Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ini, minggu lepas saya dilanda demam panas dan tekak pun meragam dek sore throat, terasa pedih.. Lidah pula tak dapat merasa makanan yang masuk ke tekak.. Jadi saya perlu makan sesuatu yang masin dan pedas untuk merangsang deria rasa dan kembalikan semula selera. Kebetulan stok udang segar masih ada dan keluarga dari Muar ada bekalkan telur masin yang superb quality. Isi dan kuning telur yang lembut dan cantik.. Apalagi Udang Goreng Telur Masin menu yang paling sesuai..

Tapi jangan pula terkejut kerana resepi saya sangat simple, boleh katakan resepi orang sakit tapi hasil kejadian tak menghampakan tau.. Jangan pandang sebelah mata, walaupun hodoh tapi rasa dia yummeh!

Jom kita tengok resepi :

Resepi Udang Goreng Telur Masin

RESEPI UDANG GORENG TELUR MASIN SIMPLE DAN SEDAP
(cara saya)

Bahan-Bahan

20 ekor udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kari ikan
Sedikit minyak 
Sedikit butter - optional
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili padi - potong 
1 biji telur masin rebus - buang kulit dan dihancurkan 
1 sudu kecil gula
2 tangkai daun kari

Cara-cara

  • Bersihkan udang dan lumur dengan garam dan kari ikan.
  • Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, kemudian angkat dan toskan.
  • Lebihan minyak tadi tinggalkan lebih kurang 1 sudu besar atau cairkan butter jika tidak mahu menggunakan minyak.
  • Apabila minyak / butter telah panas,  masukkan bawang putih, goreng hingga wangi disusuli pula daun kari dan cili padi.
  • Kemudian masukkan telur masin yang telah hancur.
  • Akhir sekali masukkan udang. Kacau seketika sehingga semua bahan sebati.
  • Padamkan api dan siap untuk dihidang.
Walaupun derhaka kepada resepi asal Udang Goreng Telur Masin tetapi tak ku sangka hasil kejadian sedap, memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Tak percaya cubalah sendiri, hehehehe


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,