Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

RESTORAN PERIUK BELANGA, KELANA JAYA.. MAKAN APA BEST?

RESTORAN PERIUK BELANGA KELANA JAYA, MAKAN APA BEST? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah selesai sudah misi saya untuk tukar tayar kereta pada Sabtu lalu.. Tayar kereta sudah haus dan perlu diganti.. Gigih dari Seremban ke Klang awal pagi untuk elak jalan jam. Selesai semua urusan lebih kurang 12.20 tengah hari, tiba lunch hour. 

Dari Klang saya meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya.. Apabila tiba di Kelana Jaya seperti biasa restoran yang menjadi pilihan untuk lunch ialah Restoran Periuk Belanga.. So far segala makanan yang ada di restoran ini memenuhi citarasa saya.. Kunjungan pertama saya pada 5.12.2014 dan saya pernah kongsi review secara details di blog lama..


Restoran Periuk Belanga, Kelana Jaya
Jadi saya kongsi review terkini di blog ini secara ringkas.. Beginilah rupa hiasan dalaman Restoran Periuk Belanga, bersih dan teratur.. Mungkinkah juga kerana warna tema restoran ini hitam merah iaitu warna kegemaran saya? hehehehe

Susun atur dalam restoran
Memandangkan ketika saya singgah di sini hujan gerimis maka terasa sejuk dan lapar jadi saya order teh tarik manakala ice coffee for my husband..

Coffee ice dan teh tarik
 Saya order soto dan asam pedas ikan tenggiri for him..

Soto dan Set Asam Pedas Ikan Tenggiri
Oleh kerana lapar tahap mengiggil, so gambar pun blurr..

Soto
Nampak sedap set asam pedas ini disertakan sekali telur masin dan ulam.. Sambal pun pedas tapi sedap.

Set asam pedas ikan tenggiri
Sepotong ikan dan bendi sebagai aksesori.. Terasa pedas dan masam sekata, bau daun kesum dan bunga kantan, menyelerakan!..

Asam pedas ikan tenggiri
Ini pula hidangan yang dipesan oleh anak bujang. Dia pesan nasi goreng daging kunyit kegemarannya.

Nasi goreng daging kunyit
Pesanan dibuat awal tetapi waiter terlepas pandang so dia dapat lambat.. Lepas setengah jam menunggu nasi goreng dia sampai, air barli suam dah habis segelas..

 

Overall saya suka makan di sini.. Service juga okay.. Harga pun berpatutan.. Review makanan lain seperti masak lemak, ayam penyet, mee semua kata sedap.. Ada shell out juga... Boleh google untuk dapatkan info makanan lain di restoran ini.. 

Kepada sesiapa yang berdekatan atau berada di Kelana Jaya boleh singgah di Restoran Periuk Belanga untuk rasa sendiri makanana di sini..

Lokasi Restoran Periuk Belanga



Ini sahaja perkongsian saya.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,





Comments

  1. Makanan dia nampak sedap2 terutama soto tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Miss Tins, so far semua makanan menepati citarasa saya.. Terbukti sedap 😊

      Delete
  2. macam sedap je makanannya.. boleh lah Nurul try nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat dialu-alukan Nurul, at least puas hati kannn dapat rasa sendiri 😊..

      Delete
  3. Nasi goreng nampak sedap tu kak...alhamdulillah sabar anak akk menanti menu yg di pesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, akak dikurniakan anak yang tak banyak ragam..
      Arief kata pun sedap nasi goreng dia tak sia-sia tunggu lama, makan habis licin. Memang betul lapar PC, hehehe

      Delete
  4. Tak pernah masuk ke kedai ni. Ada beberapa cawangan rasanya kedai ni sis. Boleh cuba sebab ana memang fav asam pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cawangan dia area Johor tak silap sis.. Sis recommend Ana cuba asam pedas bila makan di sini 😉

      Delete
  5. Time lapar dan dahaga ni...tengok air pun sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloloooo cian WB.. Bertabah tau 😉 hehehe

      Delete
  6. laparrr baca entri akak pukul 1 ni. haha. fevret asam pedasss..

    ReplyDelete
  7. Nama restoren periuk belanga semua makanan pun masak dalam belanga kot ngeh! ngeh! ngeh!

    Asam pedas ikan tenggiri tu namapak mereciks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot Mrs. A sebab rasa sangat masakan tradisional 😉..

      Asam pedas dia pada LZ memang mables semua cukup rasa, hehehe

      Delete
  8. Nampak sedap makanan kat situ. Kat Shah alam Ada cawangan x? Mcm pernah dgr la kedai ni Di Shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Branch Shah Alam tak pasti mamapp.. Kalau mamapp pi Paradigm Mall boleh singgah sini.. Restaurant depan post office Kelana Jaya area shop lot Bank Islam 😉..

      Delete
  9. Memang betul betul menggigil tu nampaknya haha....
    Kalau dah sedap, dari jauh pun sanggup singgah lagi restoren yang sama kan LZ.
    Restoren masakan Johor ke LZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Kak Nom padahal kat Klang banyak restoran jugak tapi prefer makan sini sebab dah biasa.. Ha'ah Kak Nom speciality masakan Johor tapi masak lemak dia pun boleh tahan jugak macam masakan Nogori 😊..

      Delete
  10. sedapnya, terliur sha petang petang macam ni haha handsome anak bujang akak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai cian, tentu Sha tengah lapar, hehehe 😁

      Ops jangan sampai dia tahu ada org puji dia hensem, nanti dia terus tengok cermin 😉..

      Delete
  11. Lamanya tak makan bihun sup.. sedapnya nampak.. hurmm.. Paling sedap tgh air tu.. Haha.. Adoilaaaa... dahaganyaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Lea.. Ada peluang nanti Lea order atau buat bihun sup okay 😉.. Minuman berais mmg sedap kena pulak cuaca panas, fuhhh 😁..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…