Thursday, 30 November 2017

LAGU LASKAR CINTA & SENTIMEN KEBENCIAN

Thursday, November 30, 2017
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini bertitik-tolak dari apa yang saya dengar di tv sebentar tadi.. Bukan sahaja tadi tetapi sebelum-sebelum ini juga telah berlaku di mana saya sangat kurang senang apabila mendengar berita yang menyuntik sentimen kebencian, mempunyai unsur-unsur provokasi lebih-lebih lagi kepada kaum dan bangsa sendiri demi kepentingan tertentu.

Semakin lama semakin menjadi-jadi.. Ianya bukanlah satu berita yang elok untuk digembar-gemburkan.. Malah anak saya yang berusia 9 tahun juga mula bersuara seolah-olah mempertikaikan mengapa si A sering memburukkan si B.. Apa yang anak saya tahu, dia diajar untuk saling hormat-menghormati apatah lagi kepada orang lebih tua darinya tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya. Tak mahu komen panjang, saya kata mana yang baik kita ikut, mana yang tak baik kita tinggalkan. Tetapi nampak sangat jawapan itu tidak menjawab soalannya secara spesific malah semakin membuatkan dia keliru...It's okay, saya masih boleh handle..


Keadaan ini mengingatkan saya dengan lirik lagu Laskar Cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia... Lagu ini pernah menjadi kegilaan saya satu masa duhulu, bukan kata saya peminat Dewa tapi saya jenis suka layan lagu yang mempunyai lirik tersendiri, penuh makna dan mempunyai cerita di dalamnya lebih-lebih lagi cerita yang berkaitan diri sendiri.. Siapa penyayi lagu tersebut jatuh nombor 2, gituuuuu..

APA KAITAN LIRIK LAGU LASKAR CINTA DENGAN SENTIMEN KEBENCIAN?

Sebelum itu boleh dengar lagu Laskar Cinta di bawah :


Tahukah pembaca bahawa lagu Laskar Cinta diinspirasi dari surah-surah dalam Al-Quran iaitu al-Fajr (ayat 27), al-Maidah (ayat 120) dan al-Hujurat (ayat 13) iaitu seperti berikut:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

"Hai jiwa yang tenang," (QS: Al-Fajr Ayat: 27)

Wahai jiwa-jiwa yang tenang berhati-hatilah dirimu
kepada hati yang penuh dengan kebencian yang dalam
karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
di hati yang penuh dengan prasangka

laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati

laskar cinta ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua umat manusia

jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu

maka jangan pernah berharap Aku akan mengasihi
menyayangi manusia-manusia yang penuh benci seperti kamu

wahai jiwa jiwa yang tenang
jangan sekali kali kamu mencoba jadi tuhan
dengan mengadili dan menghakimi


لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
 "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS: Al-Ma’idah Ayat: 120)

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati


 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS: Al-Hujurat Ayat: 13)

bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati

bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata


PETIKAN SURAH AL-HUJURAT AYAT 9

Selain itu saya selitkan sedikit petikan surah al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud :

وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا‌ۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

Ayat 'berperang' bukan sahaja merujuk kepada peperangan tetapi kepada bermusuhan, memaki, berkelahi, bertikam-lidah atau apa sahaja yang boleh membawa kepada perbalahan. Jadi jika ada 2 kumpulan berselisih faham, berkelahi, mengutuk atau saling memaki hendaklah orang ketiga yang mempunyai kuasa / mendapat kepercayaan umum mencari jalan untuk mendamaikan 2 kumpulan tersebut bukan terus 'mencucuk', melaga-laga atau menyebelahi mana-mana pihak seperti yang berlaku kebelakangan ini. 

Malulah! Buruk orang tengok jika 'orang tua' mengherdik, memaki, menyindir dan apa sahaja yang seangkatan dengannya. Ianya bukan sikap yang baik dan boleh jadi contoh ikutan kepada belia, remaja dan anak kecil. Oleh itu, berubahlah kerana membenci bukan cara untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan..

Ingatlah : "jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya, maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu.."

