Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Tahun 2018 sudah masuk hari ke-2.. It's not too late but a fantastic time to start a new planner. Memulakan tahun baru tanpa planner sesuatu yang pelik bagi saya.. Saya boleh dikatakan sebagai #planneraddict dan tak lengkap rutin harian tanpa planner.. Saya sudah menggunakan planner for maximum productivity sejak beberapa tahun lalu.. Menyediakan planner baru merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan walaupun mengambil masa yang lama.

Tahun ini tak banyak perubahan, saya hanya sambung planner cover sedia ada hanya came up dengan sistem baru dan print beberapa inserts baru. Saya suka planner jenis midori berbanding ring binder planner kerana planner jenis midori mudah untuk dikendalikan dan boleh tukar isi kandungan planner mengikut kesesuaian.

RelatedMy First Filofax Finsbury Planner

Sangat penting untuk mendapatkan planner yang sesuai dengan keperluan hidup anda. Lain orang lain caranya and planners aren't one-sized fits all. Okay mari saya perkenalkan, this is my daily planner in personal size.. How I setup my planner? Let's have a look..

Daily planner setup
My Daily Planner
Sebelum bercerita panjang tentang planner setup, sila perhati washi tapes di bawah ini.. Sejak cuti hujung minggu ini, masa lapang dihabiskan dengan menggulung washi tapes di clear washi holder.. Lebih mudah dibawa kerana jika dibiarkan dalam rolls ada masalah dari segi storage. Semakin lama washi tapes saya 'membiak' dengan banyak sampai takde tempat simpan.. Last result, gulung begitu, selain boleh dibawa ke mana-mana ianya juga mudah disimpan..

Saya pernah kongsi cara penyimpanan washi tapes sebelum ini : DIY Washi Tapes Organizer tapi pada saya kurang practical untuk washi tapes dalam quantity yang banyak..

Washi tapes holder
Washi tapes
Planner sekarang bukan sekadar calendar sahaja tetapi ianya merangkumi personal goals setting, budget tracker, habit tracker, expenses tracker etc. Seterusnya berikut adalah sistem yang saya gunakan berdasarkan 5 inserts planner tahun ini.. Saya buat 5 inserts untuk kegunaan berikut :


(a) Monthly calendar (cover warna kuning)

Weekly planner insert
Monthly and weekly planner inserts
(b) Weekly calendar (cover bunga hijau pink)

(c) Budget and expenses (cover biru)

Blogging planner insert
Finance and Blogging planner insert
(d) Blogging (cover McDonald's paper bag)

Setiap kali jika idea blogging yang datang secara tiba-tiba atau apa sahaja berkaitan dengan social media dan dunia maya, saya akan tulis idea tersebut dalam insert ini .

Untuk pengetahuan, saya suka bezakan planner peribadi dengan planner kerja supaya saya boleh tumpukan kepada setiap tugasan yang perlu dilaksanakan. Berikut cara susun 5 inserts yang digunakan seperti yang dinyatakan di atas.

Planner insert di bawah ini merupakan my personal goals and inspiration. Saya akan tulis segala matlamat dan personal goals tahun ini yang perlu dicapai..

Personal goals insert
Selain printable inserts, seterusnya dashboards.. Dashboards ialah bahagian cover yang diperbuat dari clear plastic atau laminated photos untuk mengasingkan antara 1 insert ke insert yang lain.. Saya buat sendiri 2 dashboards di bawah ini dan saya suka kedua-duanya..

Midori planner
Planner dashboards
Selain dashboards, saya buat paper folder di bawah dengan menggunakan recycle paper, ianya berfungsi untuk memuatkan segala resit, stickers atau loose notes supaya tidak tercicir.

Planner folder
Planner paper folder
Okay, mari saya tunjuk bagaimana saya setup planner supaya memenuhi keperluan saya tahun 2018 ini.. 

Planner cover
Planner cover
Mula-mula saya susun semua inserts yang ada dimulakan dengan monthly, weekly, finance / budget planner, blogging insert dan personal goals planner and so on (in case ada inserts lain..)

Midori planner inserts
Planner inserts
Susun dan satukan menggunakan getah khas. Kemudian slot semua inserts di dalam planner cover seperti di bawah:

Weekly planner
Inserts arrangement
Seterusnya masukkan dashboards mengikut section bagi mengasingkan setiap planner inserts seperti berikut:

Dashboard
First dashboard
Budget planner insert
Finance or Budget planner insert
Midori planner dashboard
Second dashboard
Planner insert
Personal goals planner insert
Akhir sekali saya selit paper folder di bahagian akhir planner seperti di bawah:

Paper folder
Planner paper folder
Yeayyy sudah siap.. Maka complete sudah planner setup saya tahun ini..  I know I like it so much no wonder I can stick with it all year and I'm looking forward to have a full year of my life in one book.

Foamdori planner
My chunky planner
Planner Setup For 2018
My Planner Setup For 2018


Sekarang tibalah masa untuk kita kongsi idea dan pendapat tentang planner yang anda gunakan tak kiralah digital planner atau paper planner.. Bagaimana pula dengan rakan bloggers? Adakah sesiapa planner addict seperti saya?.. Bolehlah kongsi cara anda setup planner anda. Kepada yang tidak familiar dengan planner masih boleh beri pendapat anda juga.. Segala komen amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih..


Begitulah perkongsian saya mengenai My Planner Setup For 2018.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