Search This Blog

MENGAPA SUSAH MENDIDIK HATI

Friday, May 19, 2017

MENGAPA SUSAH MENDIDIK HATI | Alhamdulillah tiba kita di hari Jumaat yang penuh barakah.. Hari yang ditunggu-tunggu bukan sahaja kerana tak sabar cuti hujung minggu tapi hari ini juga hari mudah menjemput pahala dengan membuat amalan sunat yang dituntut dalam Islam.

 
Photo credit to IG @pemuda_istiqomah_id

Pagi ini, seperti rutin harian di pejabat saya akan semak email sambil minum coffee. Hari ini terima satu email yang agak kurang best maksudnya seolah-olah mengkritik hasil usaha saya, terus sakit hati. Terasa pedih hatiku kerana email itu dari orang berpangkat yang kurang bertanggungjawab terkenal dengan dengki dan mudah  mencari salah orang lain. Pada saya dia tak layak mengkritik hasil kerja saya dibandingkan dia yang langsung tiada hasil yang boleh dibanggakan. Tiba-tiba terbayang-bayang semua perbuatan buruk orang itu bertambah sakit hatiku.

Astaghfirullahalazim, mengapa mudah benar hati ini terasa. Kan elok masa baca email tadi tak rasa apa, jadi takde la sakit hati begini dan takde la pula terfikir perkara buruk tentang orang itu. Oh abaikan saja, otak memberi signal kepada hati. Maka perasaan sakit hati tadi mulai reda.

In shaa Allah, saya cuba didik hati ini supaya mudah melupakan perkara tak penting lebih-lebih lagi berkaitan manusia negative seperti dia. Just take it easy lebih mudah begitu. Fokus pada matlamat diri itu lebih penting.

Doakan semoga saya mampu lakukan..


P/s : Terima kasih kepada siapa yang telah memperkenalkan diri untuk dimasukkan dalam Blogger Directory. Saya akan kemaskini senarai hujung minggu nanti.. Kepada yang belum, anda dijemput untuk turut serta..

Sekian, wasalam..


Regards,

You Might Also Like

14 comments

  1. Thanks for sharing ttg surah al kahfi tu...
    Semoga kita jumaat kita jumaat yg berkat...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Mrs. Pip..
      Aminnnn.. 😍

      Delete
  2. Kan LZ. Susah nk didik hati supaya berlapang dada dengan kritikan atau apa saja yg berlaku di sekeliling kita. Ana pun hadapi masalah yg sama. Bila dh tenang baru rasa bersalah sebab hati kita jadi mcm tu. Kena byk kan berzikir nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul statement Ana 👍, andai ada perasaan tak peduli dengan kata-kata negative alangkah baiknya.. jadi hati pun kurang prasangka..

      Kena banyak beristighfar..

      Delete
  3. Orang yang sabar...kesabarannya akan terus diuji kerana Allah nak gandakan lagi ganjaran kesabaran itu..sakitnya lebih,,insyaAllah nikmatnya lebih...tak apa kak..sesiapa pun pasti ada macam-macam rasa dihati..yang penting pandu dengan laluan yang betul sedayanya akak..akak boleh..yakin boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, banyak betul dugaan bila cuba didik hati untuk bersangka baik..

      Sejuk hati akak baca statement PC.. terima kasih dear 😍

      Delete
  4. Susahkan nak tarbiah hati sendiri. Saya pun sekarang sangat mudah terasa dan bersedih hati walaupun dengan perkara yang kecil T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang sensitive sangat kannn Mai.. 😫

      Delete
  5. Insyaallah. Urusan hati memang sangat payah. Moga hati kita sentiasa cintakan kebaikan dan perkara2 positif sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, semoga kita dapat didik hati ke arah lebih baik..

      Terima kasih Husna.. 😍

      Delete
  6. semoga kita dijauhkan dari penyakit hati sis... allah kadang2 faham perasaan LZ bila di pejabat ada juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Semoga sis lebih sabar hadapi pelbagai dugaan dan karenah selepas ini..

      Delete
  7. Lahai.. sabar la ye kakak cantik.. Biasala manusia.. mesti ada sikap dengkinya.. ignore aje kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah adik cantik, orang sesabar akak ni pun rasa sakit hati, memang menusuk ayat manusia tu.. Begitulah dugaan hidup 😫 kena banyak bersabar.

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @PapernPlanner

Sponsor

Like us on Facebook