Sunday, 16 December 2018

BERAKHIR SUDAH PENANTIAN PENUH DEBARAN

Sunday, December 16, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah, penantian dan debaran sudah berakhir.. Baik debaran ibu atau anak.. Al-kisah anak request berkhatan tahun ini.. Malu katanya sebab semua kawan-kawan dah berkhatan..Jadi pada 15hb. Disember 2018 lalu buat appointment di Poliklinik Dr, Azhar & Rakan-Rakan di Dataran Centrio Seremban 2. 

Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan
Pagi itu seawal 10.00 pagi selepas breakfast terus ke klinik dengan membawa sehelai kain pelikat dan MyKad.. Bayaran dikenakan RM130.00, berkhatan cara lazer. Masa pergi ke klinik bukan main excited so saya pun rasa confident Arief boleh lalui semua proses berkhatan dengan baik..

Ubat selesai berkhatan
Tempoh masa tak lama not even 1 hour dah selesai tiba di rumah.. Sampai sahaja di rumah Arief menangis bercucuran airmata sambil kata : "Sakit.. sakit... pedih... huhuhhu"

Ya Allah perasaan saya ketika itu tak tahu kata apa.. Kesian sebab saya tahu Arief sangat tahan sakit sejak kecil lagi.. Jadi bila dia kata sakit memang sakit yang tak dapat ditahannya.
Doctor ada beritahu selepas setengah jam proses berkhatan akan rasa sakit untuk tempoh lebih kurang 2 jam walaupun ubat tahan sakit telah diambil sejurus sahaja proses khatan selesai.. Jadi melalui tempoh 2 jam itu satu tempoh masa down pada saya bila lihat anak menangis teresak-esak.. Perasaan mak tak cukup kental.. 

Peringatan dari Poliklinik Dr. Azhar dan Rakan-Rakan
Selepas tempoh itu semuanya kembali sediakala.. Takde lagi rasa sakit kecuali kurang selesa dengan pergerakan yang terhad tambahan pula berkain pelikat. Appointment akan datang pada hari Selasa nanti untuk doktor check sama ada terdapat infection atau sebaliknya..

Alhamdulillah hari ini sudah sehari berlalu.. My husband in-charge semua fasa selama menjaga Arief.. Saya hanya memantau dan menyediakan makan minumnya selama tempoh berpantang.
Semua sudah berlalu, syukur alhamdulillah..

Begitulah pengalaman saya yang ingin diabadikan di sini..


Thank y ou for reading.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Bye


Regards,


Friday, 14 December 2018

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner

Friday, December 14, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini..
Kita sudah berada di bulan Disember iaitu bulan terakhir dalam tahun 2018. Lama tak buat Giveaway. Jadi sudah tiba masanya blog Lady in Red Planner menganjurkan Giveaway..
Harap dapat sambutan..

Giveaway by Lady in Red Planner
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Follow blog ini, Lady in Red Planner
2. Buat satu entry / blog post bertajuk 'Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady in Red Planner'.
3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.
4. Like dan share Facebook Page Lady In Red Planner di Facebook anda
5. Follow Instagram @ladyinredplanner, Twitter @ladynredplanner (optional) dan Google+ blog ini
6. Like post Giveaway ini di Instagram @ladyinredplanner dan tag sekurang-kurangnya seorang rakan anda. Lebih pun okay..
7. Siap semua, publish entry jangan lupa submit link blog post giveaway anda dalam ruangan komen di bawah entry ini dengan format berikut :

URL Penyertaan :
Instagram :
Twitter :
Facebook :

HADIAH
Pemenang 1 hingga 4 akan memenangi Mini Designer Perfume.
Seorang pemenang Hadiah Misteri.


TEMPOH PENYERTAAN
14 Disember 2018 hingga 23 Disember 2018

Keputusan akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan. Pemenang bertuah akan diumumkan dalam Instagram dan di blog ini. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang.

Itu sahaja.. Semoga giveaway ini mendapat sambutan dari pembaca sekelian..
 Have a wonderful day everyone. Good luck!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Bye..


Regards,


Sunday, 9 December 2018

KEMASKINI BLOG POSTCARD : LOVE MY HAPPY MAIL

Sunday, December 09, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Didoakan semua beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.. Semasa saya menaip entry ini hujan lebat di luar, layan lagu My Chemical Romace (I did informed you all on my Instagram that I'm the big fan of MCR songs).. Banyak syiok lupa esok kerja, huhuhu

Hari ini saya kongsi aktiviti utama hujung minggu ini sejak semalam.. Aktiviti update blog Love My Happy Mail.. Banyak sangat incoming postcards minggu ini lanjutan dari postcards yang saya hantar tempoh hari. Saya ada kongsi di entry ini : Postcards Penpals, Khabar dari Russia

Postcard from Bulgaria
Ini antara postcard saya terima minggu ini iaitu dari Hristina di Bulgaria.. Selain itu dari beberapa kawasan di USA, Russia, United Kingdom, Porttugal, China, Germany dan Thailand.

My postcards collection
Postcards from penpals
Pelbagai jenis postcards dari beberapa buah negara. Apa yang membuat saya teruja ialah gambar tempat-tempat menarik di negara mereka. Al-maklum, mustahil untuk saya pergi melawat negara mereka, jadi melalui postcards saya dapat khabar mereka.

