DUGAAN HIDUP | Salam Jumaat. Setiap insan di dunia ini tidak dapat lari dari dugaan atau ujian hidup. Dugaan hidup yang dihadapi merupakan satu ujian untuk menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian ini tanda Allah sayang kepada kita. 

Dalam era kehidupan yang pantas berlalu, pelbagai ujian dan dugaan kita hadapi silih berganti. Setiap insan diuji dengan cara berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Kekuatan iman, ketabahan dan kesabaran adalah antara doa yang perlu kita pohon kepadaNya setiap hari. Ramai insan telah pergi meninggalkan kita. Ada di kalangan kita tak mampu bertahan apabila berhadapan dengan ujian hidup dan akhirnya tewas.

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Justeru, kita tidak mengetahui bagaimana ujian dan pengakhiran hidup kita.

 

Untuk pengetahuan tahun ini saya telah diuji dengan satu dugaan yang pada mulanya saya rasa tak  mampu lakukan. Kisah tersebut pernah saya ceritakan di sini. Syukur alhamdulillah ianya telah berakhir dan sehingga kini saya masih tak percaya bahawa saya mampu hadapinya. Terasa seperti satu keajaiban.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..





Regards,