Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Diharapkan agar pembaca semua sentiasa beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu. Entri kali ini kategori pesanan khidmat masyarakat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Umum mengetahui bahawa jenayah ada di mana-mana tetapi sejauh mana tahap kesedaran kita tentang kes jenayah yang sering berlaku di sekeliling kita terutamanya kepada kaum wanita..

 

Biasanya wanita yang duduk di sebelah pemandu akan meletakkan beg di atas riba. Kita rasa dah cukup selamat dengan cara ini kerana berada dalam kereta berkunci dan pemandu ada di sebelah. Tahukah pembaca bahawa terdapat banyak kejadian samun beg atas riba? 

Kes jenayah begini sebenarnya telah banyak kali berlaku di Petaling Jaya pada tahun 2011 dan di Seremban pada tahun 2014 dengan modus operandi yang sama. Baru-baru ini berlaku lagi di Seremban, seperti article di bawah ini: 

 



Kebanyakkan kes yang berlaku ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat. Pelaku pula mereka yang menaiki motorsikal bersama pembonceng.  Jadi berwaspadalah jangan sesekali 'mendedahkan' beg tangan anda dari pandangan umum dalam kenderaan. Tak siapa sangka kes begini boleh berlaku..

PENGALAMAN SENDIRI

Saya nyaris menjadi mangsa tetapi tak sampai tahap memecahkan cermin kereta. Ketika itu saya baru sahaja selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank di Seksyen 7 Shah Alam dan selepas itu menuju ke Subang Jaya. Ketika berhenti di traffic light Taman Sri Muda, tiba-tiba cermin kereta di bahagian penumpang (tempat duduk saya) diketuk oleh 2 orang penunggang motorsikal. Penumpang motorsikal di belakang menunjukkan secebis kertas untuk bertanyakan alamat dan 'memaksa' saya menurunkan cermin kereta. Saya tak berfikir panjang dan niat untuk menolong terus menekan butang untuk menurunkan cermin kereta tetapi baru sahaja suku cermin diturunkan, husband saya tegur supaya jangan berbuat demikian. Saya langsung membatalkan niat untuk  berkomunikasi dengan motorist berkenaan dan membiarkan sahaja mereka hingga tidak lama kemudian lampu isyarat bertukar hijau.

Husband kata kalau  memang betul mereka ingin bertanyakan alamat, mengapa tanya kepada penumpang tentu sekali akan bertanyakan kepada pemandu. Tapi berbeza dengan apa yang berlaku. Penunggang motorsikal itu juga kelihatan agak mencurigakan.. Tanpa sedar rupanya saya sedang riba handbag saya ketika itu. Kebetulan, jika kita sedang membawa wang tunai dan barang berharga dalam beg secara tak langsung kita susah untuk melepaskan beg dari tangan, betul tak?. Jadi ubah cara kita, letakkan beg di bawah kaki dan barang berharga tersorok dari pandangan umum. Walaupun berada dalam kenderaan, belum tentu kita selamat kerana penjenayah sentiasa 'berusaha' untuk mencapai motif mereka tak kira bagaimana cara sekalipun.

Bila tahu modus operandi mereka begitu secara tak langsung timbul rasa takut. Jadi sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.. 

Begitulah pesanan kasih sayang yang ingin disampaikan.. Rakan bloggers lain andai ada pengalaman sendiri boleh juga share di ruangan komen untuk peringatan bersama.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,