Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ambil cuti tahun untuk berehat sementara tiada kerja yang mendesak di pejabat di samping menemankan anak saya di rumah. Semalam saya bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa bapa saya dimasukkan ke hospital..

Saya pernah cerita kisahnya : Bila Emosi Terganggu, Hilang Focus

 
Pagi kelmarin beliau hampir pengsan kerana terlalu lemah akibat kekurangan gula dalam darah atau hipoglesimia.  Akhirnya beliau surrendered dan setuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hasil pemeriksaan doktor mendapati kadar gula dalam badan masih terkawal tidak terlalu tinggi dan tiada masalah pada tekanan darah, jantung dan sebagainya, syukur alhamdulillah. Sehingga kini beliau masih lagi ditahan di wad dan menunggu proses membersihkan luka di kaki. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti biasa..

Semasa beliau berehat dan sesekali melelapkan mata, saya lihat raut wajahnya penuh sayu.. Wajah yang dahulu ceria menghiburkan anak cucu kini sugul.. Beliau nampak sudah tua dan agak uzur sesuai dengan usianya 68 tahun.. Sedih, hanya itu sahaja perkataan yang mampu saya ungkapkan ketika itu.. Air mata tak dapat dibendung sepanjang hari, pantang saya terfikir tentangnya, pasti mengalir laju..


Begitulah kitar kehidupan, semasa saya di alam persekolahan beliau sibuk bekerja membanting tulang demi memastikan anak-anak dan keluarga hidup selesa. Kemudian saya sudah tidak lagi tinggal bersama keluarga di awal usia 18 tahun, saya sibuk dengan pelajaran dan membina kerjaya, hanya sesekali berpeluang berjumpanya. Setelah itu saya mendirikan rumahtangga, kini sibuk pula dengan tugas dan kehidupan bekeluarga, dalam tak sedar beliau sudah tua dimamah usia.. Saya pasrah dan akur dengan segala ketentuanNya.

Doa saya semoga orang-orang yang saya sayangi dlindungiNya selalu.. Dijauhkan dari segala kesengsaraan dan perkara yang tidak diingini..  Kepada adik-adik yang masih muda atau pembaca yang masih mempunyai ibu bapa, hargai setiap masa yang ada bersama mereka, benarlah seperti yang dinyatakan dalam quote di atas : "Ketika kita sibuk membesar (sibuk dengan kehidupan) kita selalu terlupa bahawa mereka pula semakin tua.."

Kalau diikutkan saya masih lagi bertuah kerana umur masuk 40 tahun masih mempunyai ibu bapa berbanding  rakan-rakan kenalan saya yang lain. Sesungguhnya peraturan hidup ini rahsiaNya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. 

Sekian sahaja entri saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.
Wasalam & have a good day everyone!

Regards,