Thursday, 11 January 2018

CARA MUDAH SAYA KELUAR DUIT DARI AKAUN GOOGLE ADSENSE

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Intro blog post kali ini saya mulakan dengan quote of the day iaitu "start each day with grateful heart".. Sebagai seorang blogger sekiranya memiliki akaun Google Adsense merupakan salah satu pencapaian yang agak membanggakan apatah lagi jika akaun Adsense berkenaan telah membuahkan hasil..

So entri hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca pengalaman saya mengeluarkan duit dari akaun Adsense.. Al-kisah, akaun Adsense saya telah lulus pada 1 October 2008 (Wednesday @ 4.55 pm). Syukur alhamdulillah minggu lepas saya telah mengeluarkan duit ganjaran dari akaun Adsense untuk kali kedua.. Masih ingat kali pertama saya tunaikan pada 22 January 2015. Tutorial juga saya telah kongsi dalam blog post ini. Maaf bukan tujuan menunjuk tetapi sebagai pembakar semangat dan meningkatkan motivasi rakan-rakan blogger. Kalau motif menunjuk, malulah saya dengan bloggers senior atau lebih mudah dipanggil otai-otai blogger yang telah menjana pendapatan beribu-riban hasil blogging dibandingkan saya, hanya blogger picisan..


APAKAH GOOGLE ADSENSE?
Kepada newbie yang masih belum tahu, Google Adsense ialah perkongsian pendapatan daripada pengiklanan yang disediakan oleh Google. Konsep yang sama seperti kaedah pengiklanan yang biasa kita tahu. Google akan membayar hasil perkongsian pengiklanan yang diterima daripada Pengiklan kepada pemilik lama web ataupun blog (publisher - gelaran kepada pemilik laman web yang menyertai Google Adsense) yang meletakkan iklan Google di laman web / blog mereka. 

BAGAIMANA CARA BUAT SIDE INCOME DENGAN GOOGLE ADSENSE?
Google akan membayar setiap klik pada iklan mereka kepada Blogger yang mempunyai akaun Adsense kerana Blogger telah membawa pelawat kepada pengiklanan mereka. Ganjaran diberi dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan..

Pendaftaran akaun Google Adsense adalah percuma tetapi kelulusan hanya diberikan kepada blogger yang layak berdasarkan penelitian daripada team Google.

JUMLAH DAN KAEDAH BAYARAN
Bayaran hanya akan dibuat oleh Google apabila akaun anda telah mencapai jumlah pendapatan (earning threshold) sekurang-kurangnya USD100 tetapi melalui pengalaman saya bayaran dibuat setelah mencapai jumlah USD103.00.. Sekiranya akaun Adsense anda belum mencapai jumlah tersebut, baki akan dibawa ke bulan hadapan. So jangan risau kerana jumlah yang anda perolehi tidak hapus begitu sahaja.

CARA MUDAH SAYA KELUAR DUIT DARI AKAUN ADSENSE 
For me the easiest way to withdraw Adsense money with Western Union kerana urusan pengeluaran boleh dibuat di Pejabat Pos terpilih. Kaedah pengeluaran lain ialah bayaran melalui cek, wire transfer dan Electronic Funds Transfer (EFT).


Related post : Google Adsense Account On The Go

BAGAIMANA KITA TAHU DUIT SUDAH BOLEH DIKELUARKAN?
Team Google akan menghantar email bertajuk "Google Payments" melalui email yang didaftarkan di bawah akaun Adsense anda. 

Kemudian anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:

1. Login akaun Adsense anda
2. Click gear icon di bahagian kiri, select "Settings" -> "Payments"
3. Print muka surat penyata Google Adsense yang mengandungi nombor MTCN Western Union.
4. Isi borang kuning "Penerimaan Wang" Western Union. Lengkapkan butir-butir yang dinyatakan alam borang berkenaan.

Google Adsense
Borang Western Union
5. Kepilkan bersama penyata akaun Google Adsense dan salinan kad pengenalan anda.
6. Bawa ke kaunter Pejabat Pos. 
7. Kakitangan Pejabat Pos akan tanya anda soalan untuk pengesahan.
8. Bila semua lengkap, kakitangan kaunter akan tukar jumlah matawang USD ke Ringgit Malaysia mengikut current rate dan serahkan wang tunai kepada anda.  
9. Sebelum meninggalkan kaunter Pejabat Pos, anda akan menerima Customer Receipt seperti di bawah ini:

Resit Pelanggan Google Adsense
Customer Receipt
Begitulah cara mudah saya keluarkan duit hasil akaun Adsense. Semasa saya mengeluarkan wang tunai dari akaun Adsense jumlah matawang USD103.00 equal to RM403.50.. Itulah side income saya dari Adsense untuk setahun.. Untuk pengetahuan pembaca, there are many ways to monetize from blogging. But still, it's up to you on what way would you like to focus on monetizing your blog. It takes research and a lot of patience. Keep blogging and work hard.. 

Now your turn.. Kongsi cara anda buat side income dengan blogging.. Kita kongsi pendapat mana tahu boleh dimanfaatkan bersama..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kita berjumpa lagi di lain entri..
Thank you for reading.. Wasalam..
Byeeee...

Regards,
I am LZ

39 comments:

  1. Rasa macam usaha brbaloi kan bila nampak duit dah masuk biarlah lambat pun ,, .. sis tak set up masuk akaun terus ke. Lagi senang.. tak yah fikir, setiap 21 hb duit masuk akaun hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wani..
      Sis tak set up wire transfer Wani sebab ada masalah masa berurusan dengan bank.. Agak leceh sebab tu sis prefer Western Union..

