Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua baik-baik belaka, al-maklum sekarang musim buah-buahan dan tak kurang juga musim demam.. So jaga diri baik-baik.. Lately saya busy yang amat.. Busy dengan tugasan hakiki di pejabat dan urusan keluarga.. Berulang-alik hujung minggu dari Seremban ke Muar menguruskan rumah yang ditinggalkan. Penat tak boleh kata hanya boleh rasa sendiri.. Itulah kehidupan.. 

Perangai saya bila sibuk sangat dan stress mulalah saya cari sesuatu yang saya suka buat.. Kali ni tetiba rasa nak ubah susunatur perabot di rumah. Saya cadang nak tukar konsep modern minimalist interior sebab bosan dengan susunatur sekarang yang berkonsepkan 'ikut suka' seperti gambar di bawah:

Rumah saya sewa

Rumah saya tinggal sekarang saya sewa memandangkan saya ada beli rumah di Muar Johor sebelum berpindah dari Kelana Jaya ke Seremban. Rumah sekarang pun tak berapa luas jadi susunatur perabot juga terhad. Silap susun akan rasa sempit dan nampak serabut.

Saya dah study susunatur pilihan dengan menjadikan Google image dan Pinterest sebagai sumber rujukan. Saya ingin gunakan hanya 3 warna iaitu warna perabot putih, sofa merah manakala meja makan warna hitam supaya nampak luas. Pilihan perabot kali ini jenis pasang siap atau DIY yang akan saya beli dari IKEA.. Tambahan pula saya hanya menyewa jadi elok beli jenis pasang siap so bila tiba masa untuk pindah satu hari nanti, boleh reassemble. Takde la mengangkut perabot-perabot besar ke sana ke mari, huhuhu.

So apa perabot IKEA pilihan saya dan bagaimana susunatur modern minimalist interior yang saya maksudkan? Jom kita explore satu persatu.


1. IKEA MICKE DESK 

Ikea Micke Desk


Meja dan cermin ni I already bought earlier so saya akan susun begini. Pakaian yang selalu dipakai akan saya gantung di Ikea Mulig manakala pakaian lain masuk wardrobe :

Ikea Micke Desk Decoration

2. IKEA MALM 3 drawers x 2 units

Ikea MALM

Saya akan susun almari IKEA MALM ini untuk dijadikan home office mengambil ilham decor seperti gambar di bawah:

Ikea MALM Decoration

3. KALLAX Selving unit small

Ikea KALLAX small

Saya akan letakkan KALLAX ini di ruang tengah atau dalam home office untuk barang-barang yang sesuai :

Ikea KALAX small decoration

4. KALLAX Shelving unit with 2 inserts

KALLAX Shelving unit with 2 inserts

Saya akan susun handbags dalam ruangan ini supaya mudah dicapai dan buat pilihan. Buat masa ini tiada storage khas untuk handbags. Saya letak semua handbags dalam dust bag masing-masing dan susun atas almari. Untuk pengetahuan saya suka tukar-tukar handbag ikut occasion dan pakaian.. Manusia cerewet memang begitu, huhuhu.  Ilham decor seperti di bawah.

Kallax shelving unit decoration

5. IKEA BILLY BOOKCASE with glass door

IKEA BILLY BOOKCASE with glass door

Koleksi buku-buku saya pula semua akan saya susun dalam IKEA Billy Bookcase ini. Saya suka Billy Bookcase with glass door sebab cermin kaca menghalang buku-buku tersebut berhabuk, tambahan pula saiz almari ni kurus tinggi so tak banyak guna ruang, I like it so much!

IKEA BILLY BOOKCASE with glass door decor

6. IKEA TRONES

IKEA TRONES decor

Berikut ilham decor untuk kasut. Kasut saya juga tak kurang banyak sampai husband pernah tegur :  "Saya peliklah, kaki sepasang tapi kasut berpuluh pasang agak-agak bila nak pakai semua tu?" hehehe no comment! 

Saya jenis akan beli kasut bila saya suka bukan saya cari. Kalau cari memanjang tak dapat yang sesuai. Contoh : Window shopping tiba-tiba nampak kasut yang berkenan di hati, saya terus beli. Satu lagi, barang-barang saya... tak kira pakaian, handbags, kasut atau buku, saya akan jaga dengan rapi. Selalunya barang-barang tersebut tahan lama..

Selain dijadikan tempat simpan kasut, Ikea Thrones ini juga boleh dihias dengan pasu bunga hidup kecil di atasnya atau apa sahaja mengikut kesesuaian.

IKEA TRONES decor

Begitulah ilham IKEA decoration untuk rumah saya. Hasil dekorasi nanti saya akan kongsi dengan pembaca semua.. Tunggguuuuuuu...


Okay itu sahaja.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..

* photos credit to Google Images & Pinterest


Regards,