Postcards from penpals
Mereka menceritakan keadaan di sana seperti hobi, current weather dan aktiviti yang dilakukan. Bila baca setiap postcards, terasa seronok. For me, postcards help to create connections to places in a personal way. Bila terima postcards dari satu tempat yang tak pernah saya jejak ditambah pula dengan personal note of endorsement from a friend.. susah untuk gambarkan perasaan itu.

Postcards from China and Germany
 Postcard juga boleh mengubah mood saya, hehehe.. Saya guna alamat office, so bila mood agak tegang, dapat postcard terus mood happy.. Ia datang tanpa diduga.. From that moment bila saya lihat gambar postcard, tak sabar-sabar perasaan ingin tahu dari siapa dan dari negara mana. Lepas tu baca sambil tersenyum..

Contoh postcard di bawah ini dari Sandy di Oxford United Kingdom..

Postcard from Sandy in United Kingdom
Postcards from penpals
Selain postcards dengan gambar tempat-tempat menarik di seluruh dunia, saya juga pengumpul setem.  Banyak setem-setem menarik dengan pelbagai bentuk unik dan cantik dari seluruh dunia.. 

Stamps of USA
Contoh seperti di bawah ini, pelbagai jenis setem dari beberapa kawasan di Russia.

Stamps of Moscow, Russia
Stamps of Kazan, Russia
Stamps of St. Petersburg, Russia
Sejak semalam saya bersungguh-sungguh update postcards di blog Love My Happy Mail, malangnya belum siap sepenuhnya.. Masih berbaki lebih kurang 40 keping postcards belum update, sigh - *semput*..

Related post : Blog Postcard Terabai

Walaupun masih belum complete sepenuhnya, saya akan update dan berusaha untuk melengkapkan semua koleksi postcards yang ada dari semasa ke semasa. Saya sangat mengalu-alukan pembaca blog ini untuk singgah di blog postcards saya : Love My Happy Mail..
Thank you in advance..




Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Have a great day!
Sekian, wasalam..



Regards,


Thursday, 6 December 2018

MENGAPA PERLU SOMBONG?

Thursday, December 06, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari-hari yang saya lalui minggu ini berjalan dengan lancar.. Segala tugasan pejabat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan..

Hari ini saya menghadiri satu kes mediasi (mediation) di Mahkamah di mana saya mewakili majikan sebagai Plaintif.. Kes ini sudah diputuskan untuk bicara tetapi YA Hakim berpendapat bahawa ianya boleh diselesaikan melalui proses mediasi.. Ini merupakan tarikh mediasi kedua. Pada tarikh mediasi pertama, Mahkamah tidak dapat meneruskan kes kerana tiada wakil pembuat keputusan ("decision maker") di pihak Defendan. Maka, hari ini saya sedia dengan kes ini, begitu juga Defendan. Defendan membawa seorang pembuat keputusan berjawatan Managing Director berpangkat Dato'..

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukan proses mediasi yang berlaku hari ini tetapi saya ingin highlight tentang perangai atau sikap seorang bergelar Dato' yang begitu arrogant (bukan semua)... Alahai bukan Dato' glamour pun sekadar Dato' yang mempunyai syarikat hampir gulung tikar, whoops! Frankly speaking saya tak pernah jumpa manusia yang begitu sombong sepertinya.

Credit to Google
Pada pembukaan proses mediasi YA Hakim akan meminta setiap pihak mengemukakan hujahan masing-masing.. Hujahan yang dikemukakan oleh Dato' ini langsung tak mempunyai fakta tetapi semuanya berunsur dakwaan (allegation).. Bila pihak Plaintif membalas semua kenyataannya dengan fakta dan evidence, Dato' mula menggelabah dan tukar topic lain yang mana memang langsung takde kena mengena dengan nature of claim. Namun tetap kena dengar demi peluang dan keadilan kedua-dua belah pihak.. Itu belum lagi memalingkan muka dan memandang sinis.. Oooohh I cannot brain!

Dalam hati saya : "Oh mungkin dia sombong sebab ada driver dan bodyguard kot.." Padahal statement itu sekadar mematikan fikiran yang sentiasa mencari sebab mengapa perlu sombong begitu rupa..

Itu hanya sebahagian, selebihnya tak dapat saya zahirkan di sini.. Masih terbayang riak muka sombong, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua berunsur tuduhan membabi-buta, tuduhan tak berasas dan sekadar ingin melepaskan kesalahan sendiri kepada orang lain. 

Jangan sombong
Dalam fikiran, tak terjangkau dek akal saya sedang berdepan dengan bangsa sendiri yang menganggap seolah-olah matinya nanti membawa gelaran dan jawatan ke liang lahad.  Apa yang saya tahu melalui pembacaan, orang yang sombong itu selalunya menyembunyikan kelemahan diri.. 

Mungkin juga dia sedang diuji dengan pangkat dan kemewahan. Tak tahu bagaimana pula kita nanti bila diuji sepertinya.. Jadi untuk mengelakkan dari lupa diri maka saya abadikan peristiwa hari ini di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada pembaca blog ini..

 Apalah yang ingin dibanggakan, kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita.. Kalau kita bijak ada orang lebih bijak dari kita.. Kalau kita berjawatan tinggi, ada orang lain lebih hebat dari kita dan seterusnya.. Ingatlah segala yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman dan bersifat sementara.. Atas sebab itu saya tak boleh hadam mengapa perlu sombong?

Namun begitu, saya jadikan setiap yang berlaku sebagai cermin diri untuk lihat kepada diri saya sendiri.. Tanya pada diri sendiri : Aku pernah buat perangai camni kah? Jika tidak, mohon dijauhkan dan ambil pengajaran setiap yang berlaku untuk ubah diri kepada lebih baik.



Okay setakat ini sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, 3 December 2018

SAKIT MENTAL : DISORGANIZE BEHAVIOUR

Monday, December 03, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua.. 
Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi kes jenayah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam awal tahun 2018 ini.. Kes ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada kita semua terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja, bimbang terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan ubat-ubatan terlarang..
PERTUDUHAN
Pertuduhan dibaca ke atas Orang Kena Tuduh (OKT) / Responden -

“Bahawa kamu pada sekian tarikh jam lebih kurang 11.00 pagi di alamat Bandar Mahkota Cheras, Kajang, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor, dengan niat telah melakukan kesalahan bunuh sehingga menyebabkan kematian Yati (bukan nama sebenar) dengan menggunakan senjata pisau. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.



Seksyen 302, Kanun Keseksaan :

"302. Punishment for murder
Whoever commits murder shall be punished with death."


Kes Jenayah - Akibat Ecstasy
FAKTA KES
Responden dalam kes ini adalah wanita, bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke. Dia tinggal bersama 6 orang rakan lain dalam sebuah rumah 2 tingkat. Rakan serumah antaranya May dan Yati (si mati).
Pada satu hari, selepas sarapan pagi May naik ke bilik atas untuk berehat. May nampak si mati sedang tidur di bawah tangga. Dalam masa yang sama, May juga nampak Responden sedang turun tangga dari bilik di tingkat atas. 
Selepas lebih kurang 5 minit, May terdengar jeritan dari si mati yang mengatakan : "Mengapa kamu hendak bunuh saya?"
May segera lihat ke bawah untuk memastikan apa sebenarnya berlaku. May nampak Responden sedang memegang 2 bilah pisau di tangan kiri dan kanan. Sebilah pisau telah mengelar sebelah kiri leher si mati manakala sebilah pisau lagi digunakan menikam bahagian belakang si mati berulang kali.
Selepas melihat keadaan demikian, May ketakutan dan kembali ke biliknya dan dia memaklumkan kejadian itu kepada Christine. Christine dengan segera telah membuat panggilan kepada Michelle meminta pertolongan. Selepas 10 minit Michelle datang bersama abang iparnya dan naik ke tingkat atas. May turun membuka pintu untuk membolehkan mereka masuk. 

Sementara itu Responden berjalan mundar-mandir di sisi si mati, May nampak Responden duduk di sisi si mati yang sudah tidak bergerak. May juga terdengar Responden bertanya kepada si mati mengapa si mati masih tidur. Selepas itu Responden ketawa. Ada kalanya Responden diam dan duduk di tempat yang sama tetapi tidak memegang sebarang senjata. 
Abang ipar Michelle telah membawa si mati ke dalam kereta. Rakan serumah yang lain turut mengikuti kenderaan abang ipar Michelle ke Hospital Sg. Long, Kajang. Mereka membiarkan Responden sendirian di rumah tanpa mengunci rumah berkenaan. Si mati disahkan meninggal dunia 30 minit selepas tiba di hospital. 
Pada pukul 2.28 petang seorang Pegawai Penyiasat diberitahu tentang kematian si mati. Pegawai Penyiasat tersebut dan seorang jurugambar polis bergegas ke Hospital Sg. Long.
Pakar Pathologi hospital, ditugaskan membuat bedah siasat terhadap mayat si mati. Beliau mengesahkan bahawa si mati telah meninggal dunia akibat dikelar pada leher. Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa luka tikaman pada badan mangsa tetapi punca utama kematian adalah disebabkan oleh kelaran pada leher yang mengenai carotid artery.



PERTUDUHAN 

Responden dipertuduh dengan kesalahan membunuh seorang yang bernama Yati (‘si mati’) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa punca utama kematian adalah luka tikaman pada leher si mati dan bahawa daripada laporan ahli kimia. Ia juga adalah keterangan saksi bernama May bahawa selepas kejadian itu, dia mendengar tertuduh menanya si mati mengapa si mati tidur. Hujahan tertuduh adalah berdasarkan atas pembelaan hilang akal dan bagi tujuan ini pembelaan telah memanggil dua saksi iaitu Responden dan doktor perubatan (‘SD2’). Responden memberi pernyataan bertulis yang tidak bersumpah daripada kandang. Responden menyatakan bahawa dia sebelum ini telah mendapatkan rawatan tradisional kerana dia selalu berasa bahawa seseorang hendak membunuhnya. Responden memberi keterangan bahawa, pada hari kejadian tersebut dia mengambil pil khayal dan membunuh si mati, tetapi masih binggung terhadap apa sebenarnya yang telah berlaku. 

