LAGU LASKAR CINTA & SENTIMEN KEBENCIAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini bertitik-tolak dari apa yang saya dengar di tv sebentar tadi.. Bukan sahaja tadi tetapi sebelum-sebelum ini juga telah berlaku di mana saya sangat kurang senang apabila mendengar berita yang menyuntik sentimen kebencian, mempunyai unsur-unsur provokasi lebih-lebih lagi kepada kaum dan bangsa sendiri demi kepentingan tertentu.

Semakin lama semakin menjadi-jadi.. Ianya bukanlah satu berita yang elok untuk digembar-gemburkan.. Malah anak saya yang berusia 9 tahun juga mula bersuara seolah-olah mempertikaikan mengapa si A sering memburukkan si B.. Apa yang anak saya tahu, dia diajar untuk saling hormat-menghormati apatah lagi kepada orang lebih tua darinya tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya. Tak mahu komen panjang, saya kata mana yang baik kita ikut, mana yang tak baik kita tinggalkan. Tetapi nampak sangat jawapan itu tidak menjawab soalannya secara spesific malah semakin membuatkan dia keliru...It's okay, saya masih boleh handle..


Keadaan ini mengingatkan saya dengan lirik lagu Laskar Cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia... Lagu ini pernah menjadi kegilaan saya satu masa duhulu, bukan kata saya peminat Dewa tapi saya jenis suka layan lagu yang mempunyai lirik tersendiri, penuh makna dan mempunyai cerita di dalamnya lebih-lebih lagi cerita yang berkaitan diri sendiri.. Siapa penyayi lagu tersebut jatuh nombor 2, gituuuuu..

APA KAITAN LIRIK LAGU LASKAR CINTA DENGAN SENTIMEN KEBENCIAN?

Sebelum itu boleh dengar lagu Laskar Cinta di bawah :


Tahukah pembaca bahawa lagu Laskar Cinta diinspirasi dari surah-surah dalam Al-Quran iaitu al-Fajr (ayat 27), al-Maidah (ayat 120) dan al-Hujurat (ayat 13) iaitu seperti berikut:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

"Hai jiwa yang tenang," (QS: Al-Fajr Ayat: 27)

Wahai jiwa-jiwa yang tenang berhati-hatilah dirimu
kepada hati yang penuh dengan kebencian yang dalam
karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
di hati yang penuh dengan prasangka

laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati

laskar cinta ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua umat manusia

jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu

maka jangan pernah berharap Aku akan mengasihi
menyayangi manusia-manusia yang penuh benci seperti kamu

wahai jiwa jiwa yang tenang
jangan sekali kali kamu mencoba jadi tuhan
dengan mengadili dan menghakimi


لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
 "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS: Al-Ma’idah Ayat: 120)

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati


 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS: Al-Hujurat Ayat: 13)

bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati

bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata


PETIKAN SURAH AL-HUJURAT AYAT 9

Selain itu saya selitkan sedikit petikan surah al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud :

وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا‌ۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

Ayat 'berperang' bukan sahaja merujuk kepada peperangan tetapi kepada bermusuhan, memaki, berkelahi, bertikam-lidah atau apa sahaja yang boleh membawa kepada perbalahan. Jadi jika ada 2 kumpulan berselisih faham, berkelahi, mengutuk atau saling memaki hendaklah orang ketiga yang mempunyai kuasa / mendapat kepercayaan umum mencari jalan untuk mendamaikan 2 kumpulan tersebut bukan terus 'mencucuk', melaga-laga atau menyebelahi mana-mana pihak seperti yang berlaku kebelakangan ini. 

Malulah! Buruk orang tengok jika 'orang tua' mengherdik, memaki, menyindir dan apa sahaja yang seangkatan dengannya. Ianya bukan sikap yang baik dan boleh jadi contoh ikutan kepada belia, remaja dan anak kecil. Oleh itu, berubahlah kerana membenci bukan cara untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan..

Ingatlah : "jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya, maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu.."

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan. Semoga jadi ikhtibar kepada pembaca.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


24 comments :

  1. Lagu favorite arwah atok saya ni. Masa ni saya darjah 6, apa yg saya tahu layan muzik je. Rupanya deep juga makna disebalik liriknya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda belia Mayy 😊 terasa vateran sis 😉.. Itulah kadang-kadang lirik lagu ada maksud tersurat dan tersirat..

      Delete
  2. Betul la kak...sebenarnya semacam ada satu aura yang kurang baik dari si dewasa terhadap anak-anak kecil...seolah-olah sedang mencontohkan apa tidak sewajarnya..sedangkan anak-anak akan bertindak melalui apa yang dilihat,didengar dan dipupuk sedari kecil...hindari jiwa pemberontak...pupuklah jiwa pendamai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC.. Kalau dilihat memang buruk, malu, rasa sedih dan kadang kala macam hilang pertimbangan.. Diaorang tak boleh bersaing dengan sihat & seolah-olah yakin mereka mampu menongkat dunia 😫..

      Delete
  3. Yup betul saya setuju. Apa yang dilihat dari orang dewasa itulah yang bakal anak cucu cicit ikut. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly nadhie.. Orang dewasa menjadi contoh apatah lagi jika orang dewasa itu berpengaruh..

      Delete
  4. Mama setuju.. mama pun X suka Ada apa2 unsur atau sentiment negatif. Sebaiknya nak elakkan

    ReplyDelete
  5. lagu dewa semua ada lirik tersendiri.. suka juga lagu laskar cinta

    ReplyDelete
  6. Lama dah lagu ni tapi tak pernah terfikir dengan mendalam pasal lagu ni.. Thanks for the reminder and sharing, sis..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure dear 💕..
      Sharing is caring 😊

      Delete
  7. saya dulu ada terfikir yang lagu dewa ni mcm bunyi2 dri tafsiran quran, tak sangka betul jgk.
    zaman sekarang makin parah ibarat keharmonian dan kesejahteraan sudah lenyap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Najah 💕..
      Apa yang berlaku sekarang sangat dikesali 😥..

      Delete
  8. haah betul tu kak. zmn skrg ni takot sgguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anamizu, apatah lagi zaman generasi akan datang 😥..

      Delete
  9. lagu favourite ni sis LZ :) mendalam maksud dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too CR 💕..
      Indeed, bahasa tersurat dan tersirat sangat deep mesej yang disampaikan..

      Delete
  10. Perkongsian yang sangat bagus.. Lagu pun boleh menjadi medium mengingatkan..

    ReplyDelete
  11. Lama dah Siqah dengar lagu ni sis. Tapi kan tak pernah nak cuba fahami lirik lagu ni. Terima kasih sis sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas sis huraikan di sini mungkin lebih mudah faham Siqah, in shaa Allah 💕..

      Delete
  12. Kagum dengan awak LZ .... sampai begitu sekali telitinya. Kalau hakak suka suka jugak tapi main dengar je lah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin terikut-ikut dengan nature kerja kot Kak Nom, jadi setiap perkara mesti details, hehehe 😁

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


Designed For Lady In Red Planner | Copyright Reserved 2019