Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Lady in Red Planner.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di blog ini.. Hujung bulan Januari lalu (31.01.2018) cuti Thaipusam, saya bekerja di Seremban jadi cuti hanya sehari tetapi sangat bertuah siapa yang bekerja di Kuala Lumpur kerana the next day adalah cuti Hari Wilayah so dapatlah 2 hari cuti. Kalau ambil cuti sehari lagi (Jumaat) dapat cuti  5 hari, untunglah.. Adoi, sibuk pulak merancang cuti orang, hehehe

Okay, semasa cuti Thaipusam saya meluangkan masa berjalan-jalan di DPulze Cyberjaya semata-mata teringin makan di Wendy's, saje-saje sebab baru lepas breakfast nasi lemak sambal sotong kat rumah.

Antara tagline restoran makanan segara Wendy's : "Fresh Fast Food Near You", saya translate ke Bahasa Melayu untuk title post kali ini jadi "Makanan Segera Segar" tanpa letak perkataan "Near You" atau "Dekat Anda" sebab tak semua negeri ada outlet Wendy's so agak tidak relevan di situ, hihihihi

Wendy's DPulze, Cyberjaya
Apa makanan best di Wendy's? Wendy's is about more than just a food, they able to serve up fresh. Itu konsep restoran fast food ini untuk mengekalkan legacy founder Wendy's bernama Dave Thomas

Eh betullah, saya pernah order salad segar di sini tapi makanan lain biasa jer, lebih kurang sama dengan fast food lain. Masih dalam kategori processed foods or junk food so tak boleh diamalkan selalu okay..

Wendy's DPulze Cyberjaya
Wendy's DPulze Cyberjaya
Kali ini saya order Single Mushroom Melt combo regular size, Haha Burger combo for my husband regular size too, 2 pieces spicy fried chicken dan Classic Frank both ala-carte. Tadaaa satu tray makanan untuk 3 orang ahli in one small family, hehehehe..


Wendy's DPuzle Cyberjaya
Classic Frank
Wendy's Classic Frank: RM6.50
Classic Frank ini kosong, takde salad cuma sosej dan sos sahaja.. Classic Frank dipesan oleh anak saya, Arief.

Single Mushroom Melt & Fries combo regular size : RM15.00
Saya teruja dengan cheese cair meleleh seperti dalam menu.. Nampak macam sedap dan memang sedap pun.. Saya pilih beef patty. Selain beef ada chicken patty, single or double..

Wendy's Haha Burger combo regular size : RM11.88
Nama burger ni Haha Burger iaitu isi burger daripada udang. Nampak gaya lepas makan ber'hahaha' lah jawabnya. Burger ini product baru sempena Tahun Baru Cina.. So my husband pun order sebab dia nak rasa isi burger udang, selalu daging lembu atau chicken.. Ternyata tak berapa best, kering dan sedikit hangus..

2 pieces spicy fried chicken : RM9.00
Sama juga dengan ayam goreng spicy, tak berapa best. Ayam agak hangus dan langsung takde rasa rempah yang dikatakan spicy. Tang mano pedas aei, den pun tak tau..

Total bill : RM42.40
For me, Wendy's sesuai makan waktu santai, during tea time for instance.. Kena makan heavy dulu baru boleh layan makan di Wendy's sebab portion dia sikit kena pulak saya ni jenis kuat makan dan cepat muak. Fast food kann so what we expect..

Oh ya, untuk pengetahuan pembaca ini merupakan kali kedua saya makan di Wendy's DPulze. Kali pertama makan di Wendy's pada 8.1.2017 lalu, saya pernah ceritakan di blog lama dalam post ini : Pertama Kali Makan di Wendy's. Bezanya masa itu saya ordered menu lain yang lebih berkhasiat, hehehehe..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang makanan di Wendy's DPulze, Cyberjaya. Perkongsian sekadar mengabadikan memori sempena cuti Thaipusam lalu. Don't worry lepas ni kalau makan di Wendy's tak letak post lagi, cukuplah sekali dalam blog ini >_<


Until then, thank you for reading..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,
I am LZ