Isu-isu untuk keputusan mahkamah adalah: 

(a) sama ada Responden adalah seorang yang tidak sempurna akal; 
(b) sama ada SD2 adalah saksi yang boleh dipercayai; dan 
(c) atas tingkah laku Responden di tempat kejadian tersebut.

PEMBELAAN OKT / RESPONDEN
“Nama saya Ling. Umur saya 32 tahun. Saya dulu bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan. 
Dulu saya banyak minum arak dan ambil dadah. Saya ambil pil ‘ecstasy’. Saya selalu sakit dan rasa takut, perasaan saya selalu terganggu. Saya ada masa rasa sangat suka dan ada masa rasa sangat sedih dan takut.
Saya selalu rasa macam ada orang mahu membunuh saya dan saya dalam bahaya. Saya tak boleh tahan dan saya ada mendapatkan rawatan tradisional.
Selepas satu bulan, saya rasa saya boleh kerja semula. Mula-mula saya tak sakit, tapi lama-lama, saya rasa macam gangguan emosi lagi, saya perasaan bahawa saya macam dengar ada bunyi dalam kepala saya, saya selalu nangis dan tak mahu campur kawan-kawan lain.
Sekali lagi, saya ambil pil ecstasy setiap malam, saya juga tak boleh tidur malam. Saya selalu bangun malam, jalan-jalan dalam rumah saya. Saya selalu mimpi macam-macam perkara yang menakutkan.
Pada hari saya bunuh Yati, saya hanya boleh ingat, saya bangun tidur, saya dan May sudah ubah jadi hantu.
Saya dengar macam-macam suara dalam kepala saya dan saya tengok, saya mesti mahu bunuh Yati supaya itu hantu boleh mati dan saya perlu bunuh Yati untuk bukti sama ada Yati betul-betul sudah jadi hantu.
Saya masuk dapur untuk ambil dua pisau, tapi saya tidak mahu bunuh, saya jalan-jalan dalam ruang dapur dan ruang tamu.
Saya sangat runsing saya dengar macam-macam suara dan lihat macam-macam orang. Saya takut, saya ada naik tangga mahu masuk bilik, tapi saya tak tahu kenapa, saya tak masuk bilik, saya turun balik, saya terus pergi dekat Yati dan saya tikam dia.
Itu sahaja saya ingat, tapi saya selepas itu ada panggil dia supaya bangun dari tidur. Saya tengok banyak darah. Saya duduk dengan Yati, saya panggil dia lagi. Saya ada cakap dengan kawan lain, tolong panggil Yati suruh bangun mahu keluar, tapi mereka lari.
Saya sehingga beberapa hari, saya tak ingat saya sudah tikam mati Yati. Saya jerit, nangis bila tahu dia sudah mati. Saya kawan baik dia, kami kerja di tempat yang sama dan tidur bilik yang sama. Sehingga hari ini, saya sedih dan keliru apa yang telah berlaku.
Itu sahaja saya mahu cakap.

RAYUAN
Pihak Pendakwaraya membuat kesimpulan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Responden gila pada masa dia membunuh si mati. Ianya hanya boleh dibuktikan dengan pengesahan dari orang yang rapat dengan Responden dan/atau psychiatrist.
Soalan Timbalan Pendakwaraya (TPR) kepada Doktor Pakar Psychiatrist (SD2) :
“TPR: Saya rujuk kepada report doktor, dalam kesimpulan ini, setuju doktor nyatakan di sini, Cik Ling dia tidak menghadapi penyakit mental yang serius?
SD2: Saya setuju bahawa saya menulis ayat ini. Saya setuju.
TPR: Dan ini adalah hasil daripada pemerhatian dan juga doktor punya kajian terhadap pesakit sepanjang pesakit berada di bawah tahanan Hospital Bahagia, setuju doktor?
SD2: Saya setuju bahawa saya telah menulis ayat ini tapi di sini saya mungkin terangkan. Saya perlu terangkan, Yang Arif bahawa di dalam psychology world, language orang-orang psikiatri ini apabila kita cakap penyakit mental yang serius ini kita maksud tiga penyakit yang saya cakap tadi itu.
YA Arif : Itu maksudnya.
SD2: Skizofrenia, bipolar mood disorder and depression. So, this was the message yang ditulis di sini. Iaitu bukan tiga penyakit mental yang serius.
YA Arif : Maknanya tidak menghidapi penyakit mental yang serius dalam laporan ini bermaksud bukan tiga penyakit tadi?
SD2: Kita bukan cerita pasal tahap. We’re not talking about tahap serius tak serius, kan? Yang tadi itu cerita mengenai tahap.
YA Arif : Yang saya faham tahap disoal tadi.
SD2: Itu semua tahap.
YA Arif : Yang dimaksudkan di sini bukan tahap. Bukan tiga tadi?
SD2: Bukan.

