JOURNAL HARI RAYA AIDILFITRI 2017 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini 6 Syawal 1438H bersamaan 30.06.2017 bermakna sudah 6 hari umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.. So far bagaimana sambutan Hari Raya you all tahun ni? Hari Raya saya tahun ni biasa-biasa sahaja (seperti sebelum ini dan sudah dapatku jangka..).

 

PULANG KE KAMPUNG

Pada awal pagi hari raya pertama saya gerak ke kampung di Muar, Johor. Sampai sahaja di kampung terus ke rumah ibu mertuaku. Tahun ni Hari Raya pertama haruslah ke rumah ibu mertua dulu sebab tahun lepas di rumah keluargaku. Sampai sahaja lebih kurang pukul 6.30 pagi kelihatan ibu mertua dan adik ipar sedang bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah pagi raya. Maka tanpa berlengah lagi saya pun menyingsing lengan, membantu mereka di dapur. Siap semua pukul 11.00 pagi.. Part ni izinkan saya membebel sikit sebab kurang gemar apabila anak-anak request nak makan macam-macam tapi semua benda buat pagi raya, tak cukup kudrat, sampai tak cukup rehat, pastu tarik muka. Kesian kat mak mertua sebab tak sampai hati hampakan permintaan anak, jadi terpaksa masak juga walaupun dari raut wajah nampak sangat penat.. yang menolong pula macam tak ikhlas, muncung memanjang.. Hurrrmmm akak tak kisah, asalkan mak mertua I okay.. Relax la tak perlu masam-masam muka pagi Raya kot, tak syok. 

Selepas keadaan di dapur reda, kami salin baju Raya sedondon, tunggu mak mertua bersiap dan kami menikmati juadah Hari Raya serta bergambar bersama.. Tak lupa juga inilah masa anak saudara saling memberi dan menerima duit raya. Bila free sikit baru dapat check WhatApp banyak sungguh mesej pending sebab coverage di kampung sangatlah teruk padahal kampungku takde la ceruk mana.. Dapat macam-macam gambar ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri tapi dalam banyak-banyak gambar yang diterima, saya suka gambar di bawah ini, creative sungguh!

 

KUNJUNG-MENGUNJUNG DI HARI RAYA

Belum sempat keluar rumah tetiba banyak pula kereta masuk ke halaman rumah ibu mertuaku. Maka ku tunggu dulu hingga mereka beredar barulah kami dapat keluar beraya mengunjungi rumah saudah-mara sebelah husband. Selesai kunjung-mengunjung jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Tiba pula masa menuju ke rumah keluargaku.. Untuk pengetahuan rumah keluargaku hanya selang 2 buah rumah dari rumah ibu mertuaku. Jadi takde masalah, tak gaduh bab giliran rumah siapa kena pergi dulu, hehehe. Malam Raya Kedua lepak rumah emak dan sambut saudara-mara sebelah keluarga saya pula.


HARI RAYA KE-2

Kumpulan Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya ke-2 setiap tahun. Apa maksud MARHABAN? Marhaban merupakan perkataan akar dari bahasa Arab iaitu 'rahiba' bermaksud 'Selamat Datang' yang diiringi lagu puji-pujian. Tujuannya untuk menyambut dan menghormati tetamu. Jadi my husband dan Arief pergi marhaban dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang sementara saya menyiapkan juadah yang akan dijamu kepada kumpulan marhaban yang berkunjung di rumah. 

Pada malam hari raya ke-3 saya ke rumah makcik di Jalan Bakri dan Jalan Temenggung Ahmad di Muar, Johor. 

HARI RAYA KE-3

Pada Hari Raya ke-3 selepas solat Zohor saya dan keluarga mertua ke rumah saudara-mara.. Kunjungan Hari Raya tahun ini disusuli dengan jemputan ke Majlis Perkahwinan adik ipar yang akan berlangsung pada 16.9.2017 nanti.  

HARI RAYA KE-4

Tiba hari raya ke-4, selesai sudah sambutan Hari Raya tahun ini di kampung. Saya kembali ke Seremban, maka mulalah rutin harian walaupun masih bercuti. Husband kena kerja itulah kisahnya kenapa saya perlu balik awal..

Perjalanan dari Muar ke Seremban berjalan lancar, alhamdulillah dipermudahkan. Tiada sebarang kesesakan lalulintas atau perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Tiba di Melaka, ada kemalangan di laluan sebelah. Jem teruk dan hampir tidak bergerak.. 

 

Lebih kurang pukul 3.30 petang, keluar exit Port Dickson dan tak berapa lama tiba di rumah.. Cuaca panas terik ketika itu.

 

Begitulah serba-sedikit journal saya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 ini. Walaupun biasa-biasa sahaja tapi terasa juga kemeriahannya. 

Bagaimana pula sambutan Hari Raya rakan maya saya? Tahun ni Hari Raya pertama balik mana? Jom share laa cerita hari raya you all, ceria sikit bila dapat tahu cerita masing-masing sebab lain tempat lain cara sambutannya.. Itu yang membuatkan saya teruja ingin tahu.. Share tau! :-)

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca blog ini. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari, memohon maaf andai ada terkasar bahasa sehingga mengguris hati pembaca. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,