Top Menu

My Precious Followers

SELAMAT HARI BAPA!

HAPPY FATHER'S DAY! | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga kalian dirahmatiNya selalu.. Hari ini 18.06.2017 iaitu simbolik sambutan Hari Bapa.. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua pembaca bergelar bapa. Ucapan ini juga saya susuli dengan doa supaya abah saya sentiasa di bawah lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik & dirahmatiNya selalu. Kepada readers yang mana bapa telah meninggal dunia, al-Fatihah saya kirimkan.. 
 
Photo credit to Google

Sejujurnya saya malu nak ucap "Selamat Hari Bapa" secara direct kepada abah saya.. Nanti krik..krik..krik.. Tak layan sebab beliau bukan abah zaman millenium, beliau abah zaman 60-an. Manalah layan sambutan begini.. Bercerita tentang seorang insan yang dipanggil abah, abah saya seorang pendiam, tak banyak berbicara namun tegas. Adakalanya beliau suka berseloroh.. Beliau juga sangat kuat bekerja hingga kini walaupun telah sampai umur bersara. Ada sahaja yang dibuatnya.. "Kalau abah tak kerja, boleh demam dan sakit-sakit badan.." itulah ayat biasa kami dengar bila suruh abah berehat. Sesekali balik kampung saya lihat banyak perubahan pada abah, abah semakin tua, namun syukur alhamdulillah beliau masih sihat..

Okay, lanjutan dari sambutan Hari Bapa, ada beberapa mesej saya terima dari group WhatsApp hari ini.. Credit kepada siapa mengarangnya.. Berikut antara mesej yang berjaya menyentuh hati saya untuk dikongsi bersama:

PESAN IBU TENTANG AYAH :

Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi, darahnya mengalir di darahmu. 
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi, suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi, dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi, tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana, dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana, cintanya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa, cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka, hormati dan sayangi ayahmu.
 Kerana, ibu adalah tulang rusuknya.
Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, 
 menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. 
Berbahagialah yang masih punya ibu & ayah dan dia pun berdoa,
"Ya Tuhanku, tugasku telah selesai dengan baik.
Bahagiakan lah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk... 
Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak kuat untuk menjaga kita.
Itulah pengorbanan seorang ayah... 

Apakah Kita Masih Belum Sedar? 
Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita benci dia?
Percayalah... 
Dia orang yang paling rindukan kita walaupun kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu kepada kita..
Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat..
Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?
Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu? 
Kamu lupa masa kecil kamu? Ayah mendukung dan mencium kamu?
Jadi hargailah dia seperti kamu menghargai ibu..

Begitu besar pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan wang dan ucapan kata-kata, cukup dengan menghargainya... I love my dad so much!

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..




Regards,

20 comments :

  1. Nak nangis baca puisi tuu walaupun dah pernah baca sebelum ni.. ~

    ReplyDelete
  2. menyentuh perasaan la... mata kenabawang ni...sob sob sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita FeyLiez..
      Sedih terkenang org tua kita kann..

      Delete
  3. Ohh hari bapa rupanya semalam.. Adehh sedihnyaaa baca pesan ibu tu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah hakikat sebenar Lea..
      Sedihkann 😥

      Delete
  4. pesanan yang menyentuh perasaan. confused ritu bila hari bapa, kan betul bulan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, simbolik Hari Bapa disambut pd hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun 😉.. Kalau ikutkan kita setiap hari, hari ibu bapa kannn.. 😍

      Delete
  5. sedih bc ayat2 tu..entah siapa la yg mereka sampai berlinangan airmata bila baca dan hayati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Fuzy, memang terror pencipta puisi tu.. Jelas dan mudah difahami.. 💕

      Delete
  6. Mudah2an bapa LZ sentiasa sihat, murah rezeki dan panjang umurnya dalam iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih pakcik WP..

      Semoga pakcik juga diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan & dilindungiNya selalu. Aminnn.

      Delete
  7. samalah..rasa awkward nk sambut hari bapa, tak macam hari Ibu kan? Ayah ni lain sikit,tu yang selalu anak-anak tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah pun berkorban untuk anak2, wajar diberi perhatian juga.. Betullah apa pesan Ibu tentang ayah kannn Sal.. 😥

      Delete
  8. Ayah biasanya memendam perasaan. Tak pandai nak tunjuk kasih sayang. Asalkan kita tahu dia sayangkan kita 😊 Ayah Siqah adalah hero Siqah. Selalu selamatkan Siqah apabila berada dalam kesusahan terutama bila kereta rosak tepi jalan 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah, anak perempuan selalu manja dengan ayah.. Samalah juga akak.. Betul Siqah, ayah selalu jadi penyelamat.. 😊

      Delete
  9. Sy pun x ucap direct 'Happy Father's Day' dengan bapa. Nanti krik2 😂 Tapi, bapa tetap hero sy & adik-beradik 😁💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan bapa macam tu NA, tapi kita tetap letak mereka di hati kita kannn 💕

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates