Monday, 28 May 2018

SHOPPING HARI RAYA DI AEON SEREMBAN 2

Monday, May 28, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-12 kita berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Mungkin ada antara kita mula sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Boleh saya katakan bahang Hari Raya mula terasa..

AEON Seremban 2
Buktinya, Sabtu lepas saya ke salon the color shop di AEON Seremban 2. Seawal 11.30 pagi kawasan parking mulai penuh hingga ke roof top.. Memang terlalu ramai orang membeli-belah di sini. Bersesak saya bila melalui bahagian pakaian di tingkat 2.. Kaunter beratur panjang..

the color shop salon
REVIEW the color shop Salon

Sebut tentang the color shop baru saya tahu bahawa salon ini ada menyediakan ruang muslimah. Jadi mudah kepada para muslimah mendapatkan rawatan rambut. Selain itu harga yang ditawarkan juga berpatutan di samping kita boleh dapat khidmat pakar rambut professional.. Product yang digunakan dari jenama L'oreal dan Kérastase.


Okay, kita tinggalkan cerita the color shop.. Jom saya bawa pembaca melihat sendiri kemeriahan di AEON hujung minggu lalu.. Ini baru sebahagian sahaja di dalam kawasan AEON. Banyak booth pakaian di sepanjang jalan.. Booth-booth ini sudah mula didirikan seawal seminggu sebelum Ramadhan..
 
Booth pakaian di AEON Seremban 2
Beginilah keadaan sebahagian ruang jualan pakaian.. Banyak pilihan menarik boleh didapati di setiap booth yang dipamerkan. Rambang mata dibuatnya.. 

Hajjada Exclusive
Z'hanna Boutique
Qaira Hijab
Niswah Nadhira
Fana Couture
Sesiapa yang masih tercari-cari pakaian Hari Raya boleh datang ke AEON Seremban 2.. Terdapat banyak pilihan, pilihlah mana-mana berkenan di hati.. Tak lupa juga pilihan biskut raya ada juga dijual di sini..

Jika tanya saya sejauh mana persiapan untuk Hari Raya setakat hari ini? Jawapan saya masih terlalu awal dan boleh katakan belum buat sebarang persiapan langsung. Untuk pengetahuan pembaca, setiap tahun saya akan belanja last minute.. Pakaian pula semua ready made so tak susah cari..

Bagaimana pula dengan pembaca? Ada yang dah beli baju raya or mungkin sudah tempah awal sebelum puasa? Kongsilah cerita okay.. Psssssttt warna tema apa tahun ini?



Ini sahaja cerita yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


Tuesday, 22 May 2018

PENGAKUAN JUJUR TENTANG GRAB CAR

Tuesday, May 22, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Salam Ramadhan juga diucapkan.. Sekarang merupakan zaman sains dan teknologi di mana penggunaan alat seperti gadget diperlukan sebagai medium untuk membantu memudahkan urusan seharian, sebagai contoh mudah : online shopping, online banking. Pendek kata semua di hujung jari. Tapi tahukah pembaca bukan semua orang familiar dengan setiap teknologi canggih seperti ini.

Grab
Buktinya, saya kenal seseorang pada abad ini (membesar di zaman millenium + Degree in Engineering) yang tidak mempunyai akaun online banking disebabkan 'kurang yakin' dengan perbankan dalam talian. Dia bimbang duit hilang atau ditipu. Tujuan saya bukan untuk merendah-rendahkan dia. Itu hak masing-masing kerana ada benar alasannya mengapa tak berbuat demikian. Contoh apa yang pernah berlaku kepada saya apabila wang dalam akaun sewenang-wenang ditolak secara dalam talian tanpa melakukan transaksi atau dengan bahasa mudah tanpa izin saya selaku pemegang akaun.

Related post : Mangsa Penipuan Kad Debit

Itu kisah kawan saya dan perkhidmatan online banking.. Kes kawan saya di atas adalah contoh tak percaya or kurang yakin dengan perbankan dalam talian.  Bukan nak kata orang lain, contoh pada diri saya sendiri, kes saya pula tak confident guna Grab. Malu nak mengaku sebenarnya tapi demi pengalaman baru saya mesti abadikan dalam blog ini. 

Hari ini saya kongsi satu pengakuan jujur tentang Grab car.. Perkhidmatan Grab juga salah satu perkhidmatan dalam talian. Umum tahu bahawa perkhidmatan Grab sudah mula popular di Malaysia sekitar tahun 2016. Penggunaan Grab kini sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia yang tinggal di pekan dan bandar yang sibuk. Oh ya applikasi Grab boleh download via Google Play (android) atau Apple App Store (iOS).


Sekarang tahun 2018, Grab sudah tidak asing lagi malah ada antaranya menjana pendapatan tambahan melalui Grab Driver. Jujur saya nyatakan di sini, saya baru cuba menggunakan perkhidmatan Grab buat pertama kali dalam hidup semasa di Melaka. Itu pun bukan main susah untuk yakinkan diri sendiri ditambah pula perangai saya jenis tak suka tumpang kereta orang lain melainkan kereta syarikat or kereta officemates.. Demi mendapatkan keyakinan saya tanya officemate yang sememangnya arif dengan Grab. Saya tanya dia sampai puas hati dan takde langsung unsur-unsur curiga dalam diri.. Iye laa Grab tu pada persepsi saya umpama naik kenderaan strangers tau, dibuatnya dia bawa kita ke mana-mana or ada motif khianat satu hal, so don't play-play.. hehehe

Alhamdulillah, akhirnya perasaan cuak itu dapat diatasi.. Bila guna dan rasa sendiri pengalaman naik Grab punyalah gembira, macam ada driver I tell you! Senang yang amat tak payah susah-susah drive.. Sangat best jauh lebih baik dari teksi or pengangkutan awam sedia ada.. Tambahan pula fare pun murah berbanding teksi (bergantung kepada jarak..) Sekarang, saya addicted guna Grab. Saya sangat bersyukur kerana ada manusia yang boleh mewujudkan apps ini untuk kemudahan sejagat.. I'm very impressed! Grab bukan seperti yang saya sangka (sambil tepuk dahi..)..


Begitulah luahan perasaan teruja saya bila pertama kali menggunakan Grab! Jangan kecam I okay, hahahaha.. I ni kadang-kadang jenis old-school, bila tahu sesuatu yang keputusannya akan menyusahkan diri memang I tak akan cuba. Saya tak suka hassle atau menyusahkan diri sendiri tapi kadang-kadang elok juga to break with tradition. Siapa ada perangai macam ni? Siapa pula yang masih belum pernah naik Grab? Apa kata kongsi pendapat pembaca di ruangan komen.. Jangan malu mengaku, kita sama-sama kongsi pengalaman sekadar suka-suka.. 

Okaylah itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,
I am LZ

Thursday, 17 May 2018

RAMADHAN AL-MUBARAK 1439H / 2018

Thursday, May 17, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1439H / 2018 . Selamat datang wahai bulan ibadah, bulan penuh kebahagian.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, bulan penuh keberkatan dan keampunan. Di kesempatan ini saya mohon kemaafan segala kesalahan.. 


"May the Ramadhan be the one where we get closer to our Creator and come out of this month with a stronger Emaan."

Akhir kata, semoga kita terus istiqamah melaksanakan ibadah dan setiap amal ibadah kita diterima oleh-Nya. 
...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ


Monday, 14 May 2018

WEEKEND GETAWAY | REVIEW SWISS-GARDEN HOTEL MELAKA

Monday, May 14, 2018
Assalamualaikum dan Selamat  Sejahtera to all my lovely readers..  Cuti sudah sampai ke penghujung.. Cepat sungguh masa berlalu.. Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menghabiskan cuti hujung minggu di Swiss-Garden Hotel Melaka.. Swiss-Garden Hotel terletak bersebelahan The Shore malah kedua-dua hotel ini berkongsi bangunan / complex yang sama. Penginapan kali ini saya tempah melalui agoda.com setelah membuat perbandingan harga melalui laman web trivago.
                                   
