your time.. banyakkan berehat & jangan force diri, nanti u yang sakit nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah DP..
      Thanks dear 😍

      Delete
  8. kalau cara saya - sy akan pergi vacation + buat solat tahajud - it works.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ buat jugak DP kecuali vacation masih belum berkesempatan sebab mslh skrg masih belum berpeluang apply leave.. Kerja banyak.. 😥

      Delete
  9. Take a good care of yourself LZ. Perhaps a short vacay may help :)

    kalau ana dulu masa tgh peak period dan banyak keje sampai tak boleh nak handle, after office hour ana akan pergi makan2 atau window shopping. then balik tgk tv/ movie. esok sampai office start semula satu2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks my dear friend Ana 💕
      In shaa Allah LZ akan mencari peluang itu.. 😉

      Delete
  10. Officemate Ira punya tips, buat kerja mesti senyum baru lah tak stress walaupun kerja bertimbun hehe.

    Apapun take care sis, settlekan kerja then cepat cepat rancang short vacation k. Moga baik-baik semuanya :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi so cute IRA.. 😊
      Tip menarik 👌
      Aminnn, semoga dipermudahkan urusan kita.. 😍

      Delete
  11. Semoga sis LZ sihat selalu. Jangan terlalu stress dengan manusia yang cuba buat kita rasa serabut tu.. Fokus pada kerja yang sibuk tu (InsyaAllah lupa)

    Bercuti pun boleh buat kita tenang.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Thanks my dear friend HH 😍
      Yup, LZ ignore mereka2 itu..

      Delete
  12. Jangan stress2 kak LZ...berehatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Mai 😄
      Tak sabar tunggu hujung minggu 😉

      Delete
  13. Patutlah lama tak nampak awak LZ....
    Paham, seboknya kalau orang bekerja macamana. Sejak dah berhenti kerja ni saya mmg jarang sangat serabut, tengok hubby serabut adalah. Biasalahkan.... so hadap ajelah dia yg kadang kadang mood tak berapa baik tu.
    Berdoa dan mengadu ajelah pada ALlah LZ...moga Allah ringankan serabut awak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mak Nom terpaksa hadam satu-persatu..
      Bila tak kerja lain pula stress dia kannn.. Pandai2lah kita tangani setiap yg datang.. Yup mengadu dgn Allah cara yg terbaik..

      Thanks for your tips 😉

      Delete
  14. Replies
    1. Aminnn..
      Thanks Busyra..
      Same goes to you dear 😍

      Delete
  15. Saat macam ni fokus pada hobi kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, esok akak plan akan focus pd hobbies yg terbengkalai.. Terima Kasih PC 😍

      Delete
  16. Hadapi tugasan dengan senyuman lebar dan hati yang lapang 😉 Bab keja ni sy takda pengalaman, tapi kalau study adalah. Untuk elak stress, sambil study sambil tengok drama. Takpun makan buah atau coklat, atau jalan-jalan cuci mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu NA alangkah seronok bila dapat semua itu.. 💕
      In shaa Allah esok akak bahagi2kan masa treat diriku ini 😍..

      Delete
  17. Take care. Jangan stress. Maybe boleh pergi bercuti untuk tenangkan fikiran 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Cik Epal singgah blog LZ. 😍😍😍

      Delete
    2. Sesuatu yang indah bila dapat pi vacation Cik Epal 😍..
      In shaa Allah semoga dapat direalisasikan..
      Thanks for your comment 💕

      Delete
    3. Ana, ehem..ehem.. 😉😎😁

      Delete
  18. Kadang bila saya malas...saya pun suka tidur...
    atau laan movie...

    tapi lebih baik kalau kita layan ja apa yang berlaku atau maksud lain enjoy every moment in our life...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitu aRz.. Malangnya otak ni terus down dan tak mahu fikir perkara indah2, balik2 terlintas perkara yg bermasalah 😔..

      Kena cari tempat beriadah untuk terapi minda..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!