SOALAN DARI KETUA HAKIM :
“S: Masa kamu turun, kamu tengok ada si mati dengan orang yang mati itu dengan OKT di bawah tangga, keadaannya macam mana? Berapa jarak... kedudukannya macam mana masa itu?
J: Yang mati itu tidak boleh cakap apa-apa. Masa itu yang mati itu tidak boleh cakap apa- apa. Masa itu OKT pun duduk sebelah yang mati itu dan cakap, kamu tidur ke, kenapa tak bangun. Lepas itu OKT pun sama gelak juga selepas itu. Dia laugh.
Peguam : Gelak.
YA Hakim : Gelak?
J : Ya Yang Arif.
YA Hakim : Ketawa?
J: Dia ketawa yang mati itu.
YA Hakim : OKT ketawa kepada si mati?
J: Ya Yang Arif.
S: Masa itu ada dia pegang apa-apa senjata?
J: Tangan OKT tidak pegang pisau lagi. Dia letak pisau dekat sebelah dia.

SEMASA PEMERIKSAAN-BALAS
“S: Ada tak sepanjang kamu serumah dengan dia kamu lihat perangai dia yang pelik?
YA Hakim : Yang pelik?
S: Yang pelik yang luar biasa seperti bercakap seorang nampak hantu.
J: Ya, saya nampak juga.
S: Saya nampak apa? Apa yang nampak tu?
J: Saya nampak OKT duduk blur selepas itu.
S: Duduk blur sahaja?
J: Ya duduk blur sahaja

YA Hakim : Duduk apa?
S: Duduk blur, dia duduk blur. Lepas itu?
J: Lepas itu dia gelak juga.
S: Ketawa.
YA Hakim : Dia ketawa?
J: Ya Yang Arif.
YA Hakim : Ketawa sendiri, seorang?
J: Sendiri, Yang Arif.
YA Hakim : Ketawa seorang diri?
J: Ya Yang Arif.
S: Selain itu ada tak OKT ada mengadu yang dia nampak hantu ataupun dengar suara?
J: Saya nampak juga ada masa itu OKT shouting.
S: Menjerit?
J: Ya, menjerit.
S: Dan setuju dengan saya, perangai dia memang pelik yang kamu lihat selepas itu. Dia bercakap seorang, bercakap dengan si mati, dia ketawa kepada si mati, setuju tak pelik perangainya itu?

Seterusnya kenyataan SD2 juga diambil perhatian. SD2 menegaskan bahawa pada masa pelakuan kesalahan itu, responden berada dalam keadaan ketidaksopanan dan dia tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan adalah bertentangan dengan undang-undang. Dalam keterangannya, SD2 menyatakan seperti berikut - 

PEMERIKSAAN YA HAKIM TERHADAP KETERANGAN DOKTOR PAKAR PSYCHIATRIST (SD2)

S: Terima kasih doktor. Saya merujuk doktor di bahagian kesimpulan, doktor. Doktor bacakan kepada mahkamah kesimpulan yang dibuat oleh doktor terhadap pemerhatian Cik Ling. 

J: Kesimpulan yang saya buat adalah setelah meneliti segala maklumat serta daripada pemeriksaan dan pemerhatian oleh saya, pegawai perubatan dan anggota-anggota paramedic, saya berpendapat bahawa Cik Ling tidak menghidap penyakit mental yang serius. Walau bagaimanapun, saya juga berpendapat bahawa semasa kejadian beliau berada di dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar bahawa perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang. Ini adalah disebabkan oleh gejala-gejala psikosis yang disebabkan oleh pengambilan dadah jenis ecstasy yang berterusan dan di masa saya menulis laporan itu keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan dan boleh membela diri. Itu sahaja, Yang Arif.
S: Doktor sangat pakar dalam perkara ini saya ingin bertanyakan satu soalan luar daripada report doktor. Adakah pengambilan ecstasy ini boleh menimbulkan gejala-gejala kesihatan seperti … of sleep, mood changes, interruption in feeding and sexual behaviour, psychotic disorder including depression, anxiety, imposivity, obsessive composite disorder dan kemungkinan major depression and schizophrenia. Adakah perkara- perkara ini boleh terjadi?
J: Apa yang disenaraikan tadi, Yang Arif adalah benar jika pengambilan itu berterusan.
S: Adakah doktor sahkan sepertimana doktor beritahu mahkamah tadi perkara-perkara yang boleh berlaku jika seseorang mengambil ecstasy berpanjangan? Perkara yang sama telah diceritakan dalam artikel tersebut.
Ketua Hakim : Let the doctor read first whether she agree or not. 

S: Itu soalan saya.
J: Yang Arif, apa yang ditulis di sini adalah kemungkinan menghidap gejala-gejala tersebut, bukan semua gejala-gejala tersebut.
Ketua Hakim : Jadi doktor setuju?
J: Saya setuju Yang Arif.

SEMASA PEMERIKSAAN-BALAS DOKTOR PAKAR PSYCHIATRIST (SD2) 
S: Macam mana tu?
J: Maknanya sebab seorang yang piskotik disebabkan ... orang yang psikotik sakit mental biasa dan orang yang psikotik disebabkan drug induce, dia symptom ada dua biasa ada iaitu halusinasi dan delusi dan disorganize behaviour. Dari dalam drug induce psikosis itu, dia punya disorganise behaviour lebih daripada general pesakit mental.

