Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Intro blog post kali ini saya mulakan dengan quote of the day iaitu "start each day with grateful heart".. Sebagai seorang blogger sekiranya memiliki akaun Google Adsense merupakan salah satu pencapaian yang agak membanggakan apatah lagi jika akaun Adsense berkenaan telah membuahkan hasil..

So entri hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca pengalaman saya mengeluarkan duit dari akaun Adsense.. Al-kisah, akaun Adsense saya telah lulus pada 1 October 2008 (Wednesday @ 4.55 pm). Syukur alhamdulillah minggu lepas saya telah mengeluarkan duit ganjaran dari akaun Adsense untuk kali kedua.. Masih ingat kali pertama saya tunaikan pada 22 January 2015. Tutorial juga saya telah kongsi dalam blog post ini. Maaf bukan tujuan menunjuk tetapi sebagai pembakar semangat dan meningkatkan motivasi rakan-rakan blogger. Kalau motif menunjuk, malulah saya dengan bloggers senior atau lebih mudah dipanggil otai-otai blogger yang telah menjana pendapatan beribu-riban hasil blogging dibandingkan saya, hanya blogger picisan..


APAKAH GOOGLE ADSENSE?
Kepada newbie yang masih belum tahu, Google Adsense ialah perkongsian pendapatan daripada pengiklanan yang disediakan oleh Google. Konsep yang sama seperti kaedah pengiklanan yang biasa kita tahu. Google akan membayar hasil perkongsian pengiklanan yang diterima daripada Pengiklan kepada pemilik lama web ataupun blog (publisher - gelaran kepada pemilik laman web yang menyertai Google Adsense) yang meletakkan iklan Google di laman web / blog mereka. 

BAGAIMANA CARA BUAT SIDE INCOME DENGAN GOOGLE ADSENSE?
Google akan membayar setiap klik pada iklan mereka kepada Blogger yang mempunyai akaun Adsense kerana Blogger telah membawa pelawat kepada pengiklanan mereka. Ganjaran diberi dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan..

Pendaftaran akaun Google Adsense adalah percuma tetapi kelulusan hanya diberikan kepada blogger yang layak berdasarkan penelitian daripada team Google.

JUMLAH DAN KAEDAH BAYARAN
Bayaran hanya akan dibuat oleh Google apabila akaun anda telah mencapai jumlah pendapatan (earning threshold) sekurang-kurangnya USD100 tetapi melalui pengalaman saya bayaran dibuat setelah mencapai jumlah USD103.00.. Sekiranya akaun Adsense anda belum mencapai jumlah tersebut, baki akan dibawa ke bulan hadapan. So jangan risau kerana jumlah yang anda perolehi tidak hapus begitu sahaja.

CARA MUDAH SAYA KELUAR DUIT DARI AKAUN ADSENSE 
For me the easiest way to withdraw Adsense money with Western Union kerana urusan pengeluaran boleh dibuat di Pejabat Pos terpilih. Kaedah pengeluaran lain ialah bayaran melalui cek, wire transfer dan Electronic Funds Transfer (EFT).


Related post : Google Adsense Account On The Go

BAGAIMANA KITA TAHU DUIT SUDAH BOLEH DIKELUARKAN?
Team Google akan menghantar email bertajuk "Google Payments" melalui email yang didaftarkan di bawah akaun Adsense anda. 

Kemudian anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:

1. Login akaun Adsense anda
2. Click gear icon di bahagian kiri, select "Settings" -> "Payments"
3. Print muka surat penyata Google Adsense yang mengandungi nombor MTCN Western Union.
4. Isi borang kuning "Penerimaan Wang" Western Union. Lengkapkan butir-butir yang dinyatakan alam borang berkenaan.

Google Adsense
Borang Western Union
5. Kepilkan bersama penyata akaun Google Adsense dan salinan kad pengenalan anda.
6. Bawa ke kaunter Pejabat Pos. 
7. Kakitangan Pejabat Pos akan tanya anda soalan untuk pengesahan.
8. Bila semua lengkap, kakitangan kaunter akan tukar jumlah matawang USD ke Ringgit Malaysia mengikut current rate dan serahkan wang tunai kepada anda.  
9. Sebelum meninggalkan kaunter Pejabat Pos, anda akan menerima Customer Receipt seperti di bawah ini:

Resit Pelanggan Google Adsense
Customer Receipt
Begitulah cara mudah saya keluarkan duit hasil akaun Adsense. Semasa saya mengeluarkan wang tunai dari akaun Adsense jumlah matawang USD103.00 equal to RM403.50.. Itulah side income saya dari Adsense untuk setahun.. Untuk pengetahuan pembaca, there are many ways to monetize from blogging. But still, it's up to you on what way would you like to focus on monetizing your blog. It takes research and a lot of patience. Keep blogging and work hard.. 

Now your turn.. Kongsi cara anda buat side income dengan blogging.. Kita kongsi pendapat mana tahu boleh dimanfaatkan bersama..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kita berjumpa lagi di lain entri..
Thank you for reading.. Wasalam..
Byeeee...

Regards,
I am LZ