Gambar Hiasan - Swiss-Garden  Hotel  Melaka
Seperti biasa sebelum menempah  hotel saya akan  membuat sedikit study mengenai sesebuah hotel tersebut. Oleh kerana agak lama juga saya tidak bermalam di hotel (last vacation di Avillion Port Dickson pada 17 Mac 2017 tahun lalu okay) ditambah pula perasaan teruja, kali ini saya terlupa buat study dengan teliti, lupa daa baca reviews hotel ini. Selepas membuat pembayaran baru saya  baca reviews dari pengunjung hotel sebelum ini.. Ada beberapa negative comments mengenai hotel ini antaranya :

"Bathroom got a slight problem (water leaking from the shower).."
"Pool staff (guy) was rude"..
"The aircon was not functioning and they check once but unable to adjust. Did not come back after that. No floor mat and hand towels. Room not clean and light very dim."
"Dapat bilik tak sama dengan apa yang dibayar. Wasted."
"So so laa.. No towel and bathroom mat in the room."

.....etc..etc.. dan tak kurang juga yang memuji.. but it's too late.. Dah tempah so hadap saja apa yang berlaku... 

Walaupun acah-acah  cool tapi dalam hati ada rasa cuak juga.. Persoalan yang bermain di fikiran, macam manalah keadaan hotel room aku nanti, kalau tak best or teruk satu kerja pula nak lodge complaint, upgrade bilik etc.. Setiap pengunjung mestilah inginkan persekitaran bilik hotel yang bersih dan selesa berbaloi dengan bayaran yang bukan murah juga harganya.. Dalam pada itu saya sedia dengan back up plan in case it happens.


Check-in at Swiss-Garden Hotel Melaka
Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, sampai sahaja di hotel lobby orang ramai beratur untuk check-in. Jam ketika itu menunjukkan pukul 3.05 petang, hanya 5 minit waktu check-in berlalu tapi orang begitu ramai berbaris. Terdapat 4 barisan iaitu 2 barisan di sebelah kiri bagi pengunjung hotel Swiss-Garden manakala 2 barisan lagi di sebelah kanan bagi pengunjung hotel The Shore.

Swiss-Garden Hotel Melaka
Welcome drink
Semasa check-in welcome drink disediakan.. Tiba giliran saya proses check-in mengambil masa yang singkat kerana kali ini saya tempah melalui agoda.com, semua berjalan lancar.



Oleh kerana terlalu lapar, al-maklum beratur 45 minit untuk check-in jadi selesai saja check-in saya terus panggil grab car ke Dataran Pahlawan untuk late lunch.. Grab car terlalu banyak di kawasan itu dan tempoh menunggu juga less than 3 minutes.

Mahkota Hotel Melaka
Kami ke Nandos di Mahkota Parade untuk mengisi perut yang lapar.. Selepas makan kami menghabiskan masa 'meneroka' setiap kedai yang ada dalam Mahkota Parade hingga Dataran Pahlawan kerana selepas ini kami tidak bercadang untuk bersiar-siar di bandar kerana ingin menghabiskan masa di hotel dan shopping complex sekitar hotel..
Window shopping at Mahkota Parade Melaka
Puas berjalan, bila kaki terasa sakit dan badan rasa penat, maka we decided to call grab car dan balik semula ke hotel.. Sampai sahaja di hotel, terus naik ke bilik hotel tanpa mengangkut baju dan barang-barang lain yang masih ada dalam kereta di Level 4.

Hotel room
Level 16 hotel room
Bilik hotel kami jenis Deluxe terletak di Tingkat 16.. Masuk saja bilik hotel terus explore setiap ceruk, bathroom, katil, drawers, wardrobe dan small pantry at the corner.. Perangai masuk bilik hotel begini tentu semua orang buat kann, hehehe

Betul seperti yang dinyatakan dalam review, tiada towels dalam bilik ini.. Memandangkan saya ada bawa tuala mandi untuk keluarga jadi selamat! Kami boleh mandi dan menunaikan solat Maghrib, buat air sambil watched movie. At about 9.30 pm loceng bilik berbunyi, hotel staff menyerahkan tuala mandi dan floor mat. Tak dapat bayangkan jika saya tiada bawa tuala sendiri.. Itu sebab penting baca hotel review dulu sebelum tempah okay.. noted!
Hotel Bathroom (atas) / Swimming pool (Level 9)
Nice photo
Buka langsir dan terus ke balkoni untuk menikmati pemandangan dari Tingkat 16. Bilik kami berhadapan hotel The Pines berada di sebelah Kampung Morten.

