image1 image2 image3

HELLO I'M LZ|WELCOME TO MY BLOG|LADY IN RED PLANNER|THIS IS LIFESTYLE BLOG | HOPE YOU ENJOY READING | THANK YOU, HAVE A GREAT DAY!

PERSEDIAAN JIKA ANDA MENJADI PIHAK DALAM SESUATU KES DI MAHKAMAH

PERSEDIAAN JIKA ANDA MENJADI PIHAK DALAM SESUATU KES DI MAHKAMAH | Entri kali ini saya ingin berkongsi pula tentang persediaan yang perlu dilakukan sekiranya kita pihak yang menyaman atau kena saman. Sebelum itu jangan confuse, pihak yang menfailkan Saman disebut Plaintif manakala Pihak Kena Saman disebut Defendan. Ketika di dalam Mahkamah apabila kes dipanggil, dialog Jurubahasa lebih kurang begini : "Kes no. 72-1243-2017, Syarikat ABC Sdn Bhd lawan Ali Bin Ahmad". Maka kedua-dua pihak berkenaan perlu sentiasa bersedia.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai persediaan ketika hadir ke Mahkamah?


Terdapat etika dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menghadiri Court case. Bukan main terjah kerana institusi perundangan sangat mementingkan etika, adab, tertib dan prosedur. Di sini saya senaraikan antara perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika berada dalam Mahkamah:


PEGUAM / PLAINTIF / DEFENDAN / SAKSI
  • Perlu berada di dalam Mahkamah  sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah diberitahu / ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Semua orang yang berada dalam Mahkamah terbuka hendaklah bangun dan tunduk hormat apabila Hakim/Majistret ketika beliau masuk dan meninggalkan bilik bicara.
  • Segera tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh Jurubahasa Mahkamah.
  • Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
  • Dilarang membuat bising semasa Mahkamah bersidang.
  • Tunduk hormat ketika hendak masuk atau keluar dari bilik Mahkamah ketika sedang bersidang.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik Mahkamah ketika kes bicara kecuali jika diarahkan oleh Mahkamah.
  • Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
  • Dilarang membuat sebarang rakaman samada dalam bentuk audio atau visual dalam bilik Mahkamah.
  • Telefon bimbit dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah ditukar ke mode silent atau turn off.

Sekiranya pembaca merupakan salah seorang pihak (Plaintif / Defendan / Saksi) anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:

1. Pengenalan Diri
Warganegara Malaysia bawa myKad.
Warganegara Asing bawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.

2. Anggota-Anggota Kerajaan
Bawa kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.

3. Pemilik Syarikat
Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Wakil Syarikat
Surat Wakil Syarikat yang memberi kebenaran kepada anda untuk mewakili syarikat dalam sesuatu kes berkaitan.

5. Pemilik Hartanah
Bawa geran / suratan hakmilik tanah berkaitan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

6. Sijil Sakit
Kemukakan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.


PERANAN / TANGGUNGJAWAB SAKSI DI MAHKAMAH

Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oleh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir, Waran Tangkap (Warrant of Arrest) boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – keterangan yang diberikan.

  • Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (sila rujuk pada sapina)
  • Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan. Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.

TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH

Gunakan bahasa yang mudah difahami semasa memberi keterangan. (Jurubahasa disediakan sekiranya tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu).

Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa sebagai rujukan dan rekod Mahkamah.

Sentiasa mendengar dengan teliti setiap soalan-soalan Pendakwaraya/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan dengan berkata "sila ulang semula".

Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar. Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.

Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung bicara dicatat kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.

Semoga entri ini sedikit-sebanyak menjadi panduan kepada pembaca.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Share this:

CONVERSATION

34 comments:

  1. Tak pernah lagi masuk mahkamah tengok prosiding mcm mana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingin tahu boleh pergi attend Mrs. Pip tapi kalau tak berminat tak tengok pun takpe, hehehe

      Delete
  2. Info yang bagus sis... saya tak pernah masuk mahkamah camtu... teringin nak masuk ikut bos (saksi kes)... asyik ada kerja lain pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah satu hari nanti kalau berkesempatan, Tn. NA jgn lepaskan peluang.. at least new experience kannn..