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan. Semoga jadi ikhtibar kepada pembaca.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, 29 November 2017

BERCINTA TAPI TIADA JODOH, REDHA DENGAN KETENTUANNYA

Wednesday, November 29, 2017
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini mengenai article yang pernah dikongsi oleh sahabat saya di Facebook mengenai topik Bercinta Tapi Tiada Jodoh.. Saya baca dan amati kisah ini dan sangat memberi inspirasi supaya kita terima setiap ketentuan dengan hati terbuka walaupun sangat pahit untuk ditelan.. Jadi saya suka abadikan di blog ini. Mungkin suatu hari nanti ada yang memerlukan semangat ketika berdepan dengan situasi begini.. 



Al-kisah :

"Kawan aku dia dah bercinta empat tahun dengan awek dia masa sama-sama belajar dulu. Ke sana ke sini sama-sama. Makan sama-sama. Dah berjanji untuk kahwin nanti. Lepas empat tahun, masing-masing dapat kerja. Seorang di Selatan tanahair dan seorang lagi jauh nun di Utara tanahair. 

Sebulan bekerja, semuanya seperti biasa. Mesej, call setiap hari. Bulan seterusnya mesej makin sepi. Makwe tu nak tak nak je reply mesej dia. Last sekali dapat tahu makwe dia baru bertunang dengan orang lain. Patah hati kawan aku tu. Lama jugak dia nak recover putus cinta. 

***

Lepas setahun dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur. Masih baru bekerja, guna motosikal masa belajar di universiti pergi balik kerja. Pastu berkenalan la dengan sorang makwe dekat Facebook.  Makwe duk kerja Shah Alam. Mesej dekat Facebook, sebulan lepas tu saling tukar nombor telefon. Lama-lama jatuh hati. Makwe tu ajak jumpa. 

Dia memang jenis setia. Kalau dah bercinta memang tak layan perempuan lain dah. Tiap hujung minggu dia naik motosikal pergi Shah Alam jumpa makwe tu. Masa birthday makwe tu, dia pun merempit tengah malam ke Shah Alam nak buat suprise kononnya. Beli kek siap beli patung beruang warna pink lagi. 

Sampai kat rumah perempuan tu dia nampak sorang lelaki duk tunggu depan rumah makwe dia.
"Sayang, Happy Birthday! I love You" 

Lelaki tu siap bukakan pintu kereta. Senyum mesra je mereka berdua. Terketar-ketar tangan kawan aku tengok makwe dia keluar dengan lelaki lain. Dia tengok je makwe dia berlalu pergi dengan lelaki tu. Dia terus buang kek dan bear tepi jalan. Balik semula ke Kuala Lumpur dalam hujan lebat. Rupanya perempuan tu berbaik semula dengan ex dia. Dia just boring masa tu. Tambahan pula ex dia ada kereta import. Kerja pun best.

***

Lama juga la dia malas nak ambil tahu pasal jodoh. Mak ayah dia dah banyak kali tanya bila nak kahwin. Mak ayah dia nak carikan jodoh untuk dia pun dia tak nak. Dia dah takde hati dekat perempuan. Baginya, semua perempuan jahat. Takde hati dan perasaan. Tinggalkan dia tanpa sepatah kata dan alasan. 

***

Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Bulan lepas aku terima kad undangan dia. Alhamdulillah, terbuka juga pintu hati dia untuk menerima seorang perempuan sebagai isteri. Semoga dorang bahagia sampai bila-bila.

***


Kesimpulannya, kau jenis yang setia ke, penyayang ke kalau dia tu bukan jodoh kau memang akan terputus tengah jalan. Jangan kau duk membenci kaum perempuan sebab apa yang dah jadi pada kau atau duk kata semua lelaki sama je.

Kau kalau bercinta mesti lupa Tuhan. Solat lambat je duk layan WhatsApp pasangan kau. Demam sikit mengadu dekat pakwe/makwe. Tu yang Tuhan uji kau masa bercinta. Mungkin kau akan terlalu agungkan pakwe/makwe kau daripada Illahi. Kau putus cinta pasal korang bukan ditakdirkan bersama. Kau kena terima dengan hati yang terbuka. Perit memang perit putus cinta, tapi takdir dan perancangan Illahi lagi hebat.

***
Putus cinta bukan pengakhiran kisah cinta dalam hidup kau, tapi bermula kisah untuk membaiki kelemahan diri sendiri dan mencari calon jodoh yang baru. Percaya saja, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, kau pasti akan nampak hikmah tu. Allah nak bagi sesuatu yang lebih buat kau. Semoga yang sedang mencari jodoh tu bertemu dengan jodoh yang dinanti bila tiba saatnya nanti."
#AmirSyahir

Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ketentuan Illahi. Kita hanya merancang, namun Dia yang menentukan.. Mungkin juga ada antara pembaca pernah mengalami situasi ini sebelum menemui jodoh sekarang.. Ehhh Fattah Amin dan Fazura pun tak tahu tau mereka akan menjadi pasangan suami isteri suatu hari ini.. Betul tak? Ewah nak jugak selit citer #fattzura hehehehe. Tapi seriously, kita kena yakin, pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

Itu sahaja.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Tuesday, 28 November 2017

10 LEGAL JARGONS FOR LAYMAN

Tuesday, November 28, 2017
10 LEGAL JARGONS FOR LAYMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini saya nak berkongsi beberapa legal terms yang boleh digunakan dalam situasi biasa bagi orang yang tiada kaitan dalam bidang undang-undang.. Jadi sedikit sebanyak pembaca dapat memahami apa yang dikatakan oleh peguam, hakim atau mereka yang berkaitan dalam profesion perundangan ketika membaca novel atau menonton filem tertentu. Bila familiar ianya bukan lagi satu perkara asing..


LATARBELAKANG FRASA LATIN DALAM SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Untuk pengetahuan, dalam proses perundangan terdapat beberapa istilah undang-undang digunakan kebanyakkannya kata pinjaman dari frasa Latin kerana sistem undang-undang Rom mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem perundangan di kebanyakkan negara Barat. Ketika menakluk negara-negara Eropah, orang-orang Rom menyuntik sistem 'Latinize' iaitu 'orang-orang yang tidak bertamadun' (selain dari orang-orang Rom) yang bertujuan untuk mengajar mereka cara berfikir, bertindak dan menjadi seperti orang Rom yang sebenar.

Namun ketika Empayer Rom runtuh, pengaruh Rom turut beransur-ansur hilang dan hanya tinggal sistem perundangan sedia ada. England (dan sebahagian besar tanah jajahannya) dan Amerika telah mengamalkan Roman Law yang kini dipanggil 'Common Law'. Malaysia merupakan tanah jajahan British maka sistem undang-undang di Malaysia berteraskan Common Law. Begitulah serba ringkas mengapa frasa Latin digunakan dalam sistem undang-undang.

APAKAH ITU JARGON?

jar·gon1
/ˈjärɡən/
noun
noun: jargon; plural noun: jargons
  1. special words or expressions that are used by a particular profession or group and are difficult for others to understand.

    "legal jargon"synonyms:

    specialized language, slang, cant, idiom, argot, patter

    "the brochure is written in legal jargon"
    • a form of language regarded as barbarous, debased, or hybrid.


APAKAH 'LAYMAN'?

Definisi 'layman' ialah orang yang tidak mempunyai pengetahuan khusus atau profesional.

Okay sebagai permulaan berikut merupakan 10 frasa Latin yang boleh digunakan dalam perbualan orang biasa :

1.  status quo (sebut : stuh-tos kwoh) : keadaan sedia ada / sekarang (the existing condition), 

2.  ex-gratia (sebut : ex gra tee ya) : secara tolak ansur (out of goodwill), 

3.  in-absentia (sebut : in ab sen tee ah) : tanpa hadir (in the absence),

4.  mala fide (sebut : mah-lah fee-day) berniat jahat (in bad faith, dishonest behavior),

5.  bona fide (sebut : boh-nuh fee-day) : berniat baik (in good faith)

6.  per se (sebut : pur sayy) : seperti itu (by itself), 

7.  modus operandi (sebut : moh-dus o-per-un-dee) : kaedah operasi (mode of operating)

8. prima facie (sebut : pree-mah fah-shee-ee) : diterima sebagai bukti sehingga dibuktikan sebaliknya (at first sight) 

9. inter alia (sebut : in-ter ah-lee-ah) : antara lain (among other things)

10. mutatis mutandis (sebut : moo tah tees moo than-dis) : selepas membuat perubahan yang diperlukan (after making the necessary changes),

Jadi lepas ni pembaca tak akan rasa pelik jika jumpa atau terdengar perkataan di atas. Ini hanya sebahagian sahaja yang mampu saya senaraikan dalam entri ini.. Mungkin saya akan kongsi lagi beberapa perkataan lain dalam entri akan datang..

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, 27 November 2017

RESTORAN PERIUK BELANGA, KELANA JAYA.. MAKAN APA BEST?