The Pine Melaka
Morten Village
Kampung Morten Melaka
Menarik sungguh pemandangan terutama sekali apabila setiap beberapa minit bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka.. Berikut pula pemandangan wantu siang dan pada waktu malam untuk tatapan pembaca semua :

Pemandangan Bandar Melaka
The Pines dan sekitar
Morten Village
Pada keesokan hari untuk mengelakkan crowd, seawal pukul 7.30 pagi kami turun untuk breakfast.. Breakfast di Level 3A iaitu di The Garden Terrace..

Selain di sini, F&B Outlet lain hotel ini adalah Sky Garden (Roof Top) Tingkat 30 dibuka dari jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi. Sesuai untuk minum petang sambil menikmati pemandangan sunset.

Deco Ramadhan & Hari Raya sudah ready
Breakfast @ Swiss Garden Hotek Melaka
Selepas breakfast, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Arief iaitu mandi di swimming pool yang terletak di Tingkat 9.. Kolam yang luas dan terdapat children water playground merupakan antara daya tarikan hotel ini.. Terdapat juga kolam untuk orang dewasa seperti dalam gambar atas. Dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam.

Swimming pool & gymnasium
Atas kolam ini merupakan gymnasium, jadi sambil work out or exercise boleh juga cuci mata, hehehehe gurau! Persekitaran kolam juga best, hijau dek rimbunan landscape yang cantik. Seperti biasa, saya tolong jaga beg sebab saya jenis tak suka mandi or basah di public termasuk mandi di pantai.. For me tak selesa, satu perkara yang remeh dan menyusahkan diri sendiri..

Nice landscape
Puas wefie, anak dan husband mandi-manda maka kami naik semula ke bilik hotel... Sampai bilik hotel orang yang mandi-manda tadi kena bilas dan mandi bersih-bersih.. Arief sempat berjaguzzi di tub mandi sebelum check-out.. We checked out from the hotel at 11.30 am.

Selesai semua kami window shopping di The TANGS.. TANGS Department Store ni memang mengimbau kenangan lama saya.. Inilah shopping complex tempat saya dan rakan-rakan kolej melagha masa belajar dulu.. Ketika itu kami selalu melepak di TANGS Star Hill bila class cancelled atau hujung minggu.. Tak sangka masih wujud lagi shopping complex ni..

Perjalanan diteruskan melintasi The Shore Oceanarium.. Saya tak bercadang untuk ke sini, may be next time saya akan explore Oceanarium..

The Shore Oceanarium Melaka
Di luar The Shore Oceanarium kita boleh tengok akuarium kecil ini yang menempatkan batu karang, ikan dasar laut bewarna-warni serta belut electric yang sentiasa menganga..

Begitulah cerita saya tentang weekend getaway di Swiss-Garden Hotel and The Shore Melaka.. Walaupun singkat saya rasa berbaloi kerana dapat berehat, makan-makan, bersantai bersama keluarga. 

Alhamdulillah tiada perkara yang mendukacitakan belaku kepada kami sekeluarga berdasarkan reviews kecuali kejadian tiada tuala dalam bilik hotel. Diharapkan pihak hotel mengambil maklum setiap complaints yang diberikan dan membuat penambahbaikan supaya hotel ini terus mendapat kunjungan orang ramai.

Sesiapa ingin bercuti boleh membuat tempahan melalui agoda.com atau [DI SINI] untuk menikmati diskaun menarik.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,
I am LZ


Friday, 11 May 2018

TAHNIAH MALAYSIA!

Friday, May 11, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Cuti yang agak panjang tapi tiada perancangan.. Al-maklum cuti yang tak dijangka.. Dalam masa yang sama masih ketandusan idea untuk menulis entri baru.. Di luar sana masih hangat bercerita tentang pembentukan kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad..