      Delete
  3. Terima kasih kak LZ..selalu tengok dalam tv je PEGUAM,PLAINTIF,DEFENDAN,SAKSI keluar masuk pintu mahkamah..tapi keadaan dalam tu macam mana tak tahu.bila akak bagi tahu boleh bayangkan sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih PC 💕
      Selalu org luar confused dengan istilah Plaintiff dan Defendant..

      Kalau PC dapat imagine maksudnya explanation akak clear, alhamdulillah memang itu yg akak mahu. 😊

      Delete
  4. thanks kak sebab share info.. e'in pun tak penah masuk mahkamah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure E'in..
      Masuk Mahkamah tak best pun apatah lagi jadi mana-mana pihak yang disebutkan dalam entri ini.. :-)

      Delete
  5. info yang sangat bagus. IQ hari2 lalu mahkamah tinggi KL, dan semestinya jam sebelum pukul 9 pagi adalah waktu paling sesak...kadang marah dengan orang yang nak pergi mahkamah sebab dorang dah lambat ke mahkamah dan ambil lorong tak sepatutnya yang menyebabkan sesak yang berganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah Jalan Duta memang selalu jam IQ.. Dulu sis selalu ada kes kat sana.. paling stressed bila jam dan takde parking.. Pintu masuk Court jauh, court rooms bertingkat2, semput menapak 😅..

      Delete
  6. Tak pernah lagi masuk mahkamah.
    Anyway, good tips LZ

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik mungkin dapat membantu seseorang yang perlu menadi salah satu daripada yang disebut di atas...

    pernah juga ambil 3 paper law sebelum ini...faham sedikit mengenai defendan dan plaintif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tn. ARZMOHA, entri ini sebagai rujukan kepada pembaca yang menjadi pihak2 dalam kes Mahkamah..

      Lebih mudah faham kalau Tn. ada background law.. :-)

      Delete
  8. Tq lz for info. Mama mmg x penah lagi pergi mahkamah walaupun rumah dgn mahkamah dekat je

    ReplyDelete
  9. takut kalau dngar kena masuk mahkamah sebab mmg akan bnyk prosedurnya kan kak.. btw tq kak atas perkongsian berguna ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Busyra..
      My pleasure dear.. :-)

      Delete
  10. tq so much untuk ilmu ni.. ^^

    singgah + follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome..
      Will do..
      Thanks Mohd Noor Shawal..

      Delete
  11. Husband ana last month kena ke mahkamah utk sebutan kes. Nervous giler dia kata masa dlm mahkamah tu. Lagi2 nak kena kenalkan diri semua. Selamat majistret ok. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous tetap ada walaupun sis sendiri biasa dengan Court prosiding... Aura dalam Mahkamah memang begitu Ana terutama court room yang mendengar kes jenayah.. Biasa Magistrate okay, mood Hakim tak tentu..

      Delete
  12. Tak pernah lagi masuk mahkamah. Nak try jugak tengok kes dibicarakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan farhanna.. dapat tambah pengalaman & pengetahuan.. Boleh dengar kes bicara dalam Mahkamah Terbuka..

      Delete
  13. Tq untuk info yang sangat ohsem ini.. Tak pernah masuk mahkamah.. Teringin nak tengom perbicaraan dijalankan tapi tak berapa nak berani.. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Sha 😊..
      Tak yah takut, masuk jer court room terus duduk dalam gallery awam. Jangan silap tempat duduk tau, hehehe

      Delete
  14. Bagus entri ni .. ramai tak tahu sebelum masuk mahkamah. Saya nasib baik isteri pernah jadi pegawai mendakwa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara HH sudi singgah di blog saya.. Pengetahuan ini saya kongsi sebagai panduan pembaca.

      Sebagai Pendakwaraya, isteri saudara tentu arif tentang hal ini juga..

      Delete
  15. info menarik..but honestly harap tak perlu hadapi situasi ni. bab-bab mahkamah ni seram lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Sal, kalau boleh elak tak perlulah ada urusan di Mahkamah.. hihihi

      Delete
  16. bagus panduan ni... thanks...

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!