MOVIE : TRANSFORMERS 5 - THE LAST KNIGHT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Soalan kepada peminat movie, adakah anda sudah menonton filem Transformers 5 The Last Knight di pawagam? Kalau berminat, masih belum terlambat.. Untuk pengetahuan, filem Transformers merupakan antara movie yang paling saya minati. Filem sains fiction arahan Michael Bay ini telah saya ikuti sejak Revenge of the Fallen, Dark of the Moon, Age of Extinction dan terkini The Last Knight. Filem ini merupakan antara kategori sequel film popular di US.

APA MAKSUD FILEM SEQUEL?

Sekuel adalah sebuah karya dalam sastera, filem atau media lain yang menggambarkan kronologi atau rangkaian kisah sebelumnya.. 

A sequel is a narrative, documental or other work of literature, film, theatre, television, music or video game that continues the story of, or expands upon, some earlier work. - wikipedia

Al-kisah, Jumaat (30.06.2017) lalu, saya mengambil peluang menonton filem Transformers 5 - The Last Knight yang mula ditayangkan pada 22.06.2017 di TGV, AEON Seremban 2. Jadi entri kali ini saya menulis review filem tersebut. Untuk menulis review tentang sesebuah science fiction action film kita kena masuk ke dunia khayalan..

Photo credit to Google
Antara pelakon filem ini ialah Mark Wahlberg, Josh Duhamel, Laura Haddock, Stanley Tucci dan Anthony Hopkins.

Photo credit to movieweb.com

Permulaan filem ini ada gabungan cerita Merlin (ahli sihir) yang pernah ditayangkan di tv suatu masa dahulu. Dalam filem ini Merlin menyimpan tongkat sakti dan dia merupakan moyang kepada Witwicky. Tongkat sakti tersebut telah dicuri dari Quintessa (gambar di bawah) yang mendakwa dirinya pencipta Optimus Prime.

Photo credit to Google.com
Pada awal cerita, Optimus Prime dilihat beku dan terapung. Kemudian Prime tiba di Cybertron, planet asalnya yang telah mati. Di sana Prime telah menemui Quintessa yang mahu memusnahkan bumi. Quintessa menganggap bumi sebagai planet musuh yang dinamakan "Unicron". Quintessa menuduh Prime sebagai punca kemusnahan Cybertron dan mengarahkan Prime untuk merampas kembali tongkat saktinya yang disorok di bumi oleh moyang Witwicky.

Credit to express.co.uk
Setelah dihasut oleh Quintessa, mata Prime menjadi ungu dan dia menjadi Nemesis Prime. Prime lupa diri dan turun ke bumi. Prime bertarung dengan Bumblebee dan nyaris membunuh Bee. Tiba-tiba suara Bumblebee yang hilang kembali normal dan sekaligus mengingatkan Prime kepada diri asal. Warna mata Prime kembali biru.

Credit to Google
Berlakulah saat genting ketika Autobots berlawan dengan Decepticons yang diketuai oleh Megatron. Part ni paling saya suka.. Selepas mengalahkan Quintessa dan menyelamatkan bumi dan Cybertron, Optimus Prime dan semua Autobots akhirnya meninggalkan bumi untuk kembali ke Cybertron. Maka begitulah pengakhiran filem ini dan begitulah review ringkas tentang filem sequel Transformers 5 - The Last Knight. 

Siapa yang baru mula menonton filem Transformers mungkin agak keliru dengan jalan cerita yang serabut kerana filem ini ada kesinambungan dari cerita sebelum ini seperti filem epik The Lord of The Rings dan The Hobbits. Untuk sinopsis lebih lengkap boleh kunjungi click here..


Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,