Top Menu

My Precious Followers

BISKUT RAYA TRADISIONAL

BISKUT RAYA TRADISIONAL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini sudah masuk 24 Syawal 1438, masih lagi dalam mood raya.. Hujung minggu lalu jadual saya terlalu padat namun saya sempat mencuri masa memenuhi undangan rumah terbuka di rumah adik ipar di Nilai dan jiran sebelah yang kedua-duanya dibuat pada sebelah malam.. Sepanjang Hari Raya iaitu semasa berkunjung ke rumah saudara-mara dan jiran, saya lihat bermacam-macam jenis biskut raya dihidangkan. Kebanyakkan biskut modern, berwarna-warni dan tiada apa yang unik dari segi rasa.. Saya kira semua rasa hampir sama..Kelihatan kurang dihidangkan biskut raya tradisional.

Jadi entri kali ini saya ingin bertukar pendapat tentang citarasa pembaca mengenai biskut raya traditional. Idea untuk membuat entri ini timbul apabila saya terjumpa beberapa biskut tradisional yang hampir pupus antaranya kuih tart gunting seperti di bawah yang sungguh unik dan pada saya kini sukar didapati.

Kuih tart gunting
Rasa kuih tart ni rangup manakala inti jem nanas sangat terasa dan paling penting tak terlalu manis. Sedap!

Biskut semperit
 Biskut semperit salah satu biskut tradisional yang selalu kita dengar.. Rasa biskut semperit lemak seperti ada sedikit susu tepung..  Saya kurang menggemari rasa sebegitu.

Biskut makmur
One of my favorite biskut raya iaitu biskut makmur.. Saya suka inti kacang dalam biskut ini. Biskut makmur rasa sedikit minyak sapi, lemak dan ada rasa susu tepung. Isi kacang dan gula castor menjadikan biskut makmur tak cepat muak apabila dimakan. Sesuai dengan citarasa saya..

Biskut sarang semut
Saya tak pasti jika biskut ini antara biskut raya tradisional atau sebaliknya.. Tapi saya kurang gemar sebab rasa lemak, tepung, butter dan telur agak kuat. Nampak cantik dengan hiasan coklat rice..
 
Biskut Kacang Cina
Biskut di atas dinamakan Biskut Kacang Cina.. Mungkin boleh dikategori sebagai biskut raya modern tetapi saya letak juga dalam entri ini apabila rasa biskut ini sama seperti biskut mazola tapi manis selain warna yang berbeza..

Biskut mazola
Saya suka biskut mazola sebab diperbuat daripada kacang tanah dan rasa sedikit masin. Berbeza dengan biskut kacang cina berwarna putih di atas. Apa sahaja biskut berasaskan kacang tanah memang kegemaran saya..

Kuih tart gunting
Terdapat pelbagai jenis kuih tart (bukan biskut tart or kuih tart?) seperti tart bentuk bulat inti di tengah dan tart gulung (gambar di bawah) selain daripada tart gunting seperti di atas. 

Tart gulung
Saya lebih gemar kuih tart gunting berbanding jenis kuih tart yang lain. Paling penting inti jem nenas kuih tart tersebut mesti kurang manis, baru best!
 
Okay, begitulah cerita tentang Biskut Raya Tradisional.. Selain daripada apa yang saya kongsi di atas, ada tak biskut raya tradisional lain yang tidak disebutkan di sini? Bagaimana pula dengan pembaca.. Apakah biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran? Jom kongsi kita tukar-tukar cerita..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


26 comments :

  1. Haih tart tu...memang fav dr dulu lagi...pantang nampak tart tu tau...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nini penggemar tart yer.. 😊

      Delete
  2. salam LZ.
    yaya singgh raya sini..hehe
    nak tgok kuih raya tradisional kita..
    sume mmg fevret tu..dan mmg ada stgh ssh cr..xsume tmpt ada juai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Cik Yaya, terima kasih sudi singgah 😍

      Seriously sekarang susah cari kuih tradisional pure mcm dulu2..

      Delete
  3. Semuanya favorite mama ni. Aduyaiii dh ujung2 rya ninnampak sedap la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah kita mamapp, suka makan biskut Raya time penutup Syawal.. 😊😊

      Delete
  4. Biskut raya sekarang lebih kepada rupa tapi rasanya lebih kurang sama je semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dengan statement Sweetie..

      Delete
  5. Kalau biskut..PC suka Biskut tart dan biskut makmur..kalau kerepek..PC suka kerepek pisang dan kerepek keladi (susah nak jumpa)..
    Betul kak,biskut sekarang molek,dan buat hati tertarik,,tapi rasa sama..walau tak semua begitu tapi sebahagian besarnya begitulah..nama beza rasa sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerepek keladi susah jumpa PC.. setuju. Kena pandai pilih biskut Raya kalau tak kecewa sebab rasa tak memenuhi kehendak kita.. Nak buat sendiri kekangan masa pula. hurrrmmm. 😊

      Delete
  6. Semperit dan sarang semut memang favourite sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah DP penggemar semperit & sarang semut ya..

      Delete
  7. Tahun ni tak nampak pulak biskut makmur dengan biskut mazola tu LZ. Biskut Semperit paling banyak jumpa. Saya pulak suka semperit.

    Cita rasa org mmg berbeza beza ye LZ....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Mak Nom, citarasa masing-masing berbeza.. 😊

      Delete
  8. saya kalau buat kuih makmur, taruk inti kurma. kuih tradisional favourite adalah kuih bangkit yang dibakar atas api. sekarang ni semua bakar pakai oven.suka mazola gak, tapi tulah kacang banyak sangat nanti jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah 1st time tahu kuih makmur isi kurma.. Creative lah Sal..

      Oh ya, kuih bangkit kategori kuih tradisional juga.. Thanks for sharing Sal 😊

      Delete
  9. Banyak juga yang dah beli je sekarang ni... sebab dulu kan bila buat biskut camtu, tak habis dimakan orang, tetamu lebih suka makan kerepek pisang, kerepek ubi kalau datang rumah saya... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut Raya perlu ada juga Tn. NA selain kerepek. Kalau takde tak best.. Kerepek pun mahal juga sekarang sebab susah dapat sumber ubi kayu & pisang..

      Delete
  10. Memang pelbagai jenis bentuk dan rupa kuih tart sekarang ini LZ.
    Zaman dah berubah kuih tart pun dah berinovasi gitu.
    Tapi kuih tart yang paling Mrs. A suka adalah kuih tart hasil air tangan Mak Limah aka emak Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti bawalah kuih tart hasil airtangan bonda Mrs. A, LZ teringin nak rasa 😊..

      Delete
  11. kuih makmur wajib ada time raya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kuih makmur kann NA, LZ pun suka 😊..

      Delete
  12. Replies
    1. Ada lagi balance kat rumah.. Bila LZ balik kerja buka balang kuih ambil seketul terus ngap.. Habis Raya rasa lebih sedap pula biskut raya ni.. hehehe

      Delete
  13. Sha paling suka biskut makmur (sep sikit) dan biskut mazola.. Antara biskut tradisional yang masih kekal higga ke hari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy ada gang, sep kita..
      Semoga biskut ni terus bertahan.. 😊

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates