HAPPY LABOUR DAY | SELAMAT HARI PEKERJA diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Best sebab dapat cuti tambahan selepas cuti hujung minggu.. yeayyy..  

Tahukah anda siapa yang menetapkan sambutan Hari Pekerja di Malaysia? Hari Buruh atau dikenali juga sebagai Hari Pekerja di Malaysia mula berkuatkuasa pada tahun 1972 berikutan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman. Jadi Allahyarham Tun Dr. Ismail merupakan tokoh yang mula memutuskan cuti Hari Pekerja di Malaysia yang disambut pada 1hb. Mei setiap tahun.

Memandangkan terdapat cuti khas kepada para pekerja, ini menunjukkan kita dihargai. Oleh itu sebagai pekerja kita hendaklah menjalankan pekerjaan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.


So apa plan you all cuti-cuti ni?
Jika soalan ini ditujukan kepada saya, jawapannya saya tak pergi ke mana-mana.. Duduk rumah dan meninjau pokok-pokok tanaman di halaman rumah.


Okay, takde cerita menarik yang ingin dikongsi setakat ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Thanks sudi singgah..
Sekian, wasalam..


Regards,