Monday, November 27, 2017
RESTORAN PERIUK BELANGA KELANA JAYA, MAKAN APA BEST? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah selesai sudah misi saya untuk tukar tayar kereta pada Sabtu lalu.. Tayar kereta sudah haus dan perlu diganti.. Gigih dari Seremban ke Klang awal pagi untuk elak jalan jam. Selesai semua urusan lebih kurang 12.20 tengah hari, tiba lunch hour. 

Dari Klang saya meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya.. Apabila tiba di Kelana Jaya seperti biasa restoran yang menjadi pilihan untuk lunch ialah Restoran Periuk Belanga.. So far segala makanan yang ada di restoran ini memenuhi citarasa saya.. Kunjungan pertama saya pada 5.12.2014 dan saya pernah kongsi review secara details di blog lama..


Restoran Periuk Belanga, Kelana Jaya
Jadi saya kongsi review terkini di blog ini secara ringkas.. Beginilah rupa hiasan dalaman Restoran Periuk Belanga, bersih dan teratur.. Mungkinkah juga kerana warna tema restoran ini hitam merah iaitu warna kegemaran saya? hehehehe

Susun atur dalam restoran
Memandangkan ketika saya singgah di sini hujan gerimis maka terasa sejuk dan lapar jadi saya order teh tarik manakala ice coffee for my husband..

Coffee ice dan teh tarik
 Saya order soto dan asam pedas ikan tenggiri for him..

Soto dan Set Asam Pedas Ikan Tenggiri
Oleh kerana lapar tahap mengiggil, so gambar pun blurr..

Soto
Nampak sedap set asam pedas ini disertakan sekali telur masin dan ulam.. Sambal pun pedas tapi sedap.

Set asam pedas ikan tenggiri
Sepotong ikan dan bendi sebagai aksesori.. Terasa pedas dan masam sekata, bau daun kesum dan bunga kantan, menyelerakan!..

Asam pedas ikan tenggiri
Ini pula hidangan yang dipesan oleh anak bujang. Dia pesan nasi goreng daging kunyit kegemarannya.

Nasi goreng daging kunyit
Pesanan dibuat awal tetapi waiter terlepas pandang so dia dapat lambat.. Lepas setengah jam menunggu nasi goreng dia sampai, air barli suam dah habis segelas..

 

Overall saya suka makan di sini.. Service juga okay.. Harga pun berpatutan.. Review makanan lain seperti masak lemak, ayam penyet, mee semua kata sedap.. Ada shell out juga... Boleh google untuk dapatkan info makanan lain di restoran ini.. 

Kepada sesiapa yang berdekatan atau berada di Kelana Jaya boleh singgah di Restoran Periuk Belanga untuk rasa sendiri makanana di sini..

Lokasi Restoran Periuk Belanga



Ini sahaja perkongsian saya.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,





Sunday, 26 November 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017

Sunday, November 26, 2017
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang Lazada Online Blogger Contest and at the same time saya selit sedikit cerita tentang shopping!.. Siapa tak suka bila sebut tentang shopping lebih-lebih lagi bila gaji sudah masuk minggu ini.. Yeayyy habis tempoh hazab menunggu gaji 45 hari, apa kata kita reward ourselves!

11.11 Online Revolution 2017 bermula dari 11.11.2017 hingga 14.12.2017
Jadi peluang membeli-belah di Lazada terbentang luas semasa promosi 11.11 Online Revolution 2017 yang bermula dari 11.11.2017 hingga 14 Disember 2017.. Inilah masa paling sesuai membeli-belah di Lazada apabila Lazada menganjurkan promosi sure discount gila-gila..


Lazada Online Revolution
Click banner : Lazada Online Revolution

Selain menganjurkan sales, Lazada juga memberi peluang kepada bloggers untuk menyertai peraduan yang dianjurkan sempena promosi ini berlangsung.. Saya juga antara blogger yang tak mahu lepaskan peluang dan mengambil keputusan untuk menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017.. 

Bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini, bloggers dikehendaki menjawab soalan berikut:

(a) Adakah anda ingat barang pertama yang pernah anda beli di atas talian? Apakah barang itu dan bagaimana pengalaman anda? (Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?)

Specific date untuk pembelian pertama malangnya sudahku lupa tetapi barang pertama yang saya beli di talian masih ku ingat iaitu sebuah wristlet jenama Coach.. Pengalaman pertama membeli-belah di atas talian sudah tentu gembira dan teruja. Bila pembelian pertama berjaya, maka berlakulah pembelian kedua, ketiga dan seterusnya hingga kini..

(b) Apakah jenis barangan yang anda suka beli di atas talian?
(Which types of products you prefer buying online?)

Jenis barang yang saya suka beli atas talian ialah apa sahaja yang saya suka.. Tak kisah jenis apa, bila semua di hujung jari, mana yang berkenan dan sesuai saya akan beli. Setakat ini saya biasa membeli barangan dari kategori clothing, cookware and small home appliances..

(c) Apa yang anda suka tentang membeli-belah di atas talian? (What do you love about online shopping?)

Bila ada platform membeli-belah atas talian, ianya amat memudahkan kerja saya dan menjimatkan masa.. Saya tak perlu lagi bersusah-payah bersiap keluar rumah, bersesak dalam lalulintas, mencari parking dalam shopping mall dan pelbagai lagi hassle yang perlu dihadapi. Dengan adanya platform online shopping, semuanya di hujung jari malah saya boleh menyenaraikan segala barang sebelum membeli dan merancang pembelian setiap bulan kerana saya boleh buat perbandingan harga. Overall sangat mudah, jimat wang & masa!

(d)  Manakah produk yang pernah anda beli atau anda bercadang untuk beli di Lazada sepanjang jualan Online Revolutio? (Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?)

Boleh dikatakan rambang mata setiap kali membeli-belah di Lazada lebih-lebih lagi apabila Lazada mengadakan 11.11 Online Revolution Sale.. Kalau ikutkan hati memang berderet-deret wishlists tapi cukuplah saya share 2 barang ini untuk next purchase sementara 11.11 Lazada Online Revolution Sale sedang berlangsung :

1. ITALY ORIGINAL Dessini Non-Stick Double Sided Frying Pan - 40cm

Dessini-double-sided-non-stick-pan-extra-large-40cm
ITALY ORIGINAL Dessini Non-Stick Double Sided Frying Pan - 40cm

Oh I can't resist to buy it! Tak sabar beli magic frying pan ini, sudah lama mengidam tau.. Bila harga menjunam dari RM250.00 ke RM74.50 memang rugi kalau lepaskan peluang! I must grab before it's too late.

2. Tefal Easy Care Black 9-piece set

Tefal Easy Care Black 9-piece set

Untuk pengetahuan pembaca, saya merupakan pengumpul barangan jenama Tefal.. Jadi set Tefal Easy Care Black 9 piece ini memang menjadi dambaan hati bagi melengkapkan koleksi Tefal saya. Mana mungkin saya lepaskan peluang dengan harga sebenar RM555.00 tetapi kini RM289.00 sahaja.. Masa yang sangat sesuai dan mesti beli I tell you..  

Shopping here : 
v
v
Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution)

11.11 Online Revolution
Okay, sebelum mengakhiri entri ini saya mengajak semua blogger yang berminat untuk menyertai  LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST, click here untuk senarai hadiah kepada pemenang & terma dan syarat-syarat lanjut : Blogger Contest.

Perlu diingat adat peraduan ada memang, ada kalah, jadi terimalah dengan hati yang terbuka.. Jangan putus asa. Rezeki bukan ketentuan kita kannn yang penting usaha so jangan tunggu lagi! Jom sertai sekarang..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,







Wednesday, 22 November 2017

CARA MAKEUP DENGAN BETUL, INI PULA CARA SAYA

Wednesday, November 22, 2017
CARA MAKEUP DENGAN BETUL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy hari ni nak cerita tentang makeup. Baru dapat ilmu cara pemakaian mekap mengikut aturan yang betul. Umum mengetahui bahawa wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan tapi ada juga wanita yang tak bermekap. Wahhh beruntunglah natural beauty dan kulit muka flawless.. Itu hak masing-masing okay tapi terus terang kata, saya jenis wanita bermekap. Nak tahu bila saya start mekap?


Kali pertama mekap masa belajar di kolej dek terpengaruh dengan college mate. Ingat lagi rakan sekelas bernama Annie yang rupa dia seiras pelakon Shazleen Shahbi. Saya masih ingat ketika itu Annie memakai lipstick jenis Cling Cherry jenama Revlon. Bermula dari mencuba mekap Annie, terus saya mula membeli alat solek dan suka mekap sampailah sekarang. Bezanya saya tak mengenakan mekap tebal, sekadar mekap asas bagi mengelakkan muka pucat..

Pelakon Shazleen Shahbi
Selama ini mekap ikut suka.. Tak tahu mana mula mana akhir.. Tapi recently saya ada terbaca mengenai aturan menggunakan alat solek. Jadi di sini saya kongsi aturan menggunakan makeup mengikut kata pakar dalam bidang solekan..


KAEDAH MAKEUP MENGIKUT ATURAN YANG BETUL

1. Pelembab (moisturizer)

Langkah pertama sapu pelembab sebelum mengenakan mekap. Sapuan pelembab tidak boleh diabaikan kerana pelembab menjadikan kulit muka nampak lembab dan sihat. Selepas menyapu pelembab biarkan beberapa minit sebelum ke langkah kedua.

 
Untuk pengetahuan, saya baru bertukar kepada pelembab Safi ini, belum tahu keberkesanannya.. Harap serasi dengan kulit muka.. Pelembab sebelum ni mungkin tak serasi kerana kulit terasa kering dan kasar. 

2. Primer (muka dan sekitar mata)

 
Primer jenis NYX dan Sephora


Fungsi primer bagi memastikan makeup kekal, jadi menyapu primer seolah-olah memberikan bonus kepada makeup anda. Oleh kerana saya mengenakan makeup asas, jadi saya tak guna primer dalam makeup seharian.

3. Bedak asas (foundation)


Pastikan pemilihan warna bedak alas atau foundation lebih cerah sedikit dari warna asal kulit dan sesuai dengan tona kulit muka anda.  Saya menggunakan cushion powder iaitu kombinasi foundation dan bedak, 2 in 1.. Jimat masa...

4. Concealer

 
Concealer jenama NYX

Concealer berfungsi untuk menutup cela seperti parut jerawat yang tidak boleh ditutup oleh bedak asas.

5. Bronzer

 
Beginilah rupa bronzer.. Bronzer berfungsi untuk memberi impak glitter dan shining pada wajah. Bronzer disapu pada dahi, tulang hidung dan tulang pipi. Saya tak guna bronzer so skip ke step 6.

6. Blush
Blush disapu pada bahagian pipi, over the bronzer bagi menyerlahkan tulang pipi dan membentuk contour pada wajar supaya muka tak nampak tembam, hehehe. Saya guna blush untuk memberikan impak 'segar' pada wajah. Saya suka blush warna dark pink atau earth color supaya nampak natural.

7. Eyeshadow


Siapa tak tahu eye shadow kannn.. Eye shadow bertujuan untuk menutup garisan pada kelopak mata. Saya tak guna eye shadow so skip to step 8.

8. Eyeliner

 

Calit eyeliner di atas kelopak mata selepas menyapu eyeshadow..

9. Mascara

 
Sapu maskara pada bulu mata bagi memberikan impak bulu mata lebat.. Saya tak menggunakan maskara jadi ke step seterusnya..

10. Brow liner or gel
 
Eye brow pencil atau brow gel digunakan pada kening.. Brow gel seperti maskara tetapi berwarna hitam atau coklat. Sesekali saya akan guna brow gel tetapi lebih suka guna eyebrow pencil.

11. Lipstick

 
Saya selesa menggunakan soft matte lip cream dan matte lipstick jenama NYX.. 

12. Lip gloss
 
Sapu lip gloss selepas mengenakan lipstick supaya kelihatan shining pada bibir. Oleh kerana saya suka menggunakan matte lipstick, jadi saya tak suka mengenakan lip gloss.. Saya rasa tak selesa dan sememeh pada bibir. Cukuplah sekadar menyapu sedikit Vaseline lip balm sebelum mengenakan lipstick.

13. Setting power

 

Akhir sekali, dab on setting powder untuk melengkapkan tatarias anda.. Setting powder berfungsi mengekalkan segala makup yang ditepek pada muka so you don't look cakey.


Overall saya hanya menggunakan 6 step untuk makeup seharian iaitu pelembab, foundation (cushion powder), blush,  brow liner / brow gel, lipstick dan setting powder.  Nah belanja 1 gambar mekap hari ini :


Masa yang diambil setiap kali makeup setengah jam, hehehe.. Untunglah siapa tak makeup, jimat masa.. Anda pula bagaimana? Berapa lama perlu makeup? Jangan malu-malu, kongsilah cerita sikit..

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,