BUDAK ZAMAN SEKARANG | Al-kisah gurauan ini lalu di news feed Facebook saya dan berjaya membuatkan saya tersenyum. Justeru, saya kongsikan di sini sekadar menceriakan hari kita, just for fun..

 Photo credit to Google

Kisah tentang Tok yang menceritakan semula apa yang didengarnya:

"Tadi Tok dengar perbualan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dengan ayahnya semasa di kedai makan..

"Ayah, kenapa rambut ayah ada warna putih?" soal kanak-kanak itu. 
Ayah dia jawab secara psycho : "Bila ayah sedih tengok anak ayah nakal degil, rambut ayah akan jadi putih."

Anak dia jawab balik dengan selamba : "Patutlah rambut atuk semua putih.." 😒😒.." 

Hurrrmmm ayah terkena balik.. Bingo! 

Kesimpulannya Tok rasa, raya tahun ni tak payah bagi duit raya kepada budak-budak cukuplah bagi nasihat.. Budak zaman sekarang dah terlebih cerdik sampai bijak psycho orang dewasa."

Begitulah kisahnya. Anak-anak zaman sekarang cerdik, jadi ambil pendekatan nasihat secara berhemah dan realistik. Mereka mampu berfikir seperti orang dewasa.


Sehingga kita bertemu lagi di lain post..
Sekian, wasalam..


Regards,