DON'T QUIT BUT DO IT!
Tahniah Tun M serta barisan pemimpin yang baru dilantik selepas kemenangan PRU14 lalu.. Semua sedia maklum bahawa tugas mereka bukan mudah, mereka harus menggalas segala harapan seluruh rakyat Malaysia.. Kita sebagai rakyat pula hendaklah selalu berdoa supaya kerajaan baru ini mampu melaksanakan tugas mereka lebih baik dari kerajaan sebelum..



Frankly speaking, saya sangat kagum dengan kudrat dan tenaga yang Tun M tunjukkan di usia 92 tahun sepanjang berkempen, pilihanraya, disusuli majlis istiadat mengangkat sumpah berlangsung.. Berbeza sungguh dengan saya, seorang rakyat biasa, dibanding umur memang jauh beza, baru berjaga hingga 4 pagi mengikuti pengumuman keputusan PRU14, dah sakit kepala di siang hari akibat tak cukup tidur.. Mujur ada cuti tambahan.. Sungguh lemah dan 'fragile' nya saya.. aduiiii #jangankecamsaya

Always be grateful
Okay, pilihan raya sudah berlalu, Perdana Menteri baru juga telah dilantik.. Maka aktiviti harian kita juga perlu diteruskan seperti biasa.. Hari ini saya terima mesej dari seorang rakan, maaf sumber tak dapat dipastikan.. Jadi ada baiknya saya kongsi di sini untuk tatapan pembaca semua:

Mari kita ucapkan TAHNIAH..

TAHNIAH Pakatan Harapan
Semoga anda menunaikan janji-janji manifesto anda..

TAHNIAH PAS kerana telah dipilih mentadbir Kelantan dan Terengganu dan teruskan perjuangan.

TAHNIAH Barisan Nasional atas segala sumbangan yang telah diberikan sebelum ini. Masa untuk muhasabah diri dan berehat.

TAHNIAH Rakyat Malaysia  kerana telah menggunakan hak kalian dengan baik. Gunakan hak anda di PRU15 jika sebarang kebarangkalian berlaku dlm pemerintahan yang baru ini.

Oleh itu, sempena Ramadhan Kareem, marilah kita mengikat semula tali silaturrahim yang mungkin sedikit renggang akibat politik.

Yang menang wajib tunaikan semua janji yang telah dinyatakan dan bersyukurlah kepada Allah dan ingatlah kepimpinan kalian pasti akan ditanya oleh Allah.

Yang kalah jangan bersedih hati dan bertenang, mungkin ini masanya untuk kalian berehat sebentar dan menilai semula apa yang telah dilakukan.

Dipilih menjadi pemimpin bukanlah suatu keistimewaan tetapi ianya adalah suatu tanggungjawab untuk terus memberi kebaikan kepada rakyat.

* Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan.*
Tinggal 7 hari lagi kita menyambut Bulan Ramadhan.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Monday, 7 May 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Monday, May 07, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini kita melangkah masuk minggu ke-19, hari ke-7 dalam bulan Mei 2018 bersamaan 21 Sya'ban 1439H.. Dah seminggu kita berada dalam bulan Mei.. Entri kali ini saya ingin menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh blogger bernama Siqahiqa. Giveaway bertajuk Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa..

 Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah, peserta hanya perlu mengikuti arahan berikut:

1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget ada di page footer blog tersebut).
2. Follow Facebook Page BLOG SIQAHIQA
3. Follow Instagram @haqisfila dan @siqahiqa
4. Copy banner di atas dan buat entri bertajuk "Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa" (please backlink).
5. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.

Peserta perlu memenuhi syarat-syarat di atas, selain itu peserta giveaway juga boleh memberikan pendapat sekadar suka-suka mengenai blog Siqahiqa.. 

Pendapat LZ : Blog Siqahiqa cantik, kemas dan berinfo terutama kepada peminat novel dan product dUCk kerana minat Siqah yang mendalam kepada novel dan Vivy Yusof, hehehe adil tak LZ beritahu camtu Siqah.. Selain itu pembaca dapat mengenali Siqah melalui setiap aktiviti yang diceritakan dalam blog.. Bila baca terasa dekat di hati, gituuuu..

Akhir kata, saya menjemput semua pembaca yang berminat untuk menyertai giveaway ini.. Tempoh giveaway berlangsung dari 13 April hingga 13 Mei 2018.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,
I am LZ