Thursday, 31 August 2017

SELAMAT HARI MERDEKA & SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Thursday, August 31, 2017
SELAMAT HARI MERDEKA & SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Malam tadi usai majlis penutupan Sukan Sea yang diadakan penuh gilang-gemilang dan tepat detik 12.00 malam laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! oleh Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia.. Selamat Hari Merdeka ke-60 manakala esok pula sambutan Hari Raya Aidiladha.. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaanNya. Jadi sempena sambutan Hari Kemerdekaan sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan sebenar.. Kenang semula jasa dan pengorbanan wira negara yang gugur demi 'menghadiahkan' hari istimewa ini kepada kita.. Hargai keharmonian yang dikecapi ini dan sentiasa jaga perpaduan antara  kaum, bangsa dan agama.. Respect each other..

Selamat Hari Kebangsaan & Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini lebih istimewa kerana tarikh ini jatuh pada hari yang sama dengan program World#QuranHour anjuran JAKIM.. Jadi sama-samalah kita menyokong program ini Merdeka#QuranHour dan World#QuranHour.. Lokasi perdana yang menjayakan program ini di Universiti Islam Malaysia (UIAM), Dataran Merdeka dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Ikhsan Utusan Online - World#QuranHour & Merdeka#QuranHour

Program ini diadakan untuk memberi galakkan kepada seluruh umat Islam supaya sentiasa membaca, memahami dan mengamalkan setiap kandungan yang terdapat dalam al-Quran dalam kehidupan seharian..

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Merdeka & Selamat Hari Raya Aidiladha..
Pssstttt hari Isnin nanti cuti lagi... Pasti ramai yang pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang..  Jaga diri walau di mana kalian berada..
Happy Holiday!
Sekian, wasalam..


Regards,


SENARAI PESERTA GIVEAWAY BY LZ setakat 31.08.2017

Thursday, August 31, 2017
SENARAI PESERTA GIVEAWAY BY LZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hampir seminggu saya melancarkan Giveaway by LZ.. Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh pembaca sangat menggalakkan.. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas sokongan semua.. Giveaway ini masih berlangsung hingga 31.8.2017. Sesiapa yang belum sertai masih belum terlambat untuk berbuat demikian dengan click di sini : Giveaway by LZ.

Sementara menunggu tarikh tutup giveaway ini, saya akan berkunjung ke blog peserta-peserta untuk Follow dan blogwalking.. Rakan-rakan blogger lain juga sangat dialu-alukan untuk blogwalking sama tanda support each other.. Berikut merupakan senarai peserta-peserta yang menyertai Giveaway by LZ setakat 18.8.2017..


1. Liez Deariescouple
2. Julia Jamaludin
3. Cik Kaktus
4. Shafyqah Azry
5. Zafirah Nazri
6. Zaleha Abdul Salam
7. AzTieyShaNaRul
8. Sheila Adziz
9. Aiman Salleh
10. Haslina Kasbulah
11. Mellya Musa
12. Kennymerligal
13. Lea Azleeya
14. Zuhaira Nasrin
15. Sayidah Napisah
16. Jamil Hashim
17. Ahmad Hasif
18. Hernee Nazir
19. Syah BaNu
20. Siti Rohaida Yusof
21. Nadia Md Radzi
22. Anzra Rizal
23. Milzah Karim
24. Fuzy Hamid
25. Farhanna Jafri
26. Aisya Ismail
27. Mas Zull
28. Faranina
29. Kak Yong
30. Mar Mansor
31. Rabiahtul Adawiyah
32. Mia Liana
33. Shikin Razali
34. Mohamad Khairil
35. Ibu Dilah
36. Sarah Lalala
37. Hani Fadhlina Abdul Rahman
38. Iffat Izzat
39. CikLa Shahril
40. Atiah
41. Azman Arsad
42. Syuhada Salleh
43. Husniey Husain
44. Lina Shaza
45. Sya Nissa
46. Ada Abdullah
47. Nurul Syahirah
48. Nurul Atikah
49. Ana Suhana
50. Lokman Hakim
51. Sofie Adie
52. Najah Mustapa
53. Anis Hayati
54. Nims Productions
55. Siti Awadah
56. Norani Shuhada Blogspot
57. Mrs. Pip
58. Mrs. A
59. Anum Abdullah
60. CikRenex
61. The Fade 
62. Nona Qiyah
63. Nisha

- T A M A T -



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..

Sekian, wasalam..