Diputuskan, membebaskan Responden

(1) Mahkamah mendapati bahawa Responden dengan kesan berterusan penyalahgunaan bahan sehingga mendapatkan rawatan tradisional telah berjaya memasukkan dalam pembelaan hilang akal kerana Responden telah dijejaskan oleh sakit mental ini apabila melakukan kesalahan. Ini adalah akibat pada masa material, Responden tidak faham sifat dan kesan tindakannya, seperti yang disokong oleh kenyataan May yang mendengar Responden menanya si mati mengapa si mati tidur. 

(2) Mahkamah berhak menerima pendapat SD2 dan laporan perubatan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta bertarikh 23 Februari 2015 atas nilai mukanya kecuali pihak pendakwaan telah memanggil pakar keterangan yang lain dalam mematahkan untuk menentangnya. Pegawai siasatan mempunyai tugas untuk menegakkan keadilan terhadap Responden sepanjang proses siasatan tersebut. Maka dikuti dengan penangkapan dan perekodan pernyataan, pegawai siasatan patut menghantar Responden serta merta kepada doktor-doktor perubatan untuk pemeriksaan. Kegagalannya tidak patut digunakan oleh pihak pendakwaan untuk mengadu dan digunakan bagi faedah pihak pendakwaan. 

(3) Atas isu Responden telah menyembunyikan pisau-pisau tersebut, pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti untuk mengesahkan bahawa ia adalah tingkah laku Responden. Keterangan pengelap lantai berada dalam baldi tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa ia adalah Responden yang menggunakannya untuk membersihkan tempat kejadian memandangkan terdapat kesan darah masih kekal di situ. Berdasarkan keterangan, mahkamah memutuskan bahawa Responden memang benar tidak memahami sifat tindakannya pada masa membunuh si mati dan oleh itu mahkamah memerintahkan Responden dibebaskan berikutan s 347 Kanun Tatacara Jenayah.

KESIMPULAN
Barisan YA Hakim berpuas hati dengan semua keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi dan telah membuat keputusan yang betul berdasarkan undang-undang terpakai serta keterangan yang dikemukakan di hadapannya dalam membuat keputusan untuk membebaskan Responden atas sebab gila seterusnya membuat perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Selanjutnya, rayuan pihak Pendakwaraya ditolak dan YA Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.  

YA Hakim memerintahkan Responden disimpan dalam jagaan selamat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, sementara menunggu perintah YM Sultan Selangor sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah.

Begitulah kisah bagaimana ecstasy mengakibatkan sakit mental hingga menjurus kepada pembunuhan. Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Walaupun agak panjang saya ingin pembaca tahu sedikit sebanyak proses perundangan di Malaysia dalam mengendalikan kes jenayah. Sesuatu keputusan dibuat bukan mudah kerana ianya melibatkan undang-undang yang perlu dicabar demi mencapai keadilan. Ianya melibatkan masa depan dan nyawa seseorang. 


Thank you for reading.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee.


Regards,


Saturday, 1 December 2018

Giveaway #1 by YEASLMN

Saturday, December 01, 2018

Assalamualaikum dan Happy Saturday kepada pembaca sekalian.. 
Hari pertama dalam bulan Disember ini saya mulakan post blog ini dengan sertai Giveaway #1 by YEASLMN. Ini merupakan pertama kali blog YEASLMN menganjurkan giveaway. Jika ditanya mengapa saya sertai giveaway ini? Jawapannya sudah tentu untuk support rakan blogger di samping syarat-syarat penyertaan juga mudah.. Bukan semata-mata kerana hadiah okay, ikhlas di hati ewahhh..

Okay tanpa membuang masa kita baca syarat-syarat penyertaan di bawah :

Giveaway #1 by YEASLMN
Giveaway #1 by YEASLMN

Syarat-Syarat :

1. Buat 1 entri bertajuk 'Giveaway #1 by YEASLMN' di blog anda
2. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink [DI SINI]
3. LIKE FB Page MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe
4. SHARE FB Page MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe di FB anda (set to Public)
5. FOLLOW Instagram MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe
6. FOLLOW blog YEASLMN 
7. FOLLOW Google+ yeaslmn dan Instagram yeaslmn *Tak Wajib*
8. Letak link entri anda dan link post FB anda (Share Page) di ruangan comment entri ini.


Hadiah-Hadiah x 3 Pemenang :

1. 1 botol EDP Perfume (35ml) (Sponsored  by MR Perfume)
2. 1 helai Tudung Ruffle (Sponsored by MURAH RIZKI Shoppe)
3. 1 Fridge Magnet + Make-Up Purse (Sponsored by  YEASLMN)

Tarikh Tutup Penyertaan: 4 Disember 2018

Sungguh mudah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menyertai giveaway ini.. 
Jika ada pembaca yang berminat menyertai giveaway ini jangan tunggu lagi..
Show her your support..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,


Tuesday, 27 November 2018

WHY DO WE ARGUE? LIFE IS TOO SHORT..

Tuesday, November 27, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Alhamdulillah, pagi ini hujan turun dengan lebat, terasa nyaman udara pagi ini..
Kali ini saya ingin kongsi quote yang sangat bermakna dalam hidup saya..

Good to share :

"Life is too short to argue and fight. Count your blessings. Value the people who love you and make the most of each day."

