SEKITAR MAJLIS PERASMIAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PEJABAT PUUN, NS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semalam saya dan officmate yang berkenaan telah memenuhi undangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri ("PUUN"), Negeri Sembilan. Majlis ini merupakan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri merangkap sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

 

Majlis dihadiri oleh VVIP iaitu YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta isteri dan Peguam Negara iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali serta isteri selain Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan yang berkaitan di Seremban dan Putrajaya.

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
 

Majlis dimulakan dengan ucapan dari YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti oleh ucapan dari YBhg. Peguam Negara.
 
 

Setelah selesai ucapan rasmi, maka majlis menandatangani plak perasmian oleh YBhg. Peguam Negara disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. 

 

 

Beginilah bentuk plak yang telah ditandatangani dan dengan ini secara rasminya Pejabat PUUN, Negeri Sembilan selamat dirasmikan...


Plak perasmian Bangunan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan
Setelah itu para tetamu dijamu dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan bangunan pejabat tersebut. 


Tiada apa juadah yang menarik selain kuih-muih, nasi, lauk-pauk, rendang, lemang, sate, cendol dan sebagainya...

Lemang, rendang dan kuih talam
Nasi berlauk lemak daging salai, ayam goreng kunyit dan sayur lodeh
Cendol dari Haji Shariff Cendol Seremban
Sate daging lembu dan ayam
Sepanjang tetamu menjamu selera, kami dihiburkan dengan nyanyian lagu Hari Raya diiringi caklempong dan tarian dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Negeri Sembilan.

 

Photo credit to artist @ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri,Negeri Sembilan
Majlis bersurai lebih kurang pukul 2.30 petang setelah tetamu VVIP beredar dari perkarangan bangunan Pejabat PUUN, Negeri Sembilan. Setelah majlis bersurai saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan beramah mesra dengan kenalan dan rakan-rakan dalam bidang yang sama terdiri daripada Pegawai Pendakwaraya dan kakitangan Mahkamah. Maaf bagi menjaga privacy gambar mereka tidak boleh didedahkan di sini.

Begitulah serba-sedikit cerita sekitar Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat PUUN, Negeri Sembilan yang ingin diabadikan di sini.

Semasa majlis lensa kamera phone saya merakam gambar lelaki ini yang turut sama bukan untuk memberi ceramah tetapi dijemput sebagai tetamu bagi memeriahkan majlis, hehehe
Maka berakhirlah entri ini..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,