Regards,

Wednesday, 30 August 2017

RESEPI SANGKAYA ALA BOAT NOODLE

Wednesday, August 30, 2017
RESEPI SANGKAYA ALA BOAT NOODLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Entri hari ini dengan bangganya saya ingin menghebahkan resepi yang baru dipelajari dan telah berjaya membuahkan hasil memberangsangkan serta mendapat pujian dari rakan-rakan sekerja yang telah merasainya, hehehehe.. 

Al-kisah beberapa hari lepas di news feed Facebook melintas resepi homemade Sangkaya.. Saya tahu resepi ini telah lama menjadi viral.. Pada awalnya saya memang tak ambil peduli (jual mahal konon) sehinggalah kelmarin baru sedar diri dan terbuka hati untuk cuba resepi ini. Itu pun disebabkan ketandusan menu breakfast sepanjang cuti sekolah ini..

Siapa yang tak familiar dengan Sangkaya meh saya kenalkan.. Sangkaya merupakan salah satu menu famous di Boat Noodle. Sangkaya disukai ramai seterusnya viral disebabkan kesedapan rasa manis lemak berkrim.. Bila saya teliti senarai bahan-bahan yang digunakan sangatlah senang.. Maka bermulalah idea untuk membuat Sangkaya sebagai breakfast semalam..

Sangkaya di Boat Noodle

Jom kita perati satu-persatu apakah bahan-bahan membuat Sangkaya :


RESEPI SANGKAYA SEDAP ALA BOAT NOODLE

Bahan-bahan
5-6 helai daun pandan - kisar bersama 250ml air, tapis ambil jusnya
1 biji telur
250ml susu cair
8 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas dalam bekas menggunakan whisk hingga semua bahan larut dan tidak berketul. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga adunan pekat likat, anggaran masa 20 minit.

Setelah adunan likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum dihidang. Sebelum dihidang tuang sedikit susu cair di atas permukaan Sangkaya untuk rasa lemak manis  berkrim. Sedap dimakan bersama roti stim..

Inilah hasil kejadian Sangkaya versi saya.. 

Homemade Sangkaya sedap

Bila Google resepi terdapat banyak versi bahan-bahan Sangkaya ini.. Ada tambah santan dan gula merah tetapi saya buat tidak menggunakan 2 bahan tersebut. Namun hasilnya tetap rasa lemak dan wangi.. Tahap rasa manis pula bergantung kepada individu. Siapa suka manis maka lebihkan gula.. Saya jenis tak berapa suka manis, sekadar manis buah sudah memadai..

Kepada penggemar Sangkaya lepas ni boleh buat sendiri, hari-hari boleh makan sampai jemu dan pasti sedap so tak yah tunggu makan di Boat Noodle.. ;-)
Selamat mencuba! Pasti puas hati, hehehe
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, 29 August 2017

MERDEKA! MERDEKA! SALE - LAZADA BLOGGER CONTEST

Tuesday, August 29, 2017
MERDEKA! MERDEKA! SALE - LAZADA BLOGGER CONTEST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan bagi negara kita, Malaysia.. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun, yang akan jatuh pada 31.8.2017 nanti, Lazada turut serta memeriahkan sambutan melalui promosi Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) di mana potongan harga istimewa lebih 80% ditawarkan bermula dari 25.8.2017 hingga 31.8.2017.. 

Selain menawarkan potongan harga istimewa, Lazada juga membuka peluang kepada bloggers untuk mencuba nasib dalam Blogger Contest dari 21.8.2017 hingga 31.8.2017.. Alang-alang saya mendapat pelawaan dari Lazada, jadi saya juga tidak mahu terlepas peluang!

 

Okay, bagi melengkapkan peraduan ini, saya perlu menjawab beberapa soalan berikut:

(a) What do you love about being Malaysian?

Jika ditanya apa yang saya suka menjadi rakyat Malaysia? Jawapannya terlalu banyak sebab, kalau saya nyatakan di sini memang tak habis, memadailah saya nyatakan 2 sebab utama iaitu pertama, KEAMANAN hasil perpaduan antara kaum, pelbagai bangsa, agama dan budaya iaitu Melayu, Cina, India selain beberapa etnik dari suku kaum lain yang terdapat di seluruh Malaysia. Apa yang unik kami boleh hidup berjiran, tolong-menolong dan bersatu-padu antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.