Life is too short
Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.. Andai ada berlaku salah faham, cepat-cepatlah selesaikan sebab we are not guaranteed a tomorrow. Pernah dengar orang kata : Esok masih ada, tapi harus kita ingat esok belum tentu untuk kita..
Jadi gunalah peluang yang ada sebaik mungkin..




 Thank you for reading..
Have a good day everyone.. ^_~
Remember, life is too short, fragile and does not wait for anyone..


Regards,


Monday, 26 November 2018

NO MORE MONDAY BLUES OKAY!!

Monday, November 26, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini..
Entry kali ini boleh dikatakan terkena batang hidung sendiri.. 
Bila takde mood pi kerja automatic kata "Monday Blues".. 
Satu hari ada post Dato' Ustaz Kazim Elias tentang Monday Blues nih.. Huh, rupanya ada maksud tersirat disebalik istilah tersebut which is ada kebenarannya for a muslim..
Post inilah yang saya maksudkan..
v
v
v
No more 'Monday Blues' 
So lepas ni no more 'Monday Blues' tau..
Anyway, terima kasihlah kepada sesiapa yang share post ni hingga menyedarkan saya.. Perkara yang baik elok kita hebahkan... :-) 
Apa pun terpulang kepada penerimaan masing-masing..



Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,

Sunday, 25 November 2018

LATIHAN PERTAMA DI S2 FOOTBALL CLUB - GRASSROOTS FOOTBALL ACADEMY

Sunday, November 25, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Alhamdulillah pagi ini hujan turun dengan lebat,  dingin dan redup.. Matahari mula menunjukkan diri jadi inilah masa yang sesuai untuk sidai baju di luar.. Harap kering semua kain baju hari ini..

Al-kisah Ahad minggu lepas merupakan hari pertama saya menghantar anak teruna ke Kelab Bola sepak idamannya iaitu S2 Football Club (S2FC) - Grassroots Football Academy.. Pagi ini kali kedua training diadakan tapi hanya sempat 45 minit sebelum hujan turun..

S2 Football Club - Grassroots Football Academy
Sebenarnya saya dalam dilema, al-maklum pernah ada sejarah tangan bengkok kesan jatuh main bola sepak di sekolah tempoh hari.. Bila fikir semula permintaan dan harapan anak maka timbul rasa kesian. Mana tidak bila ada pertandingan bola sepak antara kelas, pasti dia tak terpilih sebab takde skill, orang tak pernah main bola sepak katakan so main ikut suka. Atas sebab ini saya turutkan juga kemahuannya..  Ini kira sindrom mak-mak sayang anak kalau boleh sentiasa letak bawah ketiak! hihihi

Related post : Penangan Kasut Bola

Siap sedia untuk warm-up
Kali ini saya tak boleh teragak-agak untuk buat keputusan, janji saya kalau ada peningkatan dalam peperiksaan akhir tahun ini dia boleh join kelab bola sepak S2FC ini. Maka janji sudah ditunaikan so tinggallah mama dia pula tunaikan janji.. Janji perlu ditepati, gituuu..

Get ready
Tiada syarat khas untuk masuk S2FC ini janji anak minat. Kalau takde minat tak jadi.. Yuran pendaftaran RM150.90 termasuk RM30.00 yuran bulan pertama. Latihan dijalankan setiap hari Ahad. Selesai pendaftaran masuk, ahli dibekalkan baju kelab, seluar dan stokin. Ibubapa ahli akan dimasukkan dalam group WhatsApp.. Maka berjemaah lahh mak pak semua dalam tu untuk dapat info berkenaan jadual latihan, pertandingan, pemilihan pemain dan segala aktiviti kelab.  

Sesi latihan S2 Football Club
Selesai sesi pertama latihan.. Puas hati anak teruna sorang ni tercapai juga hajat dia..
Semoga usaha ini membuahkan hasil dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..

Okay, sebelum mengakhiri post ini saya kongsi petikan dari Trevlyn Mayo Palframan untuk menggambarkan usaha saya ini : 

"One of my friends asked : "Why do you pay so much money for your kids to do all their sports?" Well I have a confession to make, I don't pay for my kids to to do sports. Personally, I couldn't care less about what sport they do.

So, if I am not paying for sports what am I paying for?
- I pay for those moments when my kids become so tired they want to quit but don't.
- I pay for those days when my kids come home from school and are "too tired" to go to their training but they go anyway.
- I pay for my kids to learn to be disciplined, focused and dedicated.
- I pay for my kids to learn to take care of their body and equipment.
- I pay for my kids to learn to work with others and to be good team mates, gracious in defeat and humble in success.
- I pay for my kids to learn to deal with disappointment, when they don't get that placing or title they'd hoped for, but still they go back week after week giving it their best shot.
- I pay for my kids to learn to make and accomplish goals.
- I pay for my kids to respect, not only themselves, but other riders, officials and coaches.
- I pay for my kids to learn that it takes hours and hours, years and years of hard work and practice to create a champion and that success does not happen overnight.
- I pay for my kids to be proud of small achievements, and to work towards long term goals.
- I pay for the opportunity my kids have and will have to make life-long friendships, create lifelong memories, to be as proud of their achievements as I am.
- I pay so that my kids can be out on the track instead of in front of a screen...

