JOM LETAK LINK ANDA DI BLOGGER DIRECTORY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semoga kalian sihat dan dipermudahkan segala urusan. Hari ini saya ingin berkongsi entry tentang Blogger Directory

Untuk pengetahuan, semalam saya baru mewujudkan satu menu khas (kotak merah gambar di bawah) di blog ini bagi memudahkan semua blog rakan-rakan pembaca budiman diletakkan dalam satu tab.


Saya asing mengikut negeri untuk lebih mudah mengingati negeri asal rakan blogger saya. Kadang-kadang saya mudah confuse bila sebut nama blog. Jadi dengan nama pena / nama samaran diikuti dengan negeri asal blogger berkenaan ianya lebih mudah diingati. Link blog yang disenaraikan di sini sebagai permulaan saya ambil dari penyertaan rakan bloggers di entry saya sebelum ini iaitu SALAM PERKENALAN.

Jadi melalui entry ini saya ingin menjemput dan mengalu-alukan blogger lain yang masih belum disenaraikan supaya turut serta. Bagaimana ingin turut serta, anda hanya click di BLOGGER DIRECTORY dan letak link anda mengikut format yang disediakan.
 

Saya suka meramaikan kenalan dari kalangan rakan bloggers. Tujuan utama untuk mengenali siapa readers saya. Saya tak mahu berblogging dengan strangers, itu cara saya. Selain itu saya suka mengikuti perkembangan blog rakan bloggers, memudahkan blogwalking di samping beramah-mesra.

Saya harap rakan-rakan blogger sudi mengikuti perjalanan blog saya.. Saya amat hargai all my lovely readers dan sangat hargai setiap masa yang telah diluangkan di blog ini. In shaa Allah saya akan terus berikan sokongan kepada anda juga..


Thanks for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,