KUIH KERIA GULA MELAKA CIK WAWA POPULAR DI SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Jika di Melaka terkenal dengan kuih keria Antarabangsa Haji Jalil tapi di Seremban popular dengan kuih keria Wawa. Cik Wawa Zuliman adalah nama tokey atau founder kuih keria Wawa.. Kuih keria Wawa juga sedap dan popular di sekitar Seremban.. Lambat sikit selalu sold out!

Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa
Kuih keria gula melaka Cik Wawa 
Inilah rupa keria Wawa..

Kuih keria gula melaka Cik Wawa RM0.50 sebiji
Boleh dikatakan setiap hujung minggu my husband akan beli kuih keria Wawa untuk minum petang.. Ada satu ketika sampai teringin sebab Wawa tak berniaga.. parah!

Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa
Kuih keria Cik Wawa Popular


Sekiranya ada pembeli ingin membeli kuih keria Wawa dalam kuantiti yang banyak maka perlu membuat tempahan lebih awal.. Harga seketul 50 sen..

Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa
Isi kuih keria gula melaka Cik Wawa

Kuih keria ini lembut dan sedap dimakan panas.. Rangup, rasa gula melaka tak terlalu manis dan isi keledek juga lembut.. Jadi kepada sesiapa yang ingin rasa Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa boleh kunjungi kedai beliau, lokasi seperti berikut:

Lokasi Kedai Keria Wawa
Kedai Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa hasil carian Google
 
Lokasi : Gerai makan pertama berdekatan tangki air Taman Bukit Sendayan
(tepi jalan besar menghala ke KLIA)
Waktu : 12.30 tengah hari - hingga habis stock
  


Begitulah perkongsian tentang Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa yang popular di Seremban.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,