PELANGI DAN PANTANG LARANG ORANG DULU-DULU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Cantik gambar pelangi di bawah.. Gambar ini diambil pada waktu pagi sewaktu saya meletakkan kereta di kawasan parkir office pada 11.05.2017 lalu.



Oleh kerana saya dapat mengambil gambar pelangi cantik, jadi saya post di Facebook.. Tiba-tiba ada salah seorang rakan meletakkan komen : "Jangan tunjuk, nanti tangan kudung.." hahahaha - sekarang bolehlah gelak, dulu tak berani buka mulut. Ayat itu mengingatkan zaman saya kecil iaitu sewaktu di kampung, saya pernah ditegur begitu. 

Saya dibesarkan dengan pantang larang arwah nenek. Masa itu tak berani tanya lebih-lebih tentang pantang-larang yang dikatakan. Ianya seolah-olah satu amaran keras! Sebenarnya jika difikirkan ada maksud tersirat disebalik pantang-larang ini.

Selain jangan tunjuk pelangi, ada lagi beberapa pantang larang seperti berikut:

Jangan menyanyi di dapur, dikhuatiri akan dapat jodoh orang tua. 
- mungkin takut air liur masuk bekas makanan.

Jangan menyiarap dengan kedua kaki lipat ke atas.
- mungkin sebab kurang sopan jika memakai kain.

Jangan makan sambil menatang (angkat) pinggan. 
- mungkin takut pinggan jatuh terlangkup atas lantai.

Jangan duduk depan pintu / atas tangga
- susah orang lalu-lalang

Jangan senduk nasi dengan kerak nasi terbalik 
- ini saya tak tahu kenapa

Jangan ketuk tepi periuk / bekas ketika memasak (terutama ketika mengolah nasi yang sudah masak)
- mungkin kurang sopan 

Tapi... dalam senarai perkataan 'Jangan' di atas, "JANGAN TUNJUK PELANGI NANTI TANGAN KUDUNG" masih menjadi kemusykilan. Apakah maksud tersurat dan tersirat disebalik pantang larang itu... 

Ada sesiapa tahu? 
Apa kata kita kongsi apa lagi pantang-larang orang dulu-dulu yang semakin luput ditelan zaman..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,