Kedua, lanjutan dari perpaduan kaum yang diamalkan di Malaysia, saya sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati variasi MAKANAN SEDAP dari pelbagai kaum bukan hanya ketika musim perayaan tetapi pada hari-hari biasa. Sangat bermakna dan seharusnya kita wajar menjaga keamanan dan perpaduan ini.


(b) Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/

Menyahut kepada kempen "Sokong Barangan Buatan Malaysia" jika diikutkan hati, saya suka semua jenama tempatan yang ditawarkan di Lazada tapi khas untuk entry ini, saya pilih jenama Khind sebagai jenama tempatan kegemaran saya.


(c) Select two products from the Malaysian brand(s) that you love. 

Dua produk dari jenama tempatan kegemaran saya ialah Khind BM500 Bread Maker Healthy Baking dan Khind 4L Instant Boil Water Dispenser.

Khind BM500 Bread Maker Healthy Baking with 12 Baking Functions

Produk kedua pilihan saya :

Khind 4L Instant Boil Water Dispenser EK2240 Stylish LCD Display Stainless Steel Easy

Kedua-dua barang kegemaran saya sungguh menarik dan ternyata mempunyai kelebihan tersendiri, sungguhpun barang jenama tempatan namun ianya setanding dengan kualiti jenama luar negara. Alangkah baiknya kalau impian memilikinya menjadi kenyataan,.. 

Okay, jom rakan-rakan blogger kita meriahkan lagi Lazada Blogger Contest. Join ramai-ramai dan jangan lupa dapatkan tawaran menarik khas sempena Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) di mana anda dapat menikmati potongan harga istimewa lebih 80% ditawarkan bermula dari 25.8.2017 hingga 31.8.2017. Pemenang akan dipilih secara random.

Akhir kata, pesanan saya jangan lepaskan tawaran ini dan Happy Shopping..
Ucapan kepada rakan bloggers yang menyertai Lazada Blogger Contest ini, Semoga Berjaya!.. 



Regards,


Monday, 28 August 2017

KENANGAN LAGU DARI KAKI TANGGA KE MENARA

Monday, August 28, 2017
KENANGAN LAGU DARI KAKI TANGGA KE MENARA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu lepas, semasa drive pulang dari office ke rumah berkumandang lagu "Dari Kaki Tangga ke Menara" nyanyian Fauziah Latiff.. Lama tak dengar lagu ni tak sangka masih diputarkan di radio.. Siapa familiar dengan lagu ni?. Mungkin tak semua tahu kot sebab lagu ini mengenai kisah kehidupan di zaman persekolahan..

Untuk pengetahuan ada cerita di sebalik lagu ini tapi saya bukanlah peminat tegar lagu-lagu top zaman itu dan tak banyak lagu saya tahu.. Namun lagu ini penuh dengan kenangan mengusik jiwa kerana lagu ini pernah ditujukan kepada saya oleh gang baik saya di sekolah suatu ketika dahulu.. Jadi secara tak langsung bila lagu ini berkumandang teringat zaman persekolahan yang penuh dengan keseronokan dan zaman bersukaria dengan kawan-kawan.. Bila ingat semula, boleh tersenyum sendiri mengingatkan perangai tak matang ketika itu.. Uikhhh malu kalau anak tahu, hihihi

Fauziah Latiff


Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa

Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Walaupun sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan namun kenangan bersama rakan-rakan masih kekal dalam ingatan.. Kenangan paling indah bila berada dalam Tingkatan 5. Ketika itu kami ada 2 kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan gang perempuan mempunyai 4 orang ahli termasuk saya diberi nama Funny Funky Girls sementara gang lelaki 6 orang ahli bernama Setan Sengkuang.. Kami sangat gila-gila tapi tetap fokus pada pelajaran. Kami bertambah akrab kerana antara ahli kami kebanyakkan terdiri dari pengawas sekolah. Kami selalu berlawan dalam pelajaran untuk menentukan siapakah antara ahli berjaya mendapat tempat pertama..

Seperti biasa kumpulan lelaki selalu kalah manakala saya mewakili gang perempuan kerap 'merampas' tempat pertama dalam kelas sekaligus tempat pertama juga dari kalangan pelajar di sekolah berkenaan secara keseluruhan ketika itu. Rupa-rupanya secara senyap saya mendapat perhatian dari 3 ahli Setan Sengkuang.. Hal ini saya tak tahu langsung sehinggalah hari terakhir ketika mengambil sijil keputusan SPM.. Dalam diam 3 antara mereka "PM tepi" dan meluahkan perasaan masing-masing, hal ini mereka rahsiakan antara satu sama lain...


