Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan selepas membeli barang di Watsons.

Al-kisah beberapa bulan lalu kad ahli Watsons saya hilang, misplaced ntah ke mana. Untuk pengetahuan pembaca, saya dah lama jadi ahli Watsons, tak silap sejak tahun 2013 lagi. Keistimewaan kad keahlian Watsons ni sebab consolidate sekali dengan kad Touch 'n Go, 2 in 1..  Jadi takde la tebal kad dalam wallet. Itu salah satu sebab utama mengapa saya berminat menjadi ahli Watsons.. Sesiapa kenal saya mungkin tahu, saya ni bukan jenis suka sign up membership atas faktor keselamatan data peribadi. Saya pernah kongsi dalam post di blog lama sebelum ini.

Related post : Ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi Kepada Anda

So semalam, saya berbelanja di Watsons alang-alang membeli saya sign-up semula sebagai ahli. Apa yang membuatkan saya teruja, kali ini banyak sungguh vouchers penjimatan yang memang tak dijangka berbanding masa saya signed up sebelum ini.

Watsons VIP Card kit
Bayaran keahlian hanya RM20.00 seumur hidup dan setiap RM1 yang dibelanja di Watson, ahli dapat 1 mata ganjaran keahlian. Mata ganjaran keahlian akan terkumpul dan boleh ditebus dengan rebate pembelian atau discount coupon. Selain itu, mata ganjaran juga boleh ditukar kepada nilai top up kad Touch 'n Go.. Bab membeli sambil berjimat memang saya suka..

Related post : Berjimat dengan Shopback

members get more #watsonsrewa
Ahli yang baru mendaftar akan dapat kit keahlian disertakan bersama Watson's VIP card.

Get  500 points upon activation
Dalam kit tersebut ada dinyatakan segala macam keistimewaan kepada ahli.

8 Exclusive Benefits
Disertakan bersama segala macam discount vouchers untuk barang-barang keperluan, most of the products memang kita gunakan seperti shampoo, lotion, vitamins etc.

Watsons brand vouchers
Bukan setakat itu sahaja, ada sebuah booklet yang mengandungi reward vouchers bernilai sehingga RM5,000.00.. Sangat berbaloi-baloi kepada ahli Watsons seperti saya.

RM5,000 Reward Vouchers
CARA MENGAKTIFKAN KAD WATSONS 
Langkah pertama selepas signed up, ahli perlu activate their card melalui 2 cara:


1. Activate via Watsons Malaysia Mobile apps 

Sila ikut langkah berikut:


Mobile apps activation
2. Activate via website 

Layari website url vip.watsons.com.my dan click pada Register. Masukkan segala butiran yang dikehendaki then submit.

Selesai sahaja pendaftaran pemegang kad ahli boleh enjoy mata ganjaran dengan rebate dan vouchers pembelian..

SINARI DIRIMU #OOTDIVA by EL bersama Watsons
BELI -> KUMPUL -> TEBUS

Bab ni saya tak sabar sebab tinggal 1 sticker sahaja lagi saya boleh tebus shawl koleksi ekslusif inspirasi stail pilihan Elfira Loy khas untuk ahli Watsons.

Koleksi Ekslusif Inpirasi Stail Elfira Loy
Apabila cukup 6 stickers nanti saya bercadang untuk tebus shawl panjang EL by Elfira Loy di no. 6..

Semuanya secara coincidence, niat di hati pada mulanya hanya membeli beberapa barang-barang  keperluan diri tapi tak sangka pula dapat lebih jimat dengan discount vouchers ahli Watsons.  

Oh ya, lupa beritahu post ini bukan ditaja tetapi sekadar review kad keahlian Watsons kepada pembaca yang berminat menjadi ahli. Bab membeli sambil berjimat memang saya tak boleh sorok sorang, kena share kepada umum supaya orang lain boleh juga dapat benefit yang sama.

Okay, nak tanya : Siapa selalu beli barang kat Watsons? Barang apa biasanya jadi kegemaran anda? Jangan lupa kongsi cerita, pengalaman atau pendapat anda di ruangan komen.. Kita sembang-sembang tentang products Watsons..


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