Law

PENGAJARAN DI SEBALIK KES PEMBUNUHAN INI

By I am LZ - Tuesday, February 13, 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Minggu lepas saya dan collegue bercerita tentang kes pembunuhan yang saban hari berlaku di negara ini.. Macam-macam persoalan kami bincangkan tapi sekadar persoalan yang tiada jawapan dan penyelesaian.. It's obviously beyond our control..

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu kes pembunuhan berlaku sekitar tahun 2006 yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada pembaca.. Ianya berpunca dari gagal mengawal kemarahan akibatnya perasaan marah itu dikuasai oleh syaitan hingga bertindak di luar batasan.. First of all saya berkongsi kisah ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak.. Tertuduh dalam kes ini menghadapi 4 pertuduhan membunuh kerana menyebabkan kematian isteri dan 3 orang anaknya.

Criminal Case
Kes pembunuhan
LATARBELAKANG KES

Sebelum ini tertuduh tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya di sebuah rumah yang dibeli oleh tertuduh di atas nama isterinya selama empat bulan sebelum kejadian berlaku. Beliau berkahwin dengan isterinya dalam tahun 1998 atas dasar cinta. Kehidupan keluarga mereka bahagia dan beliau amat menyayangi ahli keluarganya terutama 3 orang anaknya. Beliau selalu bawa anak pergi ke masjid dan ajar mereka hal agama untuk menjadi seorang yang alim. 

Isteri beliau menghadapi masalah berkaitan hutang pembelian sebuah kereta jenis Mazda yang dibeli oleh bapa mertuanya atas nama isteri beliau. Pada pertengahan Februari beberapa pegawai bank datang ke rumah mencari isterinya untuk meminta isterinya menjelaskan hutang anggaran berjumlah RM13,000.00. Hutang isteri beliau akan melibatkan rumah mereka jika hutang itu gagal dibayar. Beliau dan isteri ada bertemu dengan bapa mertuanya untuk berbincang mengenai perkara ini namun bapa mertuanya enggan bertanggungjawab sebaliknya menyuruh beliau dan isteri menyelesaikan hutang itu sendiri. Isteri beliau beberapa kali mendesak beliau membayar hutang tersebut tetapi beliau tidak bersetuju kerana beliau memerlukan wang untuk modal pusingan perniagaan beliau bagi menampung kehidupan.

HARI KEJADIAN

Pada petang hari kejadian, 11 Mac 2006 lebih kurang 6 petang beliau sekeluarga menonton tv sambil minum petang di tingkat bawah rumah mereka. Sekali lagi isteri beliau mendesak supaya membayar hutang tersebut. Beliau tetap dengan pendirian bahawa beliau perlu wang untuk modal pusingan perniagaan. Isteri beliau marah dan bising-bising kepada beliau. Beliau dan 2 anak lelaki naik ke tingkat atas dan menonton tv dalam bilik tidur utama untuk mengelakkan pertengkaran dengan isteri beliau. Anak perempuan beliau ketika itu sedang tidur dalam buaian di tingkat bawah.

Waktu azan Maghrib, isteri beliau memanggil 2 anak lelaki beliau turun ke bawah dengan anggapan beliau bahawa isteri beliau mahu memandikan 2 anak tersebut. 2 anak lelaki beliau turun ke bawah manakala beliau terus berada di bilik tidur utama di tingkat atas.

Selepas waktu Maghrib, lebih kurang 15 hingga 20 minit selepas anak-anak lelakinya turun ke bawah, beliau mendengar anak sulung beliau berteriak memberitahu : "Abah, emak pukul adik!". Beliau tidak ambil kisah bila anak sulungnya memberitahu isterinya memukul anak oleh kerana isterinya biasa memukul anak-anak kerana 2 anak lelakinya memang nakal dan mereka memang suka mengadu kepada beliau bila dipukul. Oleh itu bila anak sulung beritahu isterinya pukul adik, beliau tidak terus turun ke bawah.