Unfortunately, selepas habis peperiksaan SPM saya perlu 'pulang ke sarang' dan terus menyambung pelajaran di kolej swasta ambil Diploma in Business Management, Accounting & Computer Research, manakala mereka membawa haluan masing-masing sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Saya terlebih dahulu terpaksa mengucapkan selamat tinggal.. Sejak itu kami lost contact dan langsung tak pernah berjumpa.. Apa yang saya tahu melalui rakan baik saya, 2 antara mereka sudah mendirikan rumahtangga manakala seorang masih bujang dan membawa diri ke Melbourne, Australia.. Ahli Funny Funky Girls semua sudah berkawin dan berkeluarga.. Itulah kisah kami yang kini hanya tinggal kenangan..

Morale of the story, zaman sekolah merupakan zaman paling indah.. Zaman tiada masalah selain masalah pelajaran.. Mana tidak, semua masalah dan perbelanjaan ibu ayah tanggung.. Jadi kepada adik-adik yang masih belajar, hargailah sebaik mungkin masa-masa itu kerana ia sedikit sebanyak menentukan masa depan kita. Cinta monyet tak salah tapi jangan sampai melekakan dan langsung tersasar dari matlamat belajar untuk berjaya dalam pelajaran.
Okay itu cerita saya, bagaimana pula cerita anda? Siapa di kalangan pembaca masih ingat zaman persekolahan mereka? Tentu ada memori indah bersama rakan-rakan sewaktu belajar kannn.. Sudi-sudilah kongsi cerita, jangan malu-malu.. Kita open untuk bertukar-tukar cerita okay.. ;-)

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,




Saturday, 26 August 2017

MINI GIVEAWAY BY NADIA

Saturday, August 26, 2017
MINI GIVEAWAY BY NADIA | Assalamualaikum dan Happy Weekend kepada pembaca sekalian.. Hari ini saya sertai mini giveaway yang dianjurkan oleh Nadia Md Radzi melalui blognya aimanziyad.blogspot.com. Mengapa saya sertai giveaway ini? Jawapannya sudah tentu untuk support rakan blogger di samping syarat-syarat penyertaan juga mudah..

Giveaway berlangsung dari sekarang hingga 31.08.2017.. Nadia mencari 7 pemenang giveaway yang bertuah di mana pemilihan akan dibuat melalui random.org..

Click here : Mini Giveaway by Nadia

Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog Nadia di sini;
2. Add dan Follow social media Nadia : FB Nadia Md Radzi, Page FB, Instagram, Twitter, YouTube dan Google Plus;
3. Buat satu entri bertajuk "MINI GIVEAWAY BY NADIA", letak banner di atas dan back link ke post asal di blog Nadia; dan
4. Tinggalkan entri post anda di ruangan komen di blog post Nadia..

Saya sudah penuhi semua syarat-syarat di atas.. 
Pemenang akan diumumkan pada awal bulan September 2017..

Jom kita pakat support giveaway anjuran Nadia dan bagi semangat kepada rakan blogger kita ni supaya giveaway ini berjaya memandangkan ini merupakan pertama kali Nadia menganjurkan giveaway.. Mungkin lepas ni Nadia akan anjurkan lebih banyak giveaway.. hihihihi gurau saja ;-)

Okay itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, 24 August 2017

PERINGATAN KEPADA ISTERI

Thursday, August 24, 2017
PERINGATAN KEPADA ISTERI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri ini diterima dari group WhatsApp office-mate dan sesuai dijadikan panduan kepada pembaca yang bergelar isteri termasuk diri saya sendiri..

Pesanan diterima buat pengajaran wahai isteri.. Hati-hati jangan sampai terjadi walaupun dah berumur lebih dari 5 series macam Makcik Timah ni...



Al-kisah begini :

Timah tiap hari pergi kerja suami hantar. Semalam suami out station beberapa hari so dia naik teksi. Bila sampai office dia terus cium tangan dan berlalu pergi. Pada hal yang dicium tu tangan taxi driver sebab dah terbiasa cium tangan suami....

Si taxi driver pun tergamam.. Bukan hanya tergamam tangan dicium tapi lebih tergamam sebab Timah berlalu pergi tanpa membayar tambang. Dia ingat taxi ni bapak dia ke yang punya... Si driver menyumpah..

Maafkanlah Timah, dia tak sengaja...

