MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR & KUMPULAN HADRAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan pembaca sekalian.. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus hidup bagi menjalankan ibadah dan melaksanakan segala aktiviti harian.

Entri kali ini saya ingin kongsi mengenai corat-coret sekitar majlis perkahwinan adik ipar saya (pengantin lelaki) yang telah berlangsung 2 minggu lepas. Untuk pengetahuan entri ini tak mampu dikeluarkan dalam masa terdekat selepas majlis berlangsung disebabkan oleh kesibukan maksima yang melanda, hehehe

Tema majlis pilihan pengantin lelaki warna light purple sama seperti tema hantaran yang saya buat di entri ini : Gubahan Hantaran Kahwin by LZ..


Majlis perkahwinan kali ini meriah memandangkan sudah lama keluarga ibu mertuaku tidak menganjurkan majlis perkahwinan, last majlis perkahwinan saya tahun 2003.

 

Majlis pernikahan dan resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 9.9.2017 lalu manakala di sebelah pengantin lelaki pada cuti Hari Malaysia lalu, 16.9.2017.

 

Persiapan majlis telah dibuat seawal 2 minggu sebelum tarikh majlis berlangsung.. Dekorasi pelamin dan khemah telah dibuat oleh rakan pengantin lelaki. 

Lampu khemah
 Saya suka warna dan konsep dekorasi khemah iaitu modern dan simple, sejuk mata memandang.

Tempat makan pengantin
  Begitu juga dengan tempat makan pengantin..

 

Pada malam sebelum majlis persandingan, satu majlis bacaan berzanji telah diadakan.. Bacaan disampaikan oleh ibu mertuaku merangkap mak pengantin lelaki bersama kumpulan berzanji masyarakat di situ.


Pada hari persandingan sekitar jam 11.30 pagi hingga 1.00 petang majlis diserikan dengan penyampaian bacaan yassin dan selawat atau hadrah. Saya sangat teruja sebab ini baru pertama kali saya saksikan persembahan hadrah. Kumpulan Hadrah ini terdiri dari kaum ibu yang dijemput khas oleh ibu mertuaku.

Apa itu HADRAH?

Hadrah berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. - Wikipedia

"Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang. Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti PerlisKedahPerak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'."

 

Kumpulan hadrah ini tidak menari sepreti yang dinyatakan di atas tetapi ketika duduk mereka membaca surah Yassin.. Selepas itu mereka berdiri dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sambil memainkan alat muzik..


Saya tak pasti adakah ianya tradisi setempat atau sebaliknya.. Ada tak antara pembaca tahu mengenai kumpulan Hadrah ini atau saya saja yang ketinggalan zaman?

PERKAHWINAN ZAMAN INI yang tiada ketika zaman saya..

Apakah dia? Photo booth dan lucky draw atau cabutan bertuah.. Itulah 2 perkara yang tidak ada semasa zaman majlis perkahwinan saya.. Tetapi ianya terlalu biasa atau common di mana-mana majlis perkahwinan zaman ini.. Jadi saya sudah terasa tua, hihihi

Cabutan bertuah diadakan khas untuk saudara-mara dan masyarakat di situ.. Hadiah cabutan bertuah terdiri daripada barangan elektrik dan bekas makanan. Jumlah hadiah 100 buah secara keseluruhan..

Photo booth
Semasa majlis persandingan ini, satu corner khas diwujudkan sebagai photobooth dan diletakkan sebuah guest book.. Guest book khas untuk ayat ucapan kepada pengantin dari tetamu atau sahabat handai yang hadir ke majlis persandingan tersebut..

 

Begitulah sedikit sebanyak kemeriahan majlis persandingan adik ipar saya dan cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,