Beliau kemudian mendapati anak-anaknya tidak naik ke tingkat atas selepas mandi seperti biasa oleh kerana baju mereka berada di biik tidur utama di tingkat atas. Beliau pun turun ke bawah dengan niat untuk membantu isteri memandikan 2 anaknya. Tiba di separuh tangga, beliau melihat anak sulungnya tertiarap di atas carpet di ruang tamu dengan kepalanya berdarah. Manakala beliau melihat anak keduanya dalam keadaan terlentang di sebelah anak sulungnya. Beliau turut melihat isteri beliau duduk dalam keadaan termenung di atas kerusi memandang ke arah anak-anak beliau.



APA YANG BERLAKU?

Beliau masih di atas tangga dan bertanya kepada isteri beliau apa yang berlaku. Isteri beliau menjawab bahawa 2 anak lelaki mereka bergurau sehingga menyebabkan buaian anak bongsu mereka terbalik. Bila beliau bertanya kenapa kepala anak-anak mereka berdarah, isterinya menjawab : "Aku pukul dengan besi buai."

Mendengar jawapan isterinya,  beliau menjadi sangat marah dan terus meluru turun ke bawah. Beliau terus mengambil besi buaian yang berada di hadapan isterinya lalu tanpa berfikir panjang, memukul isterinya yang sedang duduk di kerusi. Isterinya bangun dari kerusi dan beliau pukul isterinya lagi dan lagi sehingga isterinya jatuh ke atas lantai.

Beliau kemudian pergi melihat anak-anak beliau. Beliau panik dan menjerit meminta tolong daripada jiran-jirannya apabila melihat keadaan anak-anaknya sedang nazak. Selepas masuk semula baru beliau melihat anak perempuannya yang disangka sedang tidur tetapi sebenarnya telah tidak bernyawa lagi.

JIRAN-JIRAN TERTUDUH

Beberapa orang jiran telah datang ke rumah beliau. Beliau memberitahu jiran-jiran bahawa beliau telah pukul isterinya kerana isterinya telah memukul anak-anaknya hingga mati. Berdasarkan keterangan salah seorang jiran memberitahu bahawa beliau nampak tertuduh menangis keluar dari rumah dan berkata : "Isteri saya pukul anak-anak saya." Jiran tersebut masuk ke rumah beliau dan nampak 4 mayat bergelimbangan di ruang tamu. Seterusnya jiran tersebut bertanya : "Kenapa buat macam ni?" Beliau menjawab : "Cuba akak bayangkan jika suami akak pukul anak-anak, akak marah tak?" Jiran tersebut berkata : "Memanglah marah tapi kalau marah jangan buat macam ni".. Beliau menjawab : "Tak tahan sebab isteri pukul anak sampai mati."

Dalam keadaan panik beliau telah menghubungi adik perempuan beliau dan bapa mertua beliau memaklumkan kejadian yang berlaku. Beliau turut menelefon talian 999 untuk meminta bantuan ambulan dan polis.

TANGKAPAN

Beliau telah ditangkap oleh polis semasa berada di rumah pada malam yang sama. Beliau telah disoal siasat dan beliau telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan yang dilakukan oleh pihak polis termasuk menjalani ujian DNA di sebuah hospital besar.   

HUKUMAN

Setelah meneliti segala keterangan saksi, fakta kes dan proses pendakwaan, Yang Arif Hakim telah menjatuhkan hukuman bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati tetapi 12 tahun penjara bermula dari tertuduh ditangkap. Faktor peringanan hukuman yang diambil kira oleh YA Hakim kerana tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan. Selain itu, keterangan tertuduh tetap sama dan relevan ketika dalam siasatan, perbicaraan dan soal balas serta telah diterimapakai selaras dengan Akta Keterangan 1950. Tertuduh juga telah menerima hukumannya di mana tertuduh berada dalam keadaan emosi yang tertekan kerana terpaksa berhadapan dengan kemungkinan dikenakan hukuman gantung.

Tindakan tertuduh memukul isterinya akibat 'sudden and grave provocation' apabila melihat kesemua anak-anak kesayangannya berlumuran darah kerana tindakan isterinya yang memukul mereka. Kejadian ini adalah sejarah hitam kepada tertuduh selama-lamanya. 