Cerita ini sebagai gurauan sahaja... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, 21 August 2017

GOOGLE ADSENSE ACCOUNT ON THE GO

Monday, August 21, 2017
GOOGLE ADSENSE ACCOUNT ON THE GO | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Memiliki akaun Google Adsense merupakan satu peluang keemasan yang sangat ditunggu-tunggu oleh para blogger kerana ia mampu menjana side income yang agak lumayan. Walaupun proses memohon akaun Adsense agak ketat namun sejak kebelakangan ini kebanyakan rakan-rakan blogger saya telah berjaya memiliki akaun adsense. Tahniah diucapkan.. Untuk pengetahuan, pengalaman manis akaun Adsense saya diluluskan sekitar tahun 2008 dan pernah sekali menebus pendapatan sekitar tahun 2015..

Kepada mereka yang sedang berusaha ke arah itu, teruskan mencuba jangan putus asa.. Mungkin ada kriteria yang diperlukan oleh Adsense masih belum dipenuhi.. Okay, let's straight to the point..


Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kemudahan pengguna Adsense menyemak akaun mereka on the go, di mana sahaja anda berada dengan syarat mesti ada internet coverage, hehehe..

Al-kisah, Google Adsense menyediakan cara mudah untuk mengakses data penting dari Adsense Account melalui smartphone. Aplikasi Google Adsense boleh dimuat turun melalui Google Play atau AppStore. Lepas download apps ni tak perlu lagi semak akaun Adsense dari laptop atau komputer.. Saya sendiri guna apps ini dan mendapati ianya sangat berguna dan perlu ada pada setiap pengguna Adsense.

"Track your earnings, anywhere you go." - Google Adsense

Apa kelebihan Google Adsense apps ni? Paling best pengguna Adsense boleh menyemak status terkini keseluruhan akaun termasuk pendapatan terkini, semalam dan bulan semasa serta laporan prestasi terperinci bulan sebelum. 

Selain itu laporan seperti unit iklan, saluran, sites, negara dan lain-lain yang berkaitan juga boleh diketahui melalui Google Adsense apps, seperti yang dipaparkan di bawah:


 

  

Selain menyemak pendapatan yang diperolehi, pengguna Adsense sewajarnya perlu ada apps ini bagi memudahkan mereka menerima makluman penting berhubung akaun Adsense mereka. Al-maklum akaun Adsense ini sangat sensitif, sekiranya ada 'penyalahgunaan' maka akaun anda akan disekat dan agak leceh untuk membuat permohonan semula. Jadi pengguna Adsense perlu sentiasa peka dengan setiap notifications yang diterima dan segera memberi maklumbalas sekiranya perlu berbuat demikian.

 

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..
Semoga entri ini sedikit-sebanyak memberi panduan kepada pembaca dan satu perkongsian ilmu yang berguna.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,







Sunday, 20 August 2017

WHAT'S IN MY PENCIL CASE?

Sunday, August 20, 2017
WHAT'S IN MY PENCIL CASE? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang "What's in my pencil case?". Itulah soalan yang biasa ditanya oleh office-mate saya bila nampak pencil case merah saya yang besar dan 'gemuk'. Okay memandangkan saya dalam proses sorting stationery yang ada dalam pencil case merah ni, jadi saya kongsi di sini bersama pembaca.. Langkah pertama saya keluarkan semua isi perut pencil case tersebut yang kebanyakkan stationery biasa saya gunakan sebagai 'basahan' :

All my stationeries
Nampak tak segala macam harta karun dalam pencil case itu? Jom kita asing mengikut jenis.. Pertama, saya asing gel and glitter gel pens..

Gel and glitter gel pens
Seterusnya saya asing pula pen dakwat kering dan basah.. Jika ditanya tentang pen dakwat kering, saya lebih suka menggunakan pen dakwat mata halus 0.5mm compare to 0.7mm kerana hujung mata yang halus menghasilkan tulisan yang kemas. Warna dakwat pula, sebenarnya pen dakwat hitam lebih banyak diperlukan berbanding pen dakwat biru tapi dalam pencil case ni banyak pula pen dakwat biru berbanding pen dakwat hitam.. Ohh mungkin saya tinggal dalam office drawer kot..

Untuk pengetahuan pen-pen berwarna saya gunakan untuk planner decorations..

Pen dakwat kering dan basah

Next photo kumpulan permanent marker pens dan highlighters..

Permanent marker pen and highlighters
Kategori seterusnya pula ialah miscellaneous seperti stapler, staple remover, pemadam, correction pens, gunting, pisau dan pembaris.

