5 APPS UTAMA MESTI ADA UNTUK BLOGGER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang 5 applikasi utama yang mesti ada untuk seorang blogger. Saya selalu create entry melalui phone kerana idea datang tak kira masa, tambahan pula jadual harian saya agak sibuk. Jadi saya akan draft blog post dan masukkan gambar-gambar berkaitan terlebih dahulu kemudian review semula untuk proses editing di laptop. Cara begini dikenali sebagai blogging on the go..


Untuk pengetahuan, saya menggunakan android based apps. Cara ini saya apply kepada diri saya, lain orang mungkin ada cara tersendiri dan 'selesa' dengan apps kegemaran masing-masing untuk blogging.. Saya kongsi di sini 5 apps utama yang sangat membantu saya mengimbangi masa antara blogging bagi memastikan blog saya sentiasa tampil dengan entry baharu tanpa menganggu tugasan hakiki seharian

1. Blogger

 

Blogger apps mesti dimuatturun untuk memudahkan saya draft blog post. Saya akan upload gambar-gambar berkaitan terlebih dahulu dan diikuti dengan memasukkan cerita entry. Bila ingin finalize entry, saya akan menggunakan laptop untuk buat some adjustment dan publish.

2. Cymera : Collage & PhotoEditor  

 
Applikasi ini saya gunakan untuk edit gambar-gambar yang akan dimasukkan ke dalam blog. Applikasi Cymera ini sangat mudah dan cepat. 

3.  PicsArt Photo Studio & Collage

 

Selepas mengedit gambar menggunakan applikasi Cymera, saya akan letak watermark pada gambar-gambar berkenaan. Proses meletakkan watermark saya guna PicArt apps

4.  Facebook Pages Manager

 

Selepas post siap dan published, saya akan kongsi di Facebook Pages saya iaitu Sis LZ. Oleh itu applikasi Facebook Pages Manager sangat membantu. Saya akan share setiap blog post ke Facebook Pages supaya rakan-rakan di Facebook alert dengan post baharu blog ini. Facebook juga sangat berkesan dan membolehkan saya berhubung dengan rakan-rakan blogger lain secara dekat dengan lebih mesra.

5.  Google+

 

Selain berkongsi di Facebook Pages, saya akan kongsi juga post saya di Google+.. Selain berkongsi post, saya juga boleh membaca post-post baharu dari rakan bloggers lain dan followers di Google+.



Begitulah pendapat saya mengenai 5 applikasi utama mesti ada yang saya gunakan untuk blogging. Bagaimana pula dengan readers?  Apakah applikasi utama yang biasa anda gunakan di phone untuk blogging

Walapun saya tidak menggunakan apps dari iOS tetapi pengguna iPhone juga dijemput untuk memberi komen tentang applikasi yang digunakan untuk blogging on the go. Kongsilah di sini kerana pendapat anda mungkin juga boleh digunakan sebagai rujukan oleh pengguna iOS lain..

Okay, jangan lupa kongsi 5 apps utama anda untuk blogging di ruangan komen..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,