APABILA NIKMAT DITARIKBALIK | Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya terpaksa ambil emergency leave memantau suhu badan anak yang diserang demam panas dan muntah-muntah.. Hari pertama Arief sihat walafiat menunaikan ibadah puasa dengan penuh excited.. Malangnya selepas sahur hari kedua, dia muntah, langsung tak boleh makan disusuli demam panas melampau.. Selepas dibawa ke klinik, saya dan suami bergilir menjaganya. Lebih merisaukan pagi tadi jam 1.30 pagi dia meracau : "Mama, halau orang hitam tu banyak sangat.. Itu..itu.." sambil menunjuk ke sana sini.. Saya terkejut lantas memeluk sambil membaca surah-surah yang berkaitan untuk mententeramkannya.. Suhu badan Arief sangat panas ketika itu. Apabila keadaan sudah tenteram, dia bangun dan pergi ke bilik air untuk mandi bagi menyejukkan badan.

Saya ingat setakat itu sahaja tapi tidak..Pagi ini sekitar pukul 6.00 pagi sekali lagi dia meracau : "Mamaaaaaa, apa besar tuuuuu.. mama.. mama.. apa tu?" sambil suaranya tergetar-getar ketakutan dan menunjuk ke satu arah. Sekali lagi, saya memeluk Arief dan menyuruhnya pejamkan mata sambil mengikut saya membaca ayat Kursi dan surah-surah lazim dengan kuat. Dia hanya menurut... Apabila ditanya, dia kata tak sedar dan tak tahu langsung dia berkelakuan sedemikian...

Apabila keadaan dia reda, saya sempat meng-Google apakah simptom itu. Saya menemui jawapan di beberapa artikel yang kebanyakkan dari Indonesia dan penerangan yang diberikan lebih kurang sama. Jadi saya kongsi salah satu artikel yang lebih jelas : Mimpi Buruk Ketika Demam Panas.

Ketika entry ini ditaip, jam menunjukkan pukul 12.19 tengah hari. Keadaannya beransur baik.. Suhu panas badan semakin berkurangan, syukur alhamdulillah. Semoga anakku kembali sihat seperti sediakala.

Sambil menjaga anak, saya mengambil kesempatan membaca beberapa buah buku bagi mengalihkan fikiran dan perasaan hati untuk memadamkan rasa risau dan sedih :

 

Malangnya tidak berhasil... Saya tetap risau dan sedih.. Bila difikirkan itulah salah satu nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan kepada kita iaitu kesihatan. Bila Allah tarikbalik nikmat itu walau sekejap, kita sudah hilang punca, hilang arah... Macam-macam perasaan 'ngeri' timbul, takut, cemas, sedih semua ada. Nampak tak betapa kerdilnya diri kita..

Ya Allah, doaku semoga aku dapat menggunakan peluang yang ada.. Aku dapat manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara sepenuhnya :

 
Sumber dari Google

 Apa yang boleh saya katakan : "Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaanMu, Ya Allah.."

Sekian, wasalam..





Regards,