Gunting, pisau, pembaris, pemadam, stapler, staple remover dan correction pens
Semua alat tulis dalam pencil case saya paparkan tanpa sembunyi buktinya eraser dan pembaris comot tu pun saya letak sini, tunjuk pada pembaca tanpa segan silu.. :-)

Alat tulis seterusnya ialah pencil, beberapa mechanical pencil leads dan pointer (warna merah) seperti berikut:

Pencils, mechanical pencil leads dan pointer
Kemudian, semua alatulis tersebut saya kumpul dan ikat mengikut ketagori seperti di bawah:

 

Lebih kemas dan tersusun sebelum dimasukkan semula ke dalam pencil case.. Mudah untuk diambil apabila saya perlukan kelak..

My pencil case
Apa pendapat pembaca? Siapa masih ada pencil case seperti saya.. Walaupun sudah lama dalam dunia pekerjaan, hobby saya masih suka kumpul stationery dengan alat tulis yang kiut-miut, hehehe perangai  mengalahkan kanak-kanak ribena kannn.. Habit saya pula bila masuk kedai alat tulis, memang pantang nampak.. saya pasti akan keluar dengan barang walaupun sebatang pen, hihihi.. its because I am a stationery addict! ;-)


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, 14 August 2017

JOM SERTAI : GIVEAWAY BY LZ

Monday, August 14, 2017
GIVEAWAY BY LZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya menganjurkan giveaway seperti yang pernah diberitahu di entri ini.. Al-maklum seronok sangat membida di chilindo.com hingga tak sedar barang yang dibida sudah berjaya dibida sebelum itu.. Akibatnya ada 3 barang extra kategori terlebih beli..

Oleh sebab itu saya sangat berbesar hati untuk menghadiahkan barang tersebut kepada pemenang giveaway ini. Hadiah yang akan diberi masih belum terusik dan fresh from chilindo's box. Hopefully giveaway ini mendapat sambutan dari blogger yang berminat..

 

Okay, berikut merupakan sayarat-syarat yang perlu diikuti bagi membolehkan peserta berpeluang memenangi giveaway ini:

1. Follow blog ini, Lady in Red Planner,
2. *Follow Instagram : @ladyinredplanner,
3.* Like Facebook Page : ladyinredplanner,
4. Copy banner di atas dan buat satu entri bertajuk : "Giveaway by LZ" dan backlink dengan entri ini.
5. Berikan pendapat ikhlas anda mengenai blog Lady in Red Planner minimum sebaris ayat.
6. Publish entri anda dan letak link entri tersebut di ruangan komen entri ini. Jangan lupa nyatakan nama IG atau Facebook anda.

* Salah satu diterima


Semua syarat-syarat yang dinyatakan di atas sangat mudah diikuti. Pemenang akan dipilih berdasarkan maklumbalas di item 5 dan kesungguhan penyertaan yang diberikan. Saya akan check setiap satu penyertaan..

Mesti ada yang tertanya-tanya apakah hadiah yang bakal diberikan?
Hadiah Pertama : Mobile Tripod Stand

Hadiah Kedua : MP3 Player Silver
Hadiah Ketiga : Digital watch purple

Pemenang 1  hingga 3 juga akan dapat wang  tunai RM10.00 setiap seorang.

Hadiah misteri kepada seorang Peserta bertuah.

Giveaway ini akan berlangsung dari 14.08.2017 hingga 31.08.2017.
Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan.



Sudilah memeriahkan giveaway ini dan Semoga berjaya!
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, 13 August 2017

ATIEHILMI.COM : FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH!!

Sunday, August 13, 2017
ATIEHILMI.COM : FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH!! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Hujung minggu sudah hampir ke penghujung.. Sekejap saja masa berlalu. Esok hari Isnin maka rutin harian kembali seperti biasa.. Okay bagi melengkapkan hujung minggu, hari ini saya sertai giveaway yang dianjurkan oleh blogger bernama Siti Rabiah Binti Adnan melalui blog beliau : www.atiehilmi.com. Tajuk giveaway yang dianjurkan ialah "First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah!!". In shaa Allah, semoga ukhwah yang kita bina di dunia maya ini kerana Allah, aminn..
Syarat-syarat penyertaan giveaway ini seperti berikut:

1. Follow blog beliau : www.atiehilmie.com
2. Follow Google+ : atiehilmi dot com
3. Follow Instagram : @by_atiehilmie
4. Like Fanpage : atiehilmie2u
5. Tulis entri giveaway ini yang bertajuk : "ATIEHILMI.COM : FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH!!"