... I could go on but, to be short, I don't pay for sports; I pay for the opportunities that sports provides my kids with to develop attributes that will serve them well throughout their lives and give them the opportunity to bless the lives of others. From what I have seen so far I think it is a great investment!"

Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Thank you for reading..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee.


Regards,


Friday, 23 November 2018

THAI STREET FOOD FESTIVAL

Friday, November 23, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Ketika post ini ditaip, hujan lebat di luar sana, syukur alhamdulillah.. Terasa nyaman dan dalam masa yang sama mata pun layu, mengantuk! Namun tetap kena bertahan untuk menyiapkan entry ini..

Entry kali ini berkenaan Thai Street Food Festival yang menjual pelbagai jenis makanan authentic, segar dan halal dari negara Thailand.. Siapa suka makan makanan Thai pasti alert dengan festival ini.. Boleh dikatakan food heaven kepada penggemar makanan Thai..

 Al-kisah saya berkesempatan pergi ke Thai Food Festival di Lukut dua minggu lalu untuk rasai sendiri ready to eat food  or street food dari negara Thai yang sukar didapati di Malaysia.. So tak perlu cerita panjang, jom layan gambar.. Let the pictures do the talking!

Thai Street Food Festival
Seperti sedia maklum, di mana sahaja Thai Street Food Festival berlangsung pasti akan disediakan meja-meja makan bagi membolehkan pengunjung terus menikmati segala makanan yang dijual di situ. 

Gerai minuman berasaskan buah-buahan segar

Gerai minuman pelbagai jenis perisa
Terdapat lebih kurang 20 gerai jualan di Thai Street Food Festival di mana setiap gerai menjual pelbagai makanan atau minuman yang berbeza.. Mereka memperkenalkan makanan atau minuman signature asli dari negara Thai.

Gerai menjual pelbagai jenis mee
Gerai somtam (kerabu betik)
Sosej cucuk
Pulut mangga Thai
Keenakan dan kelazatan pulut mangga Thai semestinya menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan ini amat terkenal di negara Thailand. Lihat pelbagai variasi pulut mangga ada jual di sini.

Gerai Nasi Khomok & Pulut Ayam 
Selain pulut mangga terdapat juga pulut ayam... Rupa pulut ayam tak dapat saya pastikan sebab saya tak boleh makan pulut ikut suka hati nanti senang masuk angin boleh membahayakan kesihatanku, huhuhu


Gerai pulut ayam ada dijual sekali nasi khomok. Apa itu nasi khomok? Setelah mengoogle saya dapati nasi khomok merupakan sejenis nasi briyani siam. Nasi khomok ada resepi khas yang boleh didapati di Kelatan atau Thailand.

Seterusnya gerai hoi tod telur seafood..

Gerai Hoi tod Telur Seafood
Hoi tod Thai
Hoi tod Thai merupakan sejenis hidangan snack yang boleh dimakan semasa lunch atau supper. Ianya adalah campuran telur dadar dan sedikit tepung gandum yang dicampur dengan seafood seperti tiram, udang dan sotong. Boleh tahan sedap dan cepat kenyang.. Saya agak kita boleh buat sendiri di rumah..

Gerai kerabu
Gerai kerabu Thai
Gerai kerabu ini menjual pelbagai jenis kerabu asli yang terkenal di Thailand seperti kerabu Maggi, kerabu yum woon sen dan kerabu kaki ayam.

Sekali lagi saya menggoogle apakah itu 'yum woon sen'? Oh rupanya glass noodle atau su'un.. Selain itu terdapat juga gerai mee kari udang.. Teruja dengan saiz udang mee kari ini yang agak besar dengan harga yang berpatutan.

Gerai mee kari udang Thai
Gerai mee kari udang Thai
Tibalah kita di gerai menjual baby crab Thai.. Tentu pembaca pernah nampak baby crab Thai yang viral satu masa dulu.. Ada antaranya penggemar baby crab Thai ni tetapi bukan saya. Pada pendapat saya ianya agak berminyak dan tajam dek cengkerang anak ketam mencucuk dinding mulut, huhuhu..

Gerai baby crab Thai
Gerai seterusnya menjual aiskrim gulung dan aiskrim kelapa. Saya sempat beli aiskrim kelapa.. 

Gerai aiskrim gulung
Gerai aiskrim kelapa
Aiskrim kelapa memenuhi citarasa saya.. Sedap sebab saya suka rasa milky dari kelapa muda ditambah pula aiskrim vanilla, kacang tumbuk dan jagung serta pulut dalam aiskrim kelapa itu.. Semua habis saya telan kecuali sabut dan tempurung kelapa serta pulut hijau itu, hehehe..

Aiskrim kelapa
Akhir sekali sebagai penutup hasil tapau dari Thai Street Food Festival Lukut.. Saya tapau hoi tod, sotong bakar, tom yam seafood dan aiskrim kelapa..

Thai Street Food Festival
Alhamdulillah dengan rezeki pada hari itu..
Overall, of course saya suka festival makanan begini..
At least saya dapat rasa makanan asal yang terkenal dari negara lain tanpa perlu ke luar negara..


Setakat ini sahaja perkongsian cerita saya tentang Thai Street Food Festival..
Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,