MUNGKIR JANJI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pernahkah kita berjanji? Berjanji itu mudah tetapi menunaikannya mungkin susah bagi sesetangah manusia. Mana tidak, berjanji mudah hanya menggunakan kata-kata manakala menunaikannya perlu disusuli dengan perbuatan.

 
Sumber : Google

Semalam dalam Facebook saya ada mendapatkan maklumbalas dari followers.. Ada yang pernah terkena dengan janji yang tak ditepati.. Sesiapa pernah terkena mesti tahu bagaimana rasa penangan orang mungkir janji. Perasaan bercampur-baur, ada sedih, kecewa, geram dan macam-macam lagi. Bila keadaan di luar kemampuan, akhirnya terpaksa merelakan but I feel like a fool. Patutkah orang yang berbuat baik terasa diperbodohkan?



Apakah perasaan orang mungkir janji sedangkan dalam Al-Quran ada mengingatkan :

"..dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." - surah Al-Isra ayat 34

Tak perlulah diletakkan dalil-dalil lain di sini kerana bila ada disebut dalam Al-Quran bermakna amat dituntut dalam Islam. Mungkir janji juga salah satu sifat orang munafiq.

Berjanji itu tak salah tapi pastikan kita mampu tunaikan. Menepati janji bukan hanya dituntut tapi ianya melambangkan sifat amanah dalam diri seseorang. Sifat amanah merupakan sifat terpuji, salah satu sifat Rasulullah. Memiliki sifat sebaliknya akan menyebabkan orang hilang rasa percaya. Jadi berhati-hati dalam berjanji. Ambillah pengajaran setiap yang berlaku.


Semoga setiap yang berlaku jadikan ikhtibar kepada diri sendiri..
Sekian, wasalam..


Regards,