      Delete
  2. Best nya sis...Banyak tu bila dah convert pegi ringgit malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Miss Tins.. So Miss Tins pun boleh, teruskan usaha dan terus active blogging. Rakan-rakan blogger akan support each other 💕

      Delete
  3. wah alhamdulillah dapat hasil dari blogging..seronokk pulak kita nengoknya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ post sini untuk bagi semangat kepada rakan bloggers lain yg belum pernah dapat imbuhan hasil blogging supaya terus aktif and support each other.. In shaa Allah ada rezeki sis gee nanti..

      Delete
  4. wow bnyak gak tu.. tq the tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Zie Azi rezeki terpijak.. Terima kasih juga sebab Zie Azi sudi singgah sini 💕..

      Delete
  5. Boleh refer sini kalau adsense da ckup 100usd. skrg jauhhh lagi nk smpai ke 100usd. huhu.Pray for CR. 😘😊

    CR slain adsense ade ltk nuffnang dan pernah merasa bbrap kali cashout. srnok bila dapat duit hasil dr blogging.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, sampai masa nanti ada rezeki CR rasa income dari AdSense.. Teruskan usaha CR okay 😉 Happy blogging..

      Delete
  6. syok bila dpt cashout duit dr adsense sbb dlm USD ..bila convert ke RM best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat mama tisya sebab sambil blogging dapat imbuhan tak disangka, alhamdulillah 💕..

      Delete
  7. Perkongsian yang bermanfaat sis. Sesuai untuk blogger buat duit sampingan. Nanti saya cuba. Semoga LZ terus murah rezeki ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... Terima kasih Sal kerana sudi sokong blog LZ selama ni, really appreciate it 💕.. LZ pun doakan Sal sentiasa diluaskan pintu rezeki.

      Delete
  8. nice shaaring.. alhamdulillah dari hobi menulis dapat jugak side income kan. semakin murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul apa yg Siti nyatakan. Terima kasih SYM, semoga Siti pun sentiasa diluaskan pintu rezeki, amin 💕..

      Delete
  9. Kalau Hana rasanya kena tunggu 10 tahun akan datang kot,barulah kena approve~ menyedihkan sungguh! T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Hana, biar lambat tapi ada usaha. Ada rezeki tak ke mana just keep up your good work. All the best to you dear 💕...

      Delete
  10. Alhamdulillah..rezeki kan kak...bila Google Adsense approve PC punya permohonan pun dah syukur sangat-sangat kak..sekarang perlahan-lahan usahakan tambah setiap sennya...
    Perkongsian ini memotivasikan PC.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC bila approved AdSense account pun rasa sangat bersyukur sebab kita diberi peluang untuk dapat side income, alhamdulillah.

      Semoga AdSense account PC juga cepat membuahkan hasil 💕..

      Delete
  11. Tahniah...moga terus suksess dan dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Terima kasih WB..
      LZ pun doakan WB sentiasa diluaskan pintu rezeki dan terus success dalam segala bidang yg diceburi, amin.. 💕

      Delete
  12. Alhamdulillah..banyak jg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tak disangka nohas 💕..

      Delete
  13. Assalamualaikum
    Salam knl juga dri knor

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Nor..
      Semoga ukhuwah kita berpanjangan,.amin 💕

      Delete
  14. wow..bestnya!

    saya ada google adsense dalam thn 2016/2017. tak aktif blogging. adalah usd20 gitu. lama lagilah nak dapat rasa duitnya. ntah berapa tahun nak dapat usd100. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sekali ujie tak usahakan income dari AdSense.. Boleh active semula, biar lambat in shaa Allah ada hasil 💕..

      Delete
  15. Salam akak owner blog Lady in Red Planner. Mohon update blog list akak. Saya dari KL. Saya dah masukkan akak punya blog kat blog saya. Akak boleh tengok kat Diceraikan Semasa Honeymoon Akibat Makeup Tertanggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sudah senaraikan blog Rahsia Melancong dalam Blogger Directory blog ini..

      Terima kasih sudi singgah sini 💕

      Delete
  16. Thanks share kak. Saya ade terpikir nak try tapi tak konfiden. Huhuhu. Lepas baca entri nie in shaa allah rsa nak try buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih Anis.. Yakin boleh in shaa Allah ada rezeki Anis satu hari nanti, teruskan usaha. Happy blogging 💕..

      Delete
  17. Alhamdulillah. Bestnyaa Fatin pon dalam usaha nak dapatkan adsense jugak. Tak dapat dapat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha Fatin.. Tulis blog secara consistent in shaa Allah AdSense akan approve. Jangan putus asa okay. Good luck dear 💕..

      Delete
  18. Good info kak LZ. Google adsense GV tak cukup lagi USD100. Nanti nak keluar google adsense, GV mesti rujuk kat entri kak LZ nanti. Hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your support GV.. Sis doakan semoga AdSense account GV cepat boleh cash out. Teruskan usaha, keep up the good work 💕..

      Delete
  19. Tahniah.. untungnya dah Ada AdSense

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah mamapp pun boleh dapat akaun AdSense.. Teruskan blogging. LZ doakan semoga ada rezeki mamapp satu hari nanti, aminn 💕..

      Delete
  20. untung ler... saya masih blom dapat apa2 berita dari mereka. huhuhu

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Just type you email address in the box below & hit the 'Subscribe' button :


Follow Us @ladyinredplanner