MY WISHLIST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga readers dipermudahkan segala urusan.. Entry kali ini saya ingin berkongsi impian saya untuk memiliki barang-barang idaman hati.. Setiap orang mengidamkan untuk memiliki sesuatu lebih-lebih lagi dari hasil titik peluh sendiri. Namun kemampuan dari segi kewangan dan tanggungan membataskan kita untuk memenuhi semua impian atau kehendak tersebut.

Jadi suka saya ingin berkongsi dengan readers mengenai target saya mencapai kehendak saya tahun ini. Saya abadikan di sini dalam senarai My Wishlist, acah-acah berangan dulu okay ;-)

 

1. Lancome La vie est belle EDP 100ml
Saya suka floral scent ni.. Baru-baru ini saya terpikat dengan bauan perfume ini yang hampir sama dengan bau perfume kegemaran saya iaitu Bvlgari Rose Essentielle. Saya bercadang untuk mendapatkan perfume ini dalam tempoh terdekat. Lagi pun stock perfume Bvlgari sudah lama habis.. Oh ya untuk pengetahuan perkataan 'La vie est belle' berasal dari bahasa France yang bermaksud 'hidup ini adalah indah'.
 

2. BURBERRY ladies watch
Jam ini telah lama menjadi idaman saya untuk memilikinya bagi menggantikan jam sekarang yang telah uzur. Saya memang suka aksesori dari jenama Burberry. Simple dan elegant..


3. NINE WEST Jackpot Pointy Toe Pumps
Cantik kannn kasut high heels ni.. Ketinggian kasut ini 3.5". In shaa Allah ada rezeki nanti ianya milik saya.
 
4. COACH Sullivan Messenger in smooth leather.
Saya perlukan messenger bag untuk kegunaan mesyuarat di luar atau ke Mahkamah. Saiz messenger bag ni mestilah muat fail ukuran standard. Bila saya pakai bag ini, saya tak perlu bawa 2 bag berasingan lagi seperti kebiasaan, memadai hanya 1 bag ini sahaja. 


 

5. MICHAEL KORS Selma Mini Saffiano Messenger Bag (small)
Bag ini saya akan guna apabila keluar hujung minggu. Selama ini saya guna shoulder bag jenis Longchamp Le Pliage medium size apabila bersiar-siar. Jadi bila beli bag ini saya boleh tukar-tukar bag. Walau bagaimanapun, bag ini hanyalah optional, bergantung kepada budget yang ada..

 
6. COACH Pop Slim Envelope Wallet in printed cross-grained leather
Lastly, wallet.. Saya perlukan wallet. Coach wristlet sebelum ini sudah menunjukkan retak di bahagian lining. Rasa tak selesa dan nampak tak cantik. Saya perlu cari pengganti wristlet tersebut​. Inilah pilihan saya..


Begitulah 6 barang dalam senarai wislist untuk diburu.. Oleh kerana keadaan ekonomi peribadi agak kurang memberangsangkan jadi target saya untuk dapatkan semua ini sebelum hujung tahun 2017, in shaa Allah.. Doakan saya diluaskan pintu rezeki yaa.. ;-) hehehe


 
Okay, bagaimana pula dengan you all? Apa barang yang masih menjadi impian anda untuk dimiliki? Tak perlulah aset besar-besar memadailah kita target barang kecil-kecil dulu.. Kongsilah cerita di ruangan komen di bawah.. Jangan malu atau segan, kita bebas bercerita impian kita.. 
 Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam..


Regards,