SAMBUTAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT | Walaupun Syawal sudah berlalu, izinkan saya update entri ini sebagai penutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Hari ini genaplah seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ibupejabat pada 17.07.2017 lalu.. Untuk pengetahuan pada setiap tahun tempat saya bekerja ini akan mengadakan jamuan hari raya.. Kali ini sambutan diadakan di perkarangan kompleks ibupejabat dan diadakan secara sederhana.. Majlis dihadiri oleh kakitangan selain dari ibupejabat dan wakil di setiap pejabat daerah.

Kami bergambar bersama Pengarah
Jamuan Hari Raya tak lengkap jika tiada ketupat, ketupat palas, lemang dan rendang.. 


Lebih istimewa lagi, di Seremban terdapat beberapa cendol popular antaranya Cendol Songkok Tinggi.. Di setiap majlis keraian, pakcik Cendol Songkok Tinggi ini pasti akan ditempah oleh penganjur kerana keaslian rasa cendol yang istimewa.

 


Selain cendol, kami dijamu dengan nasi minyak dan segala macam hidangan sampingan yang dimakan bersama nasi minyak.

Nasi minyak
 Selain itu sate dan mee sup tulang turut menjadi kegemaran saya..

Sate

Mee sup tulang
 Di samping kuih-muih lain..

Kuih talam
Brownies and cookies
Lamb grill
Malangnya kami takde rezeki untuk merasa kambing bakar sebab sambutan yang sangat mengalakkan.. Hanya dapat menghidu asap dan bau, huhuhu

Sambil menjamu selera kami dihiburkan dengan nyanyian karaoke dari kakitangan yang berbakat hingga majlis melabuhkan tirai pada jam 4.00 petang.

Okay, begitulah serba sedikit tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Hari ini Syawal sudah sampai penghujung, cepat sungguh masa berlalu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,