Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI PKNNS 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hari ini Jumaat bersamaan 29 Syawal 1439, hari terakhir dalam bulan Syawal. Ada yang masih memenuhi undangan open raya? Saya percaya masih ada antara pembaca menyambut hari raya sebagai penutup Syawal. Hari ni saya ingin berkongsi kemeriahan menyambut Hari Raya semasa memenuhi undangan raya sepanjang bulan Syawal tahun ini.

Undangan pertama diterima so called dari tuan tanah pada 3 Julai 2018 lalu.. Untuk makluman, pejabat tempat saya bekerja menyewa dari Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS). Majlis diadakan di ruang legar D'S2 Mall.

Kompleks PKNNS
Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2018
Seluruh wargakerja dijemput hadir memeriahkan majlis ini. Seawal 11.00 pagi kami mula turun. Pejabat saya di Tingkat 2.. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut serta anak-anak yatim.

Konsep majlis sangat santai di mana makanan dihidangkan di stalls makanan dan minuman di bahagian kiri dan kanan meja tetamu.                

Stall kuew teow goreng
Kuey teow goreng

Stall seterusnya apam balik crispy.. Apam balik crispy ini menjadi antara stall tumpuan tetamu. Saya tertarik dengan cara penyediaannya kerana disediakan sekiranya ada permintaan so tetamu dapat menikmati apam balik crispy panas.

Apam balik crispy
Hidangan utama majlis ini ialah nasi briyani ayam. 

Nasi briyani ayam dan cendol
Selain dari makanan dan kuih-muih pelbagai jenis, minuman sejuk dalam balang turut disediakan.. Selain air balang, air nescafe kegemaran saya juga ada.

Air balang
Stall minuman panas dan sejuk
Tak lupa juga stall cendol.. Cendol merupakan menu wajib setiap tahun.
Stall cendol
Tetamu mulai ramai apabila jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.. 
Stall kuih-muih dan buah-buahan
Kompleks PKNNS
Para tetamu yang hadir

Begitulah kemeriahan sambutan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS 2018. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan dan layanan mesra yang diberikan.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang dikurniakan Illahi.
Begitulah cerita yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


Comments

  1. meriahnya makanan! rasa lapar pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha rezeki sis hari itu 💕..

      Delete
  2. sedap2 makanan...rezeki..Alhamdulillah..
    masih ada lagi jemputan open house this weekend...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Wahhh masih ada open raya.. Rezeki jangan ditolak..

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, best Aisya.. Makan beramai2 dengan officemate, meriah hehehe

      Delete
  4. huiiii sedapnya cendol....Ya Allah.Alhamdulillah...dah habis Syawal kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC semua juadah sedap2 belaka.. Ha'ah PC hari ni terakhir Syawal tahun ini..

      Delete
  5. Alhamdulillah, meriah majlis.. makanan pun mcm2 ada, confirm kenyang hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti kenyang saudara KK, hehehehe

      Delete
  6. Waalaikumussalam kak..hehe.rabia baru terjah blog kak..nasi beriani sedap tu.my fav..sedapnya cendol.lama dah rabia tak merasa cendol ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rabia sudi singgah blog sis 💕..

      Delete
  7. tetap meriah.. semua makanan nampak sedap2

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…