Pihak Pendakwaraya telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan membunuh 3 anaknya.

Related post : Maksud prima facie

PENGAJARAN

Kes pembunuhan begini biasa berlaku di luar negara seperti yang selalu kita baca dan dengar di media massa, tapi siapa sangka kes ini berlaku di negara kita. Morale of the story, kita kena bijak mengawal emosi terutamanya ketika marah. Jangan sesekali layan sifat marah itu sehingga di luar pertimbangan akal fikiran. Selain itu, perlu bijak menangani masalah dan berbincang untuk mencapai kaedah penyelesaian yang terbaik. 

Semoga perkongsian ini menjadi ikhtibar kepada pembaca, selebihnya anda baca dan nilai sendiri pengajaran lain yang boleh diambil dari kes ini.. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

  • Share:

You Might Also Like

34 comments

  1. Allahu..sekarang semakin kerap berlaku jes bunuh..darah daging sendiri..subhanAllah..kita hanya melihat,mendengar dan membaca seterusnya membuat kesimpulan..walhal kisah disebaliknya tidak kita ketahui.Bagi PC..yang kelihatan salah dan dijatuhi hukuman mereka tidak menginginkan berlaku sebegitu.Hanya Allah SWT yang melihat semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan hidup mereka telah ditentukan demikian.. Sadis, sedih semua ada..
      Seperti PC nyatakan, memang benar hanya DIA Yang Maha Mengetahui..

      Delete
  2. TQ sharing LZ ... betul, emosi akibat tekanan yg kuat boleh menjadikan seseorang hilang keupayaan untuk berfikir dgn waras ... I have been there, but not up to kill someone ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why kannn Mrs Pip kena kuat iman, kawal perasaan marah etc tapi hanya siapa di tempat itu sahaja tahu bagaimana 'sakit' tekanan itu..

      Delete
  3. Hurmm.. Kerana emosi..tp dr mna emosi tu timbul? Dr masalah bapa mertua yg guna nma isteri dia utk bli kereta. Sy pun akan stress bila jd mcm tu.org lain dah guna nma kita..tp last2 xmo bertanggungjawab akhirnya anak2 dn diri sendiri jd mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Gojes, kena tengok punca masalah dan cari alternative utk selesaikan masalah itu supaya tidak jadi lebih rumit..

      Delete
  4. Sedih bila baca kisah ini, Allahu Akbar.. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala hasutan syaitan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, terima kasih atas doa.. Itulah SR, sedih sangat anak2 jadi korban..

      Delete
  5. Trajisnya kisah ini tak tercapai dek akal.
    Agaknya si bapa itu sekarang mesti hidup dalam sesalan yang tak berkesudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah hitam dalam hidup si bapa, semoga beliau tabah & dapat buka buku baru utk menjalani hidup akan datang..

      Delete
  6. Allahuakbar...kesiannya. minta dijauhkan dr semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, terima kasih atas doa Mummy Ayu 💕..
      Berat sungguh dugaan hidup beliau kannn..

      Delete
  7. kesian pula baca kisah lelaki tu
    haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan hidup yang tak terjangkau dek akal Hans..

      Delete
  8. Alllahu Akbar. Hanya kerana hutang ej kan sis puncanya. Bahaya hutang ni. Boleh basa bencana. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Ana Suhana..
      Tekanan yang tak dapat dibendung..

      Delete
  9. Ni semua tekanan dalam kehidupan. Kena lihat balik punca sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan saudara HH..
      Berpunca dari masalah yang tak dapat diselesaikan bersama..

      Delete
  10. allahu..sedihnya baca..baca dari mula, kesimpulannya punca adalah dari hutang..yang asal2 isterinya buat..mungkin isterinya dalam keadaan tertekan sangat, lepas tu melepaskan kemarahan pada anak2 sampai meragut nyawa anak2..lps tu pulak suami bertindak macam tu disebabkan kegagalan menahan amarah..dalam marah, ada syaitan yang mengapi dan menghasut.. sebak baca.. manusia bila dalam keadaan macam tu..semuanya hilang pertimbangan... yang biasanya pijak semut pun tak mati, boleh menyebabkan orang mati... Allahualam..ujian untuk dia..jugak pengajaran untuk kita sebagai masyarakat sekeliling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Juls Julie80..
      Berpunca dari tekanan hidup, anak2 jadi mangsa.. Sadis dan tragis..

      Delete
  11. Nauzubillah...bila amarah menguasi diri dan bila tekanan dirasai si isteri dan seharusnya si bapa mertua patut rasa bersalah kerana dia juga antara punca kes ni..buat si tertuduh, semoga dia tabah dan akk pasti dia mesti merasa menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious sedih kannn Kak..
      Sampai hati bapa sendiri buat anak tertekan.. Kesian masa depan menantu.. Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka, Amin..

      Delete
  12. sedihnya baca cerita ni... semua ni berkaitan dgn emosi dan sngt bahaya T^T
    moga semua roh tenang di sana.. Ya Allah..
    mohon kongsi lagi tau cerita cerita pengajaran mcm ni..... buat pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      In shaa Allah mana yg baik sis akan kongsi di sini supaya menjadi ikhtibar kepada kita. Thanks for your support 💕..

      Delete
  13. Ya Allah sedihnya semua ahli keluarga meninggal sekelip mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang berlaku mamapp..
      Si bapa menanggung segalanya seumur hidup.. Moga Allah beri kehidupan baru kepadanya..

      Delete
  14. Sedihnya kisah ini T_T Keluarga bahagia tapi disebabkan masalah daripada bapa mentua jadi terganggu emosi isteri dan seterusnya emosi suami juga dan anak-anak menjadi mangsa.

    Saya tertanya-tanya juga adakah bapa mentua itu tidak rasa sedikit belas kasihan kepada anaknya? Tambah lagi selepas kejadian ini berlaku. Bapa mentua merupakan punca sebenar dalam kes ini. Bagi sayalah kak. Sebab masalah datang dari dia 😰

    Moga semua roh mereka tenang di sana. Semoga sang suami itu juga tenang menjalani hukuman untuk dia. Dan moga kita sama-sama boleh mengawal emosi dengan baik. Takut juga kalau marah sangat, apa pun boleh jadi. Baik hanya diam daripda berkata-kata dan melakukan sesuatu ketika marah menguasai diri.

    Akak, kalau boleh share lagi kisah mahkamah camni. Saya suka baca kisah camni. Boleh jadi pengajaran dalam diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn atas doa Siqah..
      Tepat sekali dear, itu yang berlaku.. Menyesal kemudian tak berguna..

      In shaa Allah akak akan share kes2 yang boleh diambil ikhtibar kepada kita semua..

      By the way, thanks for your support dear 💕..

      Delete
  15. allahuakhbar.. cabaaran sgungguh lagi2 zaman skrang ni. emosi kena kuat dan kental. dengan tanggungjawab dan macam2 benda nak kena catch up. allah.. semoga kita semua dilindungi sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SYM, kena selalu ingat dan berdoa supaya kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini..

      Delete
  16. kesiannya disebabkan orang lain, habis porak peranda satu keluarga. Entah tenang hidup bapa mertua dia tu tengok anak cucu mati sebab dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Farhanna, sampai ke mati pun tak habis sesalan but it's too late kannn..

      Delete
  17. ngerinya baca..tapi itulah realiti. zaman sekarang ramai orang tertekan, tu yang terdorong buat jenayah macam2. kena ingat Tuhan selalu, kita sendiri tak sedar kalau-kalau kita lupa diri. Mintak jauh

    ReplyDelete
  18. Ya Allah, takutnya kak baca kisah ni. mm hanya sebab duit jea semua nyawa melayang. Sebab tu orang berpesan nak hidup ukur kemampuan kita sendiri kan. Sangat sangat menjadi pengajaran untuk kita semua. Al fatihah untuk mereka semua :(

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!