Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

RESEPI SUP KETAM SEDAP

RESEPI SUP KETAM SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Masak apa hari ini? Hari ini dalam meal planner saya tertera menu sup ketam. Jadi saya masaklah sup ketam untuk hidangan lunch hari ini.. Bila saya beli ketam, masakan yang akan muncul di fikiran ialah ketam masak sambal, ketam sweet sour, ketam masak sup dan ketam telur masin..

Disebabkan ada permintaan dari anak bujang, ketam masak sup maka seisi rumah makan sup ketam di tengah hari ini..

Resepi Sup Ketam Sedap

Walau pun masak sup ketam ini sangatlah mudah, tapi saya ingin juga kongsi Resepi Sup Ketam Sedap cara saya.. Ambil maklum, perkataan 'sedap' adalah subjektif, bergantung kepada representasi individu okay, hehehe

RESEPI SUP KETAM SEDAP
(cara saya)

Bahan-bahan
4 ekor ketam saiz sederhana - dibersihkan
2 biji kentang - dipotong kiub
Rempah tumis - optional
Sedikit garam
Minyak

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang kecil
2 cm halia
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan hiasan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara masak sup ketam
  
Cara-cara

1.  Tumis bahan tumbuk dengan api perlahan hingga garing dan naik bau.
2.  Masukkan air dan ubi kentang. Apabila ubi kentang hampir lembut, masukkan ketam.
3.  Masukkan garam dan serbuk perasa (optional). Untuk makluman, saya tak guna serbuk perasa.
4.  Biarkan reneh seketika sehingga ketam betul-betul masak.
5.  Sebelum hidang, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.

Selesai hidangan lauk hari ini.. Perkongsian idea kali ini ialah pertanyaan mengenai masak ketam.. 
Jika lauk ketam, anda prefer masakan apa? Kongsikan di sini untuk ilham masakan saya akan datang.. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Wasalam..

Regards,


Comments

  1. Replies
    1. Sedap tambahan pula makan tengah hari, pedas lada hitam berpeluh dibuatnya, hihihi

      Delete
  2. tak pernah makan sup ketam..biasa buat masak merah je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh I see.. Sis gee, ketam masak merah pun sedap πŸ˜‹..

      Delete
  3. huihh sedapnya LZ...makan panas2..mmg berpinggan2 nasi jadinya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, ralit makan sambil hirup kuah sup, hehehe 😁

      Delete
  4. Fav ana ni sis. Dah 2 minggu masak sup ketam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too Ana πŸ’•, samalah citarasa kita, hehehe 😁

      Delete
  5. sedapnya tu ketam..lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe bagi penggemar ketam masak apa pun sedap kannn Anum πŸ˜‰πŸ’•..

      Delete
  6. Ketam ni favourite suami husniey 😍
    Sebulan sekali mesti dia beli ketam walaupun sikit je. Suka masak ketam bersambal je. Makan bersama nasi putih.. Fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. My favorite too HH, suka sangat ketam tak kisah masak apa tapi ketam bermusim kann.. Bila lama tak makan gigih cari, hehehehe 😊.

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah lokman memang sedap 😊..

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah sedap dp, thanks πŸ˜‰πŸ’•

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah, thanks aswaleyla πŸ˜ŠπŸ’•

      Delete
  10. terliur!!! tapi takpernah makan lagi sup ketam hehe

    jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti Shafyqah cuba masak sup ketam, mana tahu suka 😊..

      Delete
  11. Sedapnya. Kalau buat sup mesti rasa lemak juicy kan. Sedal hirup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali KH, kuah dia manis rasa ketam, best! 😊

      Delete
  12. Sedapnya... lama tak makan sup ketam.. Dulu arwah tok selalu masak.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis suka sup ketam pun dari arwah nenek, sejak turun-temurun gitu πŸ˜‰..

      Delete
  13. sedapnyaaaa

    hi jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  14. Ketam favorite anak-anak Mrs. A.

    Kalau sup nak sedap lagi makan dengan cili kicap atau sambal belacan errmmm yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious sedap Mrs. A makan sup ketam dengan sambal, memang kick berpeluh dibuatnya πŸ˜‹..

      Delete
  15. Sup ketam ini mmg sangat bagus dan banyak khasiat. GV teringin nak buat sup ketam la nanti. Boleh follow resepi kak LZ. Hihi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV cubalah, in shaa Allah kena dengan selera. Thanks GV 😍..

      Delete
  16. Nampak.lazat ni. Mesti manis je rasanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali mamapp.. Kuah dia manis isi ketam, wangi dengan bau daun sup.. yummy! 😊

      Delete
  17. sedapnya..sangat suka ketam nak plk bila dibuat sup bertambah-tambah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too, sis pun suka sangat ketam..
      Sedap ketam kannn nia 😊..

      Delete
  18. segala jenis sup busyra suka. apatah lg sup ketamm. sedapnya akak.. rasa manis ketam tu. fuh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iskh memang sedap segala sup kannn Busyra kecuali sup ekor dan sup isi haiwan. Samalah kita. Bila tengok post ni teringin nak makan ketam lagi lah, hehehe 😁

      Delete
  19. Memang sedap weyh menghirup sup ditengah tengah hari. Ni faveret anak dara hakak ni LZ... Tp dia suka masak lemak. Jarang sangat buat masak sup cenggini. Kalau makan kat Umbai suka order Ketam goreng berempah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak ketam best jugak Kak Nom.. So far LZ belum pernah order ketam goreng rempah kat Umbai or mana2 tempat, nak cubalah satu hari nanti, yummy! πŸ˜‰

      Delete
  20. Sup ketam nie bagus orang yg saspek denggi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…