Saya sudah selesai ikuti semua syarat 1 hingga 5.. Url entri ini juga sudah saya letak di ruangan komen entri giveaway beliau.. So simple.. Untuk pengetahuan, pemenang akan dipilih secara random dan akan dimaklumkan kelak.. Jangan lupa tarikh tutup penyertaan pada 22.08.2017.


Jom kita meriahkan lagi giveaway ini..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, 10 August 2017

CHILINDO.COM : UNBOXING & REVIEW

Thursday, August 10, 2017
CHILINDO.COM : UNBOXING & REVIEW | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Chilindo oh Chilindo itulah yang disebut-sebut sejak kebelakangan ini apabila sana sini berblog tentang Chilindo.com dengan hasil bidaan yang memberangsangkan.. Malu ingin mengaku, saya juga terjebak sama! Macamlah banyak masa sangat kannn..

Bermula dengan perasaan ingin tahu saya pun gatal tangan search dengan bantuan pakcik Google mengenai "Chilindo.com"..  Maka terpaparlah website bidaan popular tersebut yang sedang hangat diperkatakan.. Konon cuba-cuba bid, tak sangka mengena.. Dari satu barang ke satu barang akhirnya dalam troli terkumpul 9 barang.. Itu cubaan pertama.. Bila checkout, gatal tangan tengok bidaan lain.. "Iskh tak boleh jadi, cubalah..." dalam tak sedar dari 9 barang tambah lagi 4 barang.. Betul-betul leka.. Lain macam rasa bila berjaya membida - rasa puas hati.. itulah perasaan ketika itu.. Hasilnya, tibalah kotak ini semalam...


Mana tak ralit membida sebab geram barang serendah RM1.00.. Berbaloi-baloi andai barang yang anda perlukan itu berjaya dibida kurang dari harga RM5.00, memang syoklah... Dalam tak sedar derhaka dengan prinsip sendiri iaitu membeli hanya barang keperluan bukan kehendak tapi menyesal kemudian takde guna.. Selain itu quality barang tak perlu dipertikai sebab what you expect dengan harga murah kannn.. Terimalah seadanya dan belajar dari pengalaman..

Jadi tak mahu cerita banyak, inilah barang-barang yang telah berjaya dibida.. Membida di Chilindo.com memang seperti dirasuk bak kata Mama Pipie..


Bidaan pertama berjumlah RM70.00 (RM8 delivery + RM4 COD)
Bidaan kedua berjumlah RM41.00 (RM8 delivery + RM4 COD)

Kesimpulannya, jika pembaca tidak bercadang untuk membeli apa-apa barang, dilarang sama sekali mengintai Chilindo.com sebab dikhuatiri akan terjebak sama.. Pengaruh Chilindo.com sangat kuat tambahan pula terdapat kaedah pembayaran secara cash on delivery (COD)..

Okay memandangkan ada beberapa barang saya terbid dua kali.. Jadi saya akan buat satu giveaway dalam masa terdekat.. Beberapa barang di atas akan saya hadiahkan kepada pemenang giveaway tersebut.. Kepada pembaca yang berminat sila pastikan anda tak terlepas dengan entri giveaway saya akan datang.
Begitulah penangan Chilindo.com
Tapi ingat membeli barang tidak perlu adalah satu pembaziran..


Itu sahaja my full unboxing and review..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, 9 August 2017

PERSEDIAAN JIKA ANDA MENJADI PIHAK DALAM SESUATU KES DI MAHKAMAH

Wednesday, August 09, 2017
PERSEDIAAN JIKA ANDA MENJADI PIHAK DALAM SESUATU KES DI MAHKAMAH | Entri kali ini saya ingin berkongsi pula tentang persediaan yang perlu dilakukan sekiranya kita pihak yang menyaman atau kena saman. Sebelum itu jangan confuse, pihak yang menfailkan Saman disebut Plaintif manakala Pihak Kena Saman disebut Defendan. Ketika di dalam Mahkamah apabila kes dipanggil, dialog Jurubahasa lebih kurang begini : "Kes no. 72-1243-2017, Syarikat ABC Sdn Bhd lawan Ali Bin Ahmad". Maka kedua-dua pihak berkenaan perlu sentiasa bersedia.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai persediaan ketika hadir ke Mahkamah?


Terdapat etika dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menghadiri Court case. Bukan main terjah kerana institusi perundangan sangat mementingkan etika, adab, tertib dan prosedur. Di sini saya senaraikan antara perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika berada dalam Mahkamah:


PEGUAM / PLAINTIF / DEFENDAN / SAKSI
  • Perlu berada di dalam Mahkamah  sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah diberitahu / ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Semua orang yang berada dalam Mahkamah terbuka hendaklah bangun dan tunduk hormat apabila Hakim/Majistret ketika beliau masuk dan meninggalkan bilik bicara.
  • Segera tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh Jurubahasa Mahkamah.
  • Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
  • Dilarang membuat bising semasa Mahkamah bersidang.
  • Tunduk hormat ketika hendak masuk atau keluar dari bilik Mahkamah ketika sedang bersidang.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik Mahkamah ketika kes bicara kecuali jika diarahkan oleh Mahkamah.
  • Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
  • Dilarang membuat sebarang rakaman samada dalam bentuk audio atau visual dalam bilik Mahkamah.
  • Telefon bimbit dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah ditukar ke mode silent atau turn off.

Sekiranya pembaca merupakan salah seorang pihak (Plaintif / Defendan / Saksi) anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:

1. Pengenalan Diri
Warganegara Malaysia bawa myKad.
Warganegara Asing bawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.

2. Anggota-Anggota Kerajaan
Bawa kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.

3. Pemilik Syarikat
Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Wakil Syarikat
Surat Wakil Syarikat yang memberi kebenaran kepada anda untuk mewakili syarikat dalam sesuatu kes berkaitan.

5. Pemilik Hartanah
Bawa geran / suratan hakmilik tanah berkaitan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

6. Sijil Sakit
Kemukakan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.


PERANAN / TANGGUNGJAWAB SAKSI DI MAHKAMAH

Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oleh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir, Waran Tangkap (Warrant of Arrest) boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – keterangan yang diberikan.

  • Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (sila rujuk pada sapina)
  • Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan. Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.

TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH

Gunakan bahasa yang mudah difahami semasa memberi keterangan. (Jurubahasa disediakan sekiranya tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu).

Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa sebagai rujukan dan rekod Mahkamah.

Sentiasa mendengar dengan teliti setiap soalan-soalan Pendakwaraya/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan dengan berkata "sila ulang semula".

Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar. Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.

Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung bicara dicatat kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.

Semoga entri ini sedikit-sebanyak menjadi panduan kepada pembaca.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Tuesday, 8 August 2017

RESEPI CUCUR VIRAL FOR BREAKFAST

Tuesday, August 08, 2017
CUCUR VIRAL FOR BREAKFAST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini.. Siapa tahu cucur viral? Majoriti pembaca tentu tahu tentang jenis cucur ini yang sudah hangat diperkatakan. Kalah gossip hot Aliff Aziz dan Bella okay, ooopsss! Kepada pembaca yang masih belum tahu, cucur ni adalah cucur biasa namun menjadi terkenal selepas diviralkan.. Jadi cucur ini pun popular..

Pagi ini saya buat cucur ikan bilis viral sebagai bekal Arief ke sekolah dan selebihnya untuk diri sendiri.. Beginilah kejadiannya, photo fresh from my bento, hahahaha mohon jangan kecam I sebab hasil bento yang kurang memuaskan.. 

Cucur viral ikan bilis dan sambal kicap 
Sambal kicap pula hasil air tangan my husband kerana beliau arif tentang hal tumbuk-menumbuk menggunakan lesung batu..

Alang-alang bercerita tentang cucur viral, saya letak di sini resepi cucur viral mudah, sedap dan pasti menjadi.. Mungkin boleh menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.


Resepi Cucur Ikan Bilis Viral Sedap

Bahan-Bahan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air panas 
1 genggam ikan bilis - cuci dan tos 
1/2 bawang merah 
Secubit garam 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara 
Tumbuk bawang merah bersama ikan bilis hingga hancur. 
Campur semua bahan kering dalam satu bekas. 
Tuang air panas ke dalam bekas campuran bahan kering. 
Bentuk adunan menjadi bulat, saiz ikut kesukaan masing-masing.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dalam minyak yang banyak.

Angkat bila sudah keperang-perangan.

Breakfast pagi tadi
Cucur ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.. Sangat mudah dan sesuai kepada mereka yang sibuk dan selalu ketandusan idea menyediakan sarapan pagi.
Selamat mencuba!


Begitulah cerita tentang cucur viral..
Terima kasih sudi baca..
Sekian, wasalam..


Regards,