Top Menu

My Precious Followers

10 KESILAPAN BESAR PERLU DIELAK KETIKA BLOGGING

10 KESILAPAN BESAR PERLU DIELAK KETIKA BLOGGING | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Bila baca tajuk macamlah terror sangat kannn tapi jangan salah anggap saya bukanlah sifu atau pakar yang layak untuk bercerita tentang bidang ini tetapi sekadar berkongsi info dari hasil bacaan tips blogging.. Jadi saya sangat berbesar hati untuk abadikan di sini sebagai perkongsian ilmu bersama pembaca yang boleh memanfaatkan info ini.. Andai ada yang masih belum tahu anggaplah ilmu baharu tetapi andai ada pembaca yang sudah tahu anggaplah siaran ulangan okay, hehehe just chill, sit back and relax..

APAKAH 10 KESILAPAN BESAR PERLU DIELAK KETIKA BERBLOG (BLOGGING)? 

1. Meniru Blog Orang Lain

Sebelum ni saya pernah nyatakan bahawa posting di blog biarlah genuine. Cerita yang ditulis biar hadir dari dalam diri bukan terikut-ikut blogger lain.. Blog perlu ada identity sendiri jadi bila baca pun seronok dan lebih mengenali tuan blog berkenaan. Meniru dengan berkongsi info adalah 2 perkara berbeza, jangan salah tafsir okay.. Overall, please be real and 100% you and believe me, your readers will notice that!

2. Kurang Membuat Post Baharu

Hal ini ada juga dinyatakan.. Blogging ikut sempat dan kurang memberikan komitmen pada blog. Kalau seminggu 3 posting (sayalah tuuuu..) kira poor, apatah lagi berbulan-bulan tak menulis entri baharu atau setahun sekali.. 

3. Meletakkan 15 Iklan Dalam 1 Page

Kalau beginilah gayanya, bukan kira posting tapi blog iklan.. Mohon jangan buat begini. 

4. Jangan spam komen

Spam komen yang dimaksudkan ialah meletakkan url dalam ruangan komen di blog orang lain. Ianya boleh dianggap spam dan tidak digalakkan.

5. Tidak Berinteraksi Dengan Pembaca

Ini juga merupakan salah satu kesilapan semasa blogging. Lain orang lain caranya. Mungkin tuan blog tidak reply komen yang diberi tetapi datang kunjung balas (blogwalking) ke blog orang untuk membalas komen. Walau bagaimana cara sekali pun, tidak membalas komen juga dianggap sebagai salah satu kesilapan blogging.

6. Tidak Fokus Kepada Tajuk Post

Tidak focus kepada tajuk post juga dianggap satu kesilapan iaitu cerita luar dari tajuk lebih kurang begitu maksudnya.

7. Tidak Menyemak Post Sebelum Publish

Apabila kita menulis dalam blog post agak susah untuk membaca semula atau mengenalpasti kesilapan ejaan. Jadi selepas menulis sesebuah entri, sangat penting untuk baca semula entri yang ditulis dalam bentuk 'Preview'. Semak setiap patah perkataan supaya tiada kesilapan. Begitu juga  dengan struktur ayat supaya pembaca faham topic yang disampaikan.

8. Terlalu banyak post tetamu (guest post)

Menerima guests writer tak salah tetapi blogger perlu pastikan entri yang dikongsi berkaitan dengan niche blog. Jangan sampai tersasar dari matlamat asal. Contoh : Niche blog anda tentang relationship tetapi oleh kerana terdapat post tetamu berkaitan tentang sukan, anda masukkan dalam post entri. Ianya langsung tiada kaitan dengan niche blog anda.

9. Tulis Tentang Cerita Lapuk

Selain itu pastikan menulis tentang cerita semasa bukan cerita dah basi. Secara logik pembaca tentu bosan bila baca cerita lapuk yang pernah disiarkan berulang-ulang kali.

10. Tidak Menganggap Blog Sebagai Hobi 

Anggap blog sebagai hobi berbanding perniagaan.. Terdapat sesetengah blogger memperkenalkan product melalui medium blog, itu tidak salah. Apa yang menjadi kesalahan ialah sekiranya blog tersebut hanya memperkenalkan product yang dijual semata-mata, langsung tiada engagement dengan pembaca. Ianya dianggap blog iklan yang mempromosikan barang.. Jika itu yang berlaku, mungkin perlu tukar sedikit cara dengan sesekali selitkan cerita lain atau cerita yang berkaitan supaya pembaca tidak jemu.

Sekiranya pembaca ada sebarang komen atau tips lain ingin ditambah, sila tulis di ruangan komen di bawah.. Kita bertukar-tukar pendapat.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama...
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


38 comments :

  1. Terima kasih kak perkongsian..ni kira pantang larang dalam berblog juga kan kak...banyak hal yang perlu diambil kira kan kak sebenarnya...nampak macam mudah....taip...post....taip...post..tapi hakikatnya besar impaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih PC, kita perbaiki mana yang perlu 😊..

      Delete
  2. Paling suka point nombor 1. Hehe. Bagi saya biarlah blog tu nampak macam syok sendiri asalkan blog tu nampak unik dan tak cliche. By the way, ni pendapat saya, blog tak kerap posting tapi post benda menarik better than yang copy n paste je mana2 janji ada entry. Tu lagi bosan. Tapi lain orang lain cara. Jangan kecam sis tau. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kecam pun, Sal bebas beri pendapat, I like your statement. Setiap blog ada keistimewaan & identity tersendiri, itu lebih baik πŸ˜‰..

      Delete
  3. Setuju especially yg nombor 10. Walaupun berniaga, entri biarlah selang seli dgn topik2 santai, barulah teman2 blogger rajin sikit nak tinggalkan komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Miss Mirror, pembaca suka & ingin tahu cerita di sebalik sesebuah blog 😊..

      Delete
  4. Tq atas info. Berguna utk dijadikan rujukan nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mamapp, kita sama-sama belajar dan baiki mana yang perlu 😊..

      Delete
  5. tq atas perkongsian..selalu kiet berblog ikut suka hati jer sblm2 ni..blog syok sendiri,...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay JJ, kalau blog syok sendiri ada identity & genuine, pembaca suka 😊..

      Delete
  6. Bagus perkongsian ni..bagus untuk rujukan, dulu2 semasa saya bermula2 masuk dunia blog saya suka post entry ekot suka hati saya, blog syok sendiri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika beri manfaat kepada Miss Tins.. Post syok sendiri lahir dari hati lebih genuine.. Saya suka baca 😊..

      Delete
  7. No 5 tu anan kena apply semula. Dulu masa guna guna blogspot boleh disable view as owner blog la ni bila guna domain sendiri tak boleh. So view kita as owner dia kira juga dalam pageview tu. Rasa mcm tak best pula pada diri sendiri. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Ana lebih arif bab2 blogging.. Bila2 share ilmu naa πŸ˜‰..

      Delete
  8. very nice sharing! peringat bersama kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly sama-sama kita perbaiki mana yang perlu 😊..

      Delete
  9. Replies
    1. You're most welcome, saya pun masih belajar dan banyak lagi perlu diperbaiki 😊..

      Delete
  10. Perkongsian yg bagus. Blog kena genuine. Jgn tiru org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Mimi, salah satu rules of blogging, hehehe πŸ˜‰

      Delete
  11. Oppsss alamak .. banyak terkena batang idung sendiri ni .. hahaha .. bila dah lama sngt tulis blog, memang akan ada siptom di atas tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai malu LZ bila Tn. HH merendah diri.. Tn. lebih arif dalam bidang ini and much more otai than me.. Sila beri tunjuk ajar 😫..

      Delete
  12. Masa mula mula berblog dulu rajin jugaklah reply komen. Tp la ni mcm dah tak sempat. Nak buat entry lagi, nak blogwalking lagi...adoiyaii...

    Betullah LZ no 10 tu, kadang kadang sampai tak tau nak komen apa kalau hari hari tulis benda sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekangan masa untuk membalas komen tapi LZ faham Kak Nom akan kunjung balas ke setiap blog orang yang memberi komen.. Okaylah tu 😊..

      Delete
  13. Tips yang berguna . Sama2 perbaiki apa yang kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hendaknya CCL πŸ’•..

      Delete
  14. smua tips ni sngt berguna akakk.. yg bab letak link bnyk2 tu mmg busyra stuju sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Thanks Busyra πŸ’•..

      Delete
  15. good sharing LZ..tapi yg no 3 tu kan..14 iklan ok kan dari 15..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14 okay kak janji tak sampai 15 hehehe 😁

      Delete
  16. Peringatan ntk diri sndri ntk menjadi blogger yg lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Semoga menjadi manfaat bersama.. All the best to you Cik Puan Ena πŸ’•..

      Delete
  17. Good tips kak LZ. GV akan cuba follow setiap tips kat atas kak LZ. Terbaik kak LZ. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika tips ini berguna kepada GV.. Thanks